BangsarMakan MalamNasi Lemak

Nasi Lemak Panas Warung Rindu, Pantai Dalam

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Parking
Bersih
Gerai nasi lemak panas panas yang terletak di kawasan perumahan Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam, Bangsar

Nasi lemak yang sedap ni tak perlu cari di restoran, warung warung tepi jalan pun biasanya memang sedap rasanya. Antara warung yang popular adalah Warung Rindu Pak Ya atau lebih dikenali sebagai Warung Rindu, Pantai Dalam. Nasi lemak panas mereka menjadi tumpuan apabila tiba waktu petang.

Rupa rupanya Warung Rindu sudah beroperasi selama 19 tahun dan diusahakan sendiri oleh Pak Ya. Warung ini terletak di Jalan Kubur, bersebelahan dengan Flat Taman Bukit Angkasa.

Masalah disini adalah parking. Agak sukar untuk dapatkan parking di sini kerana di sekitar Warung Rindu Pak Ya memang dikelilingi flat dan apartment.

Nasi Lemak Warung Rindu Pak Ya

Warung Rindu Pak Ya.

Sambal Special Nasi Lemak Warung Rindu 2

Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah Warung Rindu – RM6.00

Nasi Lemak Warung Rindu Special

Sambal disini sedikit berbeza. Sangat jarang sebenarnya nak jumpa ikan bilis dimasak bersama sambal. Kalau di Terengganu memang sering kali ditemui tapi di Kuala Lumpur biasanya ikan bilis digoreng berasingan.

Sambalnya memang boleh tahan sedap dan pedas.

Sambal Special Nasi Lemak Warung Rindu

Sambal dimasak bersama ikan bilis.

Selain dari sambal, yang menjadi kegemaran adalah burung puyuh goreng berempah. Menurut Pak Ya, rahsia kesedapan burung puyuh goreng adalah rempah yang digunakan. Ia merupakan resepi rahsia Pak Ya sendiri. Bagi anda yang meminati daging burung puyuh, boleh datang ke Warung Rindu untuk mencubanya.

Harga nasi lemak ayam goreng berempah hanya RM6.00. Tak mahal dan tak murah. Standard harga nasi lemak ayam goreng di Kuala Lumpur

Bagi anda yang ingin mencuba sendiri nasi lemak panas Warung Rindu, alamatnya seperti berikut:

Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam
Jalan 1/112A, Taman Bukit Angkasa, Off Pantai Dalam, 59200 Kuala Lumpur

Waktu operasi : Dibuka pada pukul 5.30 pm

Koordinat : 3.107533, 101.671806

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • nasi murah sedap pantai
Previous post

Nasi Lemak Village Park, Damansara

Next post

Ayam Golek Nara Seafood, Pantai Dalam

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

2 Comments

  1. June 25, 2015 at 7:33 pm — Reply

    Kalau kat Kedah, 'Nasi Lemak Pokok Buluh' kat Bandar Seri Astana, Sg Petani antara yang paling sedap..

  2. Rimau Rimba
    October 19, 2017 at 10:39 pm — Reply

    Assalammualaikum Semua, dahulu saya adalah pelanggan tetap makan nasi lemak Warung Rindu Pak Ya, Pantai Dalam.
    sudah lama saya tak singgah di warung ini jadi pada 18 Okt 2017 malam saya dengan famili singgah di warung tersebut order 4 pinggan nasi lemak berlaukkan burung puyuh saya pun amat terkejut satu pinggan nasi lemak berlaukkan burung puyuh di cas dengan harga RM 8 sepinggan. sebelum ini aku makan dlm RM 5 sepinggan burung puyuh besar sikit dan berisi selain yg RM 8 sepinggan burung kecil kurang berisi. mungkin terdahulu burung puyuh gred A dan skrg gred C. tapi takpelah ini kalilah last aku mkn bersama famili dan aku tak akan datang lagi selepas ini.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *