Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

Nasi Lemak Mak Wanjor atau lebih dikenali sebagai Nasi Lemak Wanjor Kg Baru boleh dikatakan salah satu gerai nasi lemak sedap di Kuala Lumpur selain dari Nasi Lemak Antarabangsa.

Itu yang saya dapat lihat melalui undian dari peminat nasi lemak di Foursquare dan nasi lemak Wanjor juga tersenarai dalam 5 Kedai Nasi Lemak Popular di Kuala Lumpur & Selangor.

Nasi lemak Mak Wanjor terkenal dengan hidangan nasi lemak kukus pada awal permulaan perniagaan 42 tahun dahulu. Dan kini ia terus menjadi trademark Mak Wanjor.

Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru
Tak susah nak cari Gerai Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

Ada yang menyatakan Nasi Lemak Mak Wanjor enak dan sedap kerana sambalnya yang ‘hot’ sekaligus menjadi ia sebaris dengan nasi lemak antarabangsa.

Persoalannya benarkah Nasi Lemak Mak Wanjor lebih sedap dari Nasi Lemak Antarabangsa seperti yang diperkatakan?

Setanding Nasi Lemak Antarabangsa

Gerai Nasi lemak Mak Wanjor sebenarnya terletak hanya selang 3 kedai dari Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru. Memandangkan saya sampai lebih kurang pukul 11.45 pagi, kelihatan pekerja sudahpun mengemas meja dan kawasan jualan.

Lauk yang tinggal juga sudah tidak banyak dan saya memilih nasi lemak sambal kerang bersama dengan telur goreng, memandangkan telur rebus pun dah habis.

Konsep makan disini, bayar dahulu sebelum makan, sama seperti gerai Nasi Lemak Antarabangsa.

Satu pinggan Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru hanya RM5.00
Satu pinggan Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru hanya RM5.00

Kalau lihat pada harga, boleh dikatakan Nasi Lemak Mak Wanjor lebih murah dari Nasi Lemak Antarabangsa. Nasi bersama sebiji telur berharga RM3.00. Jadi memang boleh bersaing dengan Nasi lemak antarabangsa.

Harga Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru
Senarai Harga Nasi Lemak Wanjor, Kampung Baru. Memang lebih murah dari Nasi Lemak Antarabangsa

Nasi Lemak Mak Wanjor Sedap?

Benarkah sedap? Apa yang saya boleh kata, memang tidak dinafikan nasi lemak Mak Wanjor sedap. Dengan sambal yang pedas dan manis serta set hidangan lengkap bersama timun, kacang dan ikan bilis, memang secukup rasa.

Cuma, mungkin masa saya pegi kombinasi lauk tidak kena dimana sambal kerang terlebih manis dicampur lagi dengan sambal nasi lemak sendiri yang sudah sedia manis sehinggakan saya sendiri tak mampu nak habiskan. Bila makanan terlampau manis memang kita akan rasa muak. Kalau makan lauk seperti ayam goreng, paru atau lain-lain mungkin ngam!

Sambal Kerang Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru
Sambal Kerang Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

 

Pernah makan di Mak Wanjor? Sedap ke tak sedap? Berikan pandangan anda di ruangan komen. Yang belum cuba dan ingin cuba, boleh ke alamat di bawah:

[infobox]

Nasi Lemak Mak Wanjor
No. 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Waktu operasi :
6.30 am- 12.00 pm
4.00 pm – 1.00 am

Kordinat : 3.162290, 101.704401

[/infobox]

2 thoughts on “Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru”

  1. Dulu saya peminat Nasi Lemak Antarabangsa (NLA), tapi selepas cuba Nasi Lemak Wanjo (NLW), terus melekat kat sini je.

    Bagi saya kekuatan NLW ialah nasi dan sambal. Nasinya lebih sedap dan tak melekat (lerai) dibandingkan dengan NLA. Rasa sambalnya juga unik yang saya tak pernah rasa di kedai – kedai nasi lemak yang lain. Sebab tu dia juga ada jual sambal sahaja untuk sesiapa yang nak beli.

    Masalah kat kedai ni saya rasa sama juga dengan masalah kedai – kedai makan lain di Kg. Baru – parking & kebersihan.

    Reply

Leave a Comment