GombakSarapan Pagi

Nasi Lemak Kukus Sri Wangi

Sedang mencari dimana tempat untuk bersarapan pagi? Dan anda seorang penggemar nasi lemak? Mari ikut kami terjah, rasa dan nikmati Nasi Lemak Sri Wangi yang terletak di Jalan Gombak berhadapan Pasar Besar Gombak, KL.

Kira kira jam 08.30 pagi crew myselera telah sampai disini. Woww!!..Ramainya orang. Nak parking pun susah. Beratur pun panjang. Silap haribulan datang ambil bau sahaja kot!

Nampak gaya macam betul-betul sedap nasi lemak dekat sini…..betul ke sedap? Atau indah khabar dari rupa? Haaaa… Mari kita cuba… Antara menu atau lauk yang boleh dipilih adalah seperti : [heartlist]

  • Ayam (agak besar juga potongan ayamnya)
  • Sotong (lembuttttt)
  • Kerang (menyelerakan)
  • Telur mata kerbau (comel je tengok)
  • Ikan keli (sangat garing sehingga tak sedar da gigit tulang )

[/heartlist] Crew myselera mencuba nasi lemak ayam dan nasi lemak sotong. Bukan nak menipu tetapi memang sangat uummpphh!!.. Nasi lemaknya yang dikukus baik, dimakan bersama sambal yang ditumis garing beserta ikan bilis yang rangup……….memang tidak cukup sepinggan!. Bagi yang tidak mengambil lauk, anda boleh cuba gabungkan sambal tumis dan sambal sotong. Sampai menjilat pinggan boh!! 

 sri wangi nasi lemaksri wangi nasi lemak1

Dari segi layanan biasa sahaja dan mereka menyediakan 2 kaunter berbeza iaitu untuk yang dine in dan take away. So, sistem ini sedikit sebanyak memudahkan pengusaha menyediakan pesanan dan pelanggan tidak perlu menunggu lama untuk menikmati Nasi Lemak ini.

Sesetengah pelanggan mengatakan makan disini agak mahal tetapi bagi crew myselera mahal murah tidak menjadi keutamaan yang penting rasanya yang menambat hati dan menepati piawaian anak tekak untuk bersarapan disini. Jika hidangan nasi lemak biasa dijual hanya RM1.50 dan kebiasaan sepinggan nasi lemak beserta lauk dalam lingkungan harga RM 3-5. Yang menjadi mahal jika sepinggan nasi lemak yang mempunyai 3,4 dan 5 lauk la kan kan ?? Hehe …. Sepanjang berada di restoran ini kami tidak menemui logo halal tergantung di mana-mana sudut kedai tetapi apa yang pasti pemilik NASI LEMAK SRI WANGI ini adalah 100% seorang Melayu Muslim.

Apa nak tunggu, Mari la singgah ke  Nasi Lemak Sri Wangi Bak kata orang putih, “The best Nasi Lemak in town”
Peta ke NASI LEMAK SRi WANGI : View Nasi Lemak Sri Wangi in a larger map

Carian kedai makan sedap:

  • kedai nasi lemak wangsa maju
  • nasi lemak sedap shah alam
  • nasi lemak sedap di ramai cafe kuching
  • nasi lemak kukus sedap di kl
  • nasi lemak kukus sedap selangor
  • nasi lemak kukus shah alam
  • nasi lemak sedap
  • nasi lemak sedap dan harga
  • nasi lemak sedap di gombak
  • best nasi lemak in kl
  • nasi lemak sedap kl
  • nasi lemak seri wangi
  • nasi lemak sotong
  • nasi lemak sri gombak
  • nasi lemak terbaik dekat kl
  • popular nasi lemak in gombak
  • sarapan nasi kukus kl
  • nasi lemak kukus muar
  • nasi lemak kukus di bangi
  • nasi lemak kukus
Previous post

Restoran Nasi Arab Rawani Hadramout, Gombak

Next post

Restoran Makanan Cina Muslim Chan Abdullah, Taman Melawati

Norfanil

Norfanil

Baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>