Nasi Lemak Kukus Kangkung, Kelana Jaya

Bagi orang Melaka mesti tahu dimana nasi lemak kangkung paling sedap di Melaka. Tapi kalau di Kuala Lumpur, ada satu kedai yang menjual Nasi lemak kukus kangkung yang dibuat sendiri oleh orang Melaka.

Nasi lemak kukus kangkung Kelana Jaya atau lebih dikenali Nasi Lemak Kukus Kangkung FAM merupakan antara kedai nasi lemak popular di Kelana Jaya.

Terletak di Restoran Jamal Mohammed di Kelana Jaya, bukan sahaja Nasi Lemak Kangkung, tetapi pelbagai jenis makanan turut dijual di sini. Sekiranya anda ke sini untuk pertama kali, pasti anda akan terasa pelik kerana kawasan yang bercampur dengan gerai pemilik bangsa Cina.

Tetapi jangan risau, kerana setiap gerai disini menggunakan sudu, garfu dan pinggan masing-masing. Tidak bercampur melainkan air. Insya Allah selamat.

Pemilik Nasi Lemak Kukus Kangkung, Puan Zainab Mohamad sudah 8 tahun berniaga nasi lemak di Kelana Jaya. Sejak dahulu memang beliau sendiri yang menjadi chef demi mengekalkan kesedapannya. Kini beliay mula menurunkan resepi kepada anak sendiri. 

Nasi lemak kukus kangkung
Gerai Nasi Lemak Kukus Kangkung di Restoran Jamal Mohammed Kelana Jaya

Sempat saya menemubual anak pemilik Nasi Lemak Kukus Kangkung ini iaitu En. Zakaria. Menurut beliau antara sebab pelanggan suka makan nasi lemak disini adalah kerana adanya kangkung yang sangat lain dari yang lain dan juga lauknya iaitu sotong dan rendang ayam.

Pelanggan sanggup beratur di waktu pagi sebelum masuk kerja semata-mata untuk bersarapan nasi lemak di sini.

Yang lebih menarik, pelanggan dari Singapura juga sanggup datang untuk makan nasi lemak kukus kangkung disini. Hebatkan, nasi lemak kukus kangkung berjaya menarik pelancong ke Malaysia.

Nasi Lemak Kukus Kangkung Citarasa Orang Melaka

Bila dah makan nasi lemak kukus kangkung orang Melaka, jangan expect sambal yang manis seperti di Pantai Timur. Kerana orang Melaka suka pada kepedasan tapi kurang manis.

Menurut Encik Zakaria, dahulu sambal nasi lemak sangat pedas. Selepas beberapa pelanggan memberi komen, mereka terpaksa mengurangkan kepedasan. Tapi bagi saya, walaupun dah kurangkan tahap kepedasan ia tetap lagi pedas.

Nasi lemak kukus kangkung FAM
Nasi Lemak Kukus Kangkung Sambal Sotong dan Telur Goreng disini agak murah! Hanya RM6

Nasinya kurang rasa lemak santan, akan tetapi nasi yang berderai membuatkan nasi lemak disini lebih sedap. Ditambah lagi dengan sambal sotong yang lembut dan juga kangkung.

Boleh dikatakan cukup lengkap dengan kacang goreng, ikan bilis goreng dan juga timun.

Selain dari sambal sotong, ada juga telur rebus, ayam goreng, ayam rendang, daging rendang dan paru sambal! Erm.. Terasa terliur pula.

Nasi lemak kukus kangkung lauk sotong

Harga? Bagi saya harga Nasi Lemak Kukus Kangkung di sini memang murah! Lauk sambal sotong + telur goreng hanya RM6.

Kalau lauk ayam goreng dan telur goreng RM6.50. Harga akan berubah mengikut kenaikan harga barang mentah! Tapi jangan risau, harga naik tak kerap sangat di Nasi Lemak Kukus Kangkung.

Bagi anda yang memang penggemar nasi lemak kangkung Melaka, boleh singgah di Gerai Nasi Lemak Kukus Kangkung Puan Zainab di alamat dibawah:

[infobox]

Nasi Lemak Kukus Kangkung FAM
Restoran Jamal Mohammed
24, Jalan SS5A/9,
Kelana Jaya, Selangor

Waktu Operasi : 7.45 am – 2.00 pm

Koordinat: 3.095372, 101.605484[/infobox]

2 thoughts on “Nasi Lemak Kukus Kangkung, Kelana Jaya”

Leave a Comment