Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey

Kali ni Projek Nasi Lemak diteruskan lagi dengan mencari nasi lemak lain dari yang lain. Nasi Lemak Kukus Goreng dari Chef Fauzey mendapat tempat dihati peminat nasi lemak selepas mendapat liputan oleh Majalah 3.

Saya sempat bertemu dengan Chef Fauzey yang merupakan pengasas nasi lemak kukus goreng. Menurut beliau, beliau mula berniaga nasi lemak kukus selepas berhenti menjadi Chef di hotel 5 bintang selama 10 tahun.

Bukan mudah untuk memulakan perniagaan nasi lemak kerana selama bekerja di hotel, Chef Fauzey lebih cenderung kepada masakan makanan barat. Walau bagaimanapun ia tidak menjadi penghalang apabila Chef Fauzey belajar sendiri dari makcik beliau perkara asas membuat nasi lemak.

Idea untuk membuat nasi lemak kukus goreng datang apabila ada seorang pelanggan membuat pesanan Nasi Lemak Goreng Kukus Goreng. Disebabkan permintaan tersebut, Chef Fauzey mula mengolah semula resepi nasi lemak kukus goreng kerana apabila menggunakan nasi lemak ia tidak sesuai untuk masak seperti nasi goreng biasa kerana mempunyai santan.

Banyak kali beliau mencuba untuk mendapatkan resepi yang sempurna, akhirnya Nasi Lemak Kukus Goreng kini semakin dikenali.

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey001

Waktu saya ke Gerai Mobil Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey boleh dikatakan meja agak penuh walaupun bukan di hujung minggu. Sebelum ini, Chef Fauzey hanya membuka gerai pada waktu hari biasa.

Selepas mendapat liputan di Majalah 3, pelanggan yang datang semakin ramai dan ada yang datang dari Melaka dan Negeri Sembilan semata ingin merasa Nasi Lemak Kukus Goreng. Disebabkan itu, beliau berfikir untuk membuka gerai pada hujung minggu bermula 2 minggu lepas.

Jangan terkejut sekiranya anda datang di hujung minggu ramai yang beratur, kerana Nasi Lemak Kukus Goreng memang menjadi fenomena sekarang.

Bagi anda yang datang ke sini tetapi tidak sempat menjamu selera disebabkan nasi lemak habis walaupun beratur lama, diharapkan jangan kecewa. Chef Fauzey masih lagi cuba memenuhi permintaan pelanggan yang naik secara mendadak. Chef Fauzey telah menambah kuantiti hidangan pada hujung minggu untuk tidak mengecewakan pelanggan!

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey005

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey lain dari yang lain!

Tak dinafikan memang ia lain dari yang lain. Entah kenapa saya lebih suka nasi lemak kukus goreng berbanding nasi lemak kukus biasa.

Mungkin disebabkan rasa nasi lemak bersama rempah ayam dan udang membuatkan ia lebih sedap disamping sambal yang cukup simple dan pedas.

Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey002
Nasi Goreng + Ayam berempah dan Udang Berempah bersama sambal dan timun. Harga Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey hanya RM7.00
Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey004
Harga Nasi Lemak Kukus Biasa Chef Fauzey RM6.00 sahaja!

Sambal untuk kedua-dua nasi lemak ini adalah sama. Yang membezakannya adalah nasi lemak kukus digoreng dan mempunyai udang goreng berempah, ayam goreng berempah dan telur rebus.

Harga untuk nasi lemak kukus tidak terlalu mahal, memang harga biasa untuk nasi lemak kukus. Tambah seringgit dapat nasi lemak kukus goreng!

Rugi tak cuba.

Harapan kami, semoga perniagaan Chef Fauzey semakin maju!.

Anda nak cuba? Boleh ke alamat dibawah :

[infobox]

Nasi Lemak Kukus Chef Fauzey
Jln Othman Bus Station, Petaling Jaya.

No. Tel: +60193765886

Waktu Operasi : Setiap hari 5.30 ptg – 11.00pm

Kordinat: 3.087072,101.647795

Facebook : Chef Fauzey Nasi Lemak Kukus

[/infobox]

5 thoughts on “Nasi Lemak Kukus Goreng Chef Fauzey”

Leave a Comment