Nasi Lemak Famous @ Bangsar Food Court. Sedap & Murah!

Nasi Lemak Famous

Pernah dengar tentang Nasi Lemak Famous yang terletak di Jalan Telawi, Bangsar? Tidak susah untuk mencari lokasinya, cari sahaja papan tanda Bangsar Selera yang berhadapan dengan Public Bank Bangsar.  Landmark lain adalah Kedai Serbaneka KK dan juga bersebelahan balai polis.

Nasi Lemak Sedap KL Nasi Lemak Famous, Bangsar-1

Tahukah anda Nasi Lemak Famous yang dibuka sejak era 90-an bermula dengan tapak kedai yang kecil menjadi terkenal kerana keenakan ayam gorengnya? Ayam gorengnya yang diperap menggunakan rempah serta resipi istimewa telah melonjakkan nama kedai ini.

Kini, Nasi Lemak Famous masih kekal menjadi sebutan atau famous. Di sini pelbagai jenis sambal boleh dipilih seperti sambal sotong, sambal kerang, sambal paru dan juga puyuh goreng.

Nasi Lemak Sedap KL Nasi Lemak Famous, Bangsar-3

Nasi Lemak Sedap KL Nasi Lemak Famous, Bangsar-2

Semasa kami singgah di sana dalam pukul 9 malam, Kedai Nasi Lemak Famous sudah dipenuhi pelanggan yang terdiri daripada pelbagai lapisan bangsa.

Kami mencuba beberapa jenis sambal iaitu sambal kerang dan juga sambal sotong. Ayam goreng? Wajib makan nasi lemak di sini dengan ayam goreng. Rugi besar jika anda tidak mencubanya.

Nasi Lemak Sedap KL Nasi Lemak Famous, Bangsar-7
Nasi lemak bersama ayam goreng
Nasi Lemak Sedap KL Nasi Lemak Famous, Bangsar-4
Nasi lemak bersama sambal kerang dan sambal sotong

Sedap ke “Nasi Lemak Famous”?

Bagi kami, keistimewaan nasi lemak mereka semestinya terletak pada ayam gorengnya yang memang sedap. Rasa rempahnya yang istimewa mampu membuatkan orang datang semula ke gerai ini. Harga bagi nasi lemak ayam hanyalah RM5.00. Mahal? Murah? Tepuk dada tanyalah selera.

Sambalnya yang merah ternyata pedas. Tetapi tidak terlalu manis.

Sambal sotong dan kerangnya boleh tahan, namun tiada apa yang istimewa tentangnya.

Bagi mereka yang sedang mencari gerai nasi lemak yang sedap di sekitar KL, Nasi Lemak Famous mungkin boleh menjadi destinasi anda yang seterusnya. Lokasi serta alamat seperti yang tertera di bawah :

[infobox]

Nasi Lemak Famous Bangsar
Bangsar Selera Food Court, Jalan Telawi 1, Bangsar, Kuala Lumpur (next to Public Bank)

Waktu operasi : 5:00 petang – 5:00 pagi

Kordinat : 3.131152, 101.672148

[/infobox]

5 thoughts on “Nasi Lemak Famous @ Bangsar Food Court. Sedap & Murah!”

  1. nasi lemak famous..harapkan nama je mcm gempak..tp xsedap langsung..mcm mna la penulis ni kata nasi lemak ni sedap sgt..mahal la pulak tu nasi lemak ayam rm6..air pun sama tak sedap..teh o ais limau je..tp rasa ntah ape2..sape yg g mkan kat sini mmg menyesal..dh la x sedap caj pun mahal..layan pun mcm kerek je.. saya prnah rasa nasi lemak kukus & ayam berempah..lg sedap dr ni..baru rm5..nasi pun banyak…

    laun kalu kalau nak share tmpt mkn sedap biar btol2 sedap..agknya penulis ni buta selera kot..

    Mmg saya rasa menyesal & rugi sgt mkn kt nasi lemak famous tu..

    Reply
  2. Maybe taste you very high kot dari orang-orang dok Bangsar..

    ataupun orang dok Bangsar biasa sangat makan Western sampai berpusu-pusu x reti nak bezakan rasa sedap masakan tradisonal nasi lemak.

    Yang biasa berlaku kalau makan nasi lemak ni…lebih ‘kampung’ asal kedainya maka lebih sedap rasanya.

    Kalau kat tengah2 town cakap nasi lemak lagi sedap dari nasi lemak kampung..mmg ada something wronglah sikit…

    Reply
  3. Bukan nak jatuhkan business orang lain tapi

    1. makanan tak sedap.
    2. tempat dan pekerja kotor (pekerja bawa baby, pastu baby tu berak tapi di letak atas meja makan. naik la bau tapi diorang buat tak ta je. seorang lagi kantoi tengah korek hidung, pastu terus sambut makanan utk bungkus. dia pegang ayam pulak tu. pss: sy tak jadi makan malam tu, bungkus utk member je)
    3. cashier yang kerek. bila member tanya kenapa sorang makan lebih rm 10, dia terus marah.
    4. dan mahal, of course.

    conclusion, memang nightmare pegi kedai ni. harap penulis boleh bagi info yg lebih accurate.

    peace

    Reply
  4. Untuk makluman anda nasi lemak kak yan’t puj (puncak jalil 3)
    terbaik dengan sambalnya yg sedap serta ayam goreng berempah serta sambal bilis kering petai yang terbaik.kalu anda lalu dikawasan puncak jalil cuba try tak tipu.Anda boleh tengok di fb kak yant nasi lemak puj.

    Reply

Leave a Comment