Kampung BaruMakan TengahariMinum PetangNasi LemakSarapan Pagi

Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru

Editor's Rating

Sedap
Bersih
Harga
Parking
Nasi lemak antarabangsa popular tapi mahal?

Misi pencarian Nasi Lemak sedap di Kuala Lumpur dan Lembah Klang diteruskan lagi. Kali ini yang menjadi pilihan saya adalah Nasi Lemak Antarabangsa yang dikatakan sangat popular di Kuala Lumpur.

Nasi Lemak Antarabangsa diasaskan oleh Pn. Normi Tandoh yang dahulunya memulakan perniagaan kuih muih dan nasi lemak bungkus melalui tempahan rakan kerja suaminya. Sehingga la beliau membuka gerai di Jalan Raja Muda Musa.

Sambutan yang diterima sangat menggalakkan sehinggakan beliau melanjutkan waktu perniagaan dari subuh hingga pukul 11 pagi ke 6 petang.

Sebelum ini Nasi Lemak Antarabangsa telah membuka beberapa cawangan di Bangsar, Puchong, Rawang dan lain-lain lokasi. Akan tetapi beberapa cawangan telak di tutup . Dan kalau dilihat di laman web Nasi Lemak Antarabangsa, hanya tertera lokasi di Jalan Raja Muda Musa Kampung Baru. 

Populariti Nasi Lemak Antarabangsa

Populariti nasi lemak antarabangsa masih tinggi dan masih menjadi bualan. Akan tetapi berdasarkan ‘ranking’ di Foursquare, nasi lemak antarabangsa berada di kedudukan 20 ke atas.

Wujud persepsi yang menyatakan nasi lemak antarabangsa tidak sesedap dahulu dan agak mahal. Mungkin ini antara punca beberapa cawangan terpaksa ditutup.

Memandangkan saya tidak pernah mencuba, jadi tidak adil untuk membuat rumusan melalui komen mereka. Jadi saya cuba sendiri nasi lemak ini.

Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru 1

Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru

Nasi lemak lauk sambal sotong dan telur goreng

Pelanggan Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru

Konsep makan disini, pilih lauk dan air kemudian terus bayar di kaunter. Saya memilih nasi lemak lauk sambal sotong dan juga telur goreng. Minuman pula saya pesan Teh O Ais.

Agak-agak berapa harga?

  • Nasi lemak – RM1.50
  • Sotong sambal – RM3.50
  • Telur goreng – RM1.30
  • Teh o-ais – RM1.50
Harga Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru.

Harga Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru.

Jumlah apa yang saya makan disini adalah RM7.80. Mahal? bagi saya agak mahal lagi-lagi dengan telur goreng berharga RM1.30. Saya pasti ramai yang bersetuju dengan ini.

Mungkin sebab nama mereka yang cukup dikenali, jadi pelanggan tetap singgah walaupun sedikit mahal.

Dari segi keseluruhannya, nasi lemak memang sedap. Sambal yang sedikit manis dan pedas. Cuma agak kurang pekat dan kurang ump! Mungkin ada sesuatu yang tidak lengkap. Mujur ada sambal sotong. Sedap! Sotong lembut, tidak terlalu manis dan cukup pedas.

Nasi Lemak Antarabangsa, Kg Baru 1

Bagi anda yang mencari dekat mana mana nak cari nasi lemak yang popular ini, boleh ke Kampung Baru seperti alamat di bawah:


Nasi Lemak Antarabangsa
4 Jalan Raja Muda Musa Kg Baru 50300 Kuala Lumpur.

Waktu operasi : Pagi sehingga petang
Website : http://www.nasilemakantarabangsa.my/

Koordinat : 3.162377, 101.704002

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • nasi lemak antarabangsa
  • harga nasi lemak
  • harga nasi lemak antarabangsa kg baru
  • makan di nasi lemak antarabangsa
  • nasi lemak sambal hati ayam berapa harga
Previous post

Restoran Mat Binjai, Kuala Terengganu

Next post

Nasi Lemak Mak Wanjor, Kampung Baru

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *