Makan TengahariNasi BriyaniTerengganu

Nasi Briyani Sedap bersama Ayam Goreng Panas-panas di Asfar Beryani, Kertih.

Berkunjung ke Terengganu, makanan yang paling dicari semestinya nasi dagang atau keropok lekor. Tetapi masih ramai yang berkunjung ke negeri Darul Iman ini tidak mengetahui, terdapat restoran yang menyediakan nasi briyani sedap bersama ayam goreng panas-panas!

nasi briyani di Terengganu

Restoran Asfar Beryani terletak di Bandar Baru Kerteh (sebelah Pejabat Pos Kertih), bandar yang menempatkan kilang-kilang pemprosesan minyak&gas terbesar di Pantai Timur Malaysia. Restoran ini agak terkenal di kalangan pekerja-pekerja sektor ini dan sentiasi penuh sewaktu makan tengah hari.

Menu Nasi Briyani mula dijual pada waktu makan tengah hari sehingga ke lewat petang. Manakala pada waktu pagi, terdapat menu lain seperti roti canai, capati, mi goreng & roti arab untuk santapan di waktu pagi.

Nasi Briyani Sedap

Set Nasi Briyani, Ayam Goreng. Kuah Dalca, Papadom

Menu utama yang disediakan di Restoran Asfar Beryani ialah Nasi Beryani bersama kuah dalca & acar sayuran. Lauknya pula terdiri daripada ayam goreng rempah, ayam masak merah, gulai daging dan juga kari kambing. Tepuk dada, tanya selera. Kali ini kami memilih menu ayam (ayam goreng & ayam masak merah).

ayam-masak-merah

Nasi Briyani Ayam Masak Merah

Nasi Briyani bersama Ayam Goreng Panas merupakan menu paling tinggi permintaannya di sini. Kerangupan ayam dengan rempah istimewa memang berbeza daripada tempat lain. Kami juga mencuba menu ayam masak merah. Nampak pedas tetapi tidaklah sepedas seperti yang disangka. Ada rasa manis-manis juga.

Kuah Dalca pula mengandungi isi ayam & sayuran lain seperti terung, timun & kacang panjang, memang kombinasi yang menarik untuk dimakan bersama nasi beryani. Harga untuk set ini hanyalah RM12.00.

Kepada anda yang berkunjung ke Terengganu dan menggunakan ‘jalan pantai’ (tidak menggunakan LPT 2), bolehlah singgah di Asfar Beryani untuk mencuba menu nasi briyani sedap ini. Setidaknya ada kelainan pada kunjungan anda ke Terengganu pada kali ini.

Alamat Restoran Asfar Beryani:

Gerai Sebelah Pejabat Pos Kertih, 24300 Kertih, Terengganu.

No Tel: 019-968 8278

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • what halal & best food is available in kampung china kuala terengganu
  • kedai makan best di terengganu
  • kedai makan best kat kuala terengganu
  • kedai makan di atas bukit di terengganu
  • nasi beriani murah di terengganu
  • sarapan pagi nasi briyani
  • makanan di terengganu
  • restoran masakan panas tersohor di marang terengganu
  • restaurant makan best di terengganu
  • tempat makan menarik terengganu
  • tempat makan paling best di terengganu
  • tempat makan sedap dan murah di kuala besut
  • tempat makan sedap di jerteh
  • tempat makan sedap di kuala besut
  • tempat makanan sedap di kemasik
  • tempat sarapan menarik di kuala terengganu
  • nasi arab waterfront terengganu
  • makanan paling sedap di terengganu
  • kedai makan kuala besut
  • kedai makan tengah hari kuala terengganu
Previous post

Laman Grill-Steak & Bar-B-Que, Seksyen 13, Shah Alam.

Next post

Siapa Cakap Tiada Satay Celop Halal di Melaka?? Satay Celop Warisan di Restoran Celop Celop

Jamar

Jamar

TRAVELOG KEHIDUPAN - LIFESTYLE BLOGGER

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *