Makan MalamMakan TengahariNasi BriyaniShah Alam

Nasi Beriani Kambing di Shahza Beriani Shah Alam

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Parking
Bersih
Harga
Daging kambing memang super lembut

Buat penggemar hidangan Asia Barat, makanan berat seperti beriani kambing pasti membuka selera.

Bagi mereka yang berada di Shah Alam, Restoran Shahza Beriani menawarkan menu istimewa Nasi Beriani Johor  merangkumi daging ayam dan semestinya daging kambing.

Shahza Beriani baru sahaja dibuka di Seksyen 7 Shah Alam beberapa bulan yang lepas. Menurut pemiliknya En. Fakhrul, idea untuk membuka Restoran Shahza Beriani bermula selepas sekian lama bekerja di luar negara.

Oleh kerana makanan halal di luar negara sukar ditemui dan mahal harganya, beliau mengambil inisiatif untuk masak sendiri. Kerana minat memasak yang sangat mendalam, beliau mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan Nasi Beriani Johor di Shah Alam.

Nasi Beriani Johor di Shahza Beriani Shah Alam

Nasi Beriani Johor di Shahza Beriani Shah Alam

Kedai Nasi Beriani Kambing di Shahza Beriani Shah Alam

Shahza Beriani Shah Alam

Menu di Shahza Beriani Shah Alam

Menu makanan di Shahza Beriani Shah Alam

Nasi Beriani Kambing di Shahza Beriani Shah Alam 2

Nasi Uduk Indonesia di Shahza Beriani Shah Alam

Nasi Uduk Indonesia di Shahza Beriani Shah Alam

Menu

Menu istimewa di sini adalah Nasi Beriani Kambing dan juga Nasi Uduk Indonesia.

  1. Nasi Beriani Ayam Masak Merah RM10.80
  2. Nasi Beriani Ayam RM10.80
  3. Nasi Beriani Daging RM11.80
  4. Nasi Beriani Kambing RM12.80

Betul ke sedap Nasi Beriani Kambing?

Nasi Beriani Kambing di hidang bersama-sama gulai kambing, acar, papadom dan juga kuah dalca.

Teksturnya tidak berminyak kerana menggunakan beras yang terbaik. Kambingnya sangat lembut teksturnya begitu lembut dan seakan-akan mencair apabila dikunyah. En. Fakhrul menjelaskan yang daging kambingnya dimasak dalam pressure cooker.! Jadi, tiada istillah gigi tercabut semasa makan beriani kambing di sini ye.. gulai kambingnya juga tidak pedas.

Kesemua menu dihidangkan dalam saiz hidangan yang pasti membuatkan pengunjung berpuas hati.

Lebih membuat beriani ini istimewa adalah acar atau lebih dikenali sebagai jelatah. Rasanya yang manis bila dimakan bersama dengan nasi benar-benar menyelerakan.

Nasi Beriani Kambing di Shahza Beriani Shah Alam 3

Pelanggan juga harus mencuba hidangan istimewa yang berasal dari Indonesia iaitu Nasi Uduk. Nasi Uduk kelihatan seakan-akan sama macam Nasi Ayam Penyet. Menurut En. Fakhrul terdapat perbezaan antara kedua-duanya. Nasi Uduk ayamnya di rebus dahulu sebelum digoreng. Bagi kami, sambalnya merupakan pelengkap kepada Nasi Uduk ini.

Nasi Uduk di Shahza Beriani Shah Alam 3

Oh ya! Pisang Goreng Cheese Coklat kini boleh didapati di Shah Alam. Bagi anda yang sudah lama mengidam Pisang Goreng Cheese boleh order di Shahza Beriani. Harganya semurag RM5.50 sepinggan

Pisang Goreng Cheese Shah Alam

Pisang Goreng Cheese Shah Alam

Bagi anda yang meminati Nasi Beriani Johor, boleh singgah di Shahza Beriani seperti alamat dibawah:

Shahza Beriani
No. 16 Jalan Kristal K7/K, 40000 Shah Alam, Malaysia.
012-241 5711
shahzaberiani@yahoo.com.my

Waktu operasi :
Isnin – Khamis  11:30 am – 10:30 pm
Jumaat – 11:30 am – 12:30 pm, 2:00 pm – 10:30 pm
Sabtu – 11:30 am – 10:30 pm

Facebook : https://www.facebook.com/shahzaberiani

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • nasi beriani shah alam
  • shahza beriani
  • cara memulakan perniagaan nasi beriani
  • nasi briyani shah alam seksyen 7
  • harga nasi beriani kambing
  • nasi beriani gam shah alam
  • Nasi beriani johor di shah alam
Previous post

Super Bowl Delights (Cafe), Sungei Wang Plaza

Next post

Nasi Lemak Village Park, Damansara

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *