NASI BARIANI JOHOR AT KLCC

NASI BARIANI JOHOR 1

Hai semua, kali ini crew myselera menjejaki sebuah restoran yang terdapat di klcc iaitu Nasi Bariani Johor. Restoran ini merupakan antara 6 restoran yang mempunyai sijil halal dari berpuluh-puluh restorang yang terdapat di klcc. Memandangkan berbuka puasa tidak lama lagi, kami mulakan penatapan menu yang terdapat di kaunter. Kami memesan dua jenis hidangan iaitu nasi beriani ayam dan juga kambing.nyum-nyum!

Okey, ini adalah nasi bariani kambing, apa yang boleh dikatakan dengan rasa hidangan ini, nasi bariani yang disajikan mempunyai rasa tawar namun daging kambing yang menjadi satu-satunya lauk untuk menu tersebut melengkapkan rasa sehingga membuat saya sendiri terpukau dengan rasa daging kambing tersebut. Kelembutan daging kambing itu membuat saya lebih selera untuk menjamu selera pada 10 ramadhan terakhir ini.

NASI BARIANI JOHOR 2
NASI BARIANI KAMBING RM17.50

Hidangan seterusnya pula ialah nasi bariyani ayam, rasa nasi tetap sama dengan hidangan sebelum ini, tetapi rasa ayam boleh dikatakan tidaklah terlalu sedap seperti rasa daging kambing tersebut dan boleh dikategorikan “boleh layanlah”.

NASI BARIANI JOHO3
NASI BARIANI AYAM RM 15.50

Kepada yang berminat untuk turut merasa hidangan ini, anda boleh bertandang di klcc tingkat 4 bahagian foodcourt.

Leave a Comment