Nasi Ayam Sedap di Restoran Tempayan Sungai Buloh

Sebelum ni kami dah review masakan kampung di Restoran Tempayan Sungai Buloh. Sebenarnya selain dari masakan kampung terutamanya asam pedas, ada menu istimewa lain yang menjadi kegilaan pengunjung tegar Restoran Tempayan!  Perlu cuba? Mesti la perlu. Sebab ini antara makanan yang dapat vote paling tinggi di sini.

Nasi Ayam & Lempeng

Jika tengok di Foursquare, ramai yang berpendapat Nasi Ayam dan juga lempeng di Restoran Tempayan ni sedap! Jadi kali ini kami ingin mencuba sendiri.

Restoran Tempayan Sungai Buloh
Lempeng!
Nasi Ayam Sedap di Selangor. Restoran Tempayan Sungai Buloh - 027
Nasi Ayam!

Betul la yang dikatakan oleh penggemar Nasi Ayam Restoran Tempayan. Nasi dan ayam sememangnya lembut. Ditambah lagi dengan sambal yang kurang pedas. Portion ayam juga sesuai bagi yang medium saiz.

Lempeng pula dihidang bersama kuah. Tak cukup 1 mangkuk kuah, kena minta lebih. Lempeng kalau tak dimakan bersama kuah pun sedap! Pendek kata memang wajib cuba.

Selain dari Nasi Ayam dan Lempeng, menu lain yang ada adalah Mee Udang, Set Nasi bersama Asam Pedas, dan juga Set Nasi + Ayam Kampung Berempah.

Set Nasi dan Ayam Kampung Berempat. Restoran Tempayan Sungai Buloh
Set Nasi dan Ayam Kampung Berempah
Set Ikan Bawal Bakar! Restoran Tempayan Sungai Buloh
Set Ikan Bawal Bakar!
Mee Udang! Restoran Tempayan Sungai Buloh
Mee Udang! Memang penuh udang disajikan untuk anda! Wajib cuba ni!
Restoran Tempayan Sungai Buloh
Turut dihidangbersama ulam, sambal belacan dan kari ikan

Jika anda penggemar makanan western jangan risau, Restoran Tempayan turut menyediakan makanan western pada waktu malam!

Harga

  • Mee Udang – Rm15 (biasa), RM20 (Special)
  • Set Asam Pedas – RM9.50
  • Set Nasi Ayam – RM5.80
  • Set Ayam Kampung Berempah – RM6.50
  • Lempeng Kari Ayam – RM4
  • Cucur Udang – RM2

Selain itu, kalau ingin mengadakan jamuan makan bersama rakan sekerja, restoran ini juga menyediakan ruang khas untuk makan berkumpulan.

Secara keseluruhan kesemua makanan yang disajikan sedap dan cukup rasa. Terdapat beberapa menu yang menjadi pilihan kami. Tak rugi datang ke restoran ini.

Pada yang berminat untuk berkunjung, boleh hubungi maklumat seperti dibawah :

[infobox]

Restoran Tempayan, Sungai Buloh
7398 Tingkat Bawah, Jln 1A/3 Bandar Baru Sg Buloh, Sungai Buloh, Selangor

Waktu operasi : Isnin- Ahad (7am-12am)

No. tel: 03 6151 2221
No. faks : 03 6151 2221

Facebook : Restoran Tempayan

[/infobox]

Leave a Comment