Nasi Arab Restoran Saba, Cyberjaya

[quote][/quote][dropcap]R[/dropcap]estoran Saba menyediakan makanan dari Timur Tengah dan bagi peminat makanan Arab, standard restoran ini pastinya berada sebaris dengan Restoran Al-Rawsha dan Hadramawt. Seperti biasa, masakan Timur Tengah yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan pastinya Nasi Arab bersama daging atau ayam yang dimasak bersama untuk mendapatkan rasa dan aroma rempah ratus yang unik hasil dari perapan ayam / daging dan rempah yang dimasukkan bersama nasi tersebut.

Lokasi Restoran Saba ini sangat strategik dengan akses yang mudah dari semua arah. Restoran ini terletak di Dataran Setiawangsa berhadapan dengan stesen LRT Setiawangsa dan mempunyai tempat letak kereta yang selesa dan selamat untuk setiap pengunjungnya. Jangan risau jika anda parking di bahagian basement kerana lif disediakan untuk kemudahan pelanggan. Bayaran tempat letak kereta terbuka (valet parking) adalah sebangak RM 3.00 sejam, manakala, bayaran untuk tempat letak kereta di bahagian basement hanya RM 1.00 sejam. Sangat berpatutan.

restoran saba menu

restoran saba from outside

Kami tiba di Restoran Saba pada sekitar jam 8.30 malam. Memang telah ramai pelanggan ketika itu. Ruangan makan di tingkat 2 sudah pun hampir penuh. Sebelum ini, kami pernah mencuba masakan arab di Restoran Al-Rawsha dan Hadramawt. Sudah tentulah expectation kami untuk Restoran Saba ini sangat tinggi. Almaklumlah, kami sedang cuba untuk membandingkan restoran ini dengan restoran lain yang sangat terkenal dan tak kurang hebatnya.

saba_menu_dessert

restoran saba menu
Harga menu disini boleh dikatakan agak murah!

Melihat kepada harga yang tertera di dalam buku menu, boleh kami katakan bahawa harga makanan di Restoran Saba agak murah berbanding dengan restoran arab yang kami pernah pergi sebelum ini. Kami memesan dua pinggan nasi Mandy sebagai menu utama, iaitu Mandy Chicken dan Mandy Lamb. Nasi mandy sebenarnya nampak lebih cantik dan sedap disebabkan warnanya bercampur warna oren (saffron) dan menggunakan beras basmati dimana beras yang panjang-panjang. Nasi mandy biasanya dihidangkan bersama dalca dan cili tomato.

restoran saba nasi mandy
Nasi mandy. Sedap!

Berbeza dengan nasi khabsah, biasanya ia berwarna kekuningan seperti nasi minyak dan dihidangkan bersama salad dan cili tomato. Hidangan ini juga disediakan dengan sekeping roti arab yang bersaiz sebesar mulut tempayan kecil yang dihidangkan dengan semangkuk susu masam (yogurt) yang telah dicampur dengan rempah. Saiz roti tersebut memang sangat besar sehinggakan kami terpaksa bawa balik untuk makan dirumah!.

restoran saba roti arab
Roti Arab di Restoran Saba
restoran saba mix omelete
Mix Omelete di Restoran Saba

Tidak lengkap jika tidak mencuba pencuci mulut yang unik dari Restoran Saba ini. Sama seperti restoran arab yang lain, Baklava dan Masboosa merupakan antara pencuci mulut yang sentiasa menjadi pilihan pelanggan. Baklava merupakan manisan yang menggunakan kacang pistachios, manakala Masboosa merupakan manisan berbentuk kek yang mempunyai rasa lemak bersusu. Dengan harga yang berpatutan, pelanggan boleh membeli satu kotak Baklava (8 biji) dengan harga RM12.00 dan sepotong kecil Masboosa dengan harga RM4.00.

restoran saba basbousa
Pencuci Mulut Basbousa – RM4
restoran saba baklava
Pencuci Mulut Baklava – RM12 (8 biji)

Jumlah makanan kami pada hari ini termasuk 2 jenis pencuci mulut dan 3 jenis air hanyalah RM88.00. Tersangat murah bagi kami kerana selalunya dengan hidangan sebanyak ini, kami perlu membayar hampir RM120.00 di sebuah restoran arab yang lain. Ianya memang sangat berbaloi untuk kami datang lagi lain kali. Tiada yang kurang mengenai servis oleh pelayan di sini cuma mereka agak kurang faham Bahasa Melayu, tetapi itu tidak menjadi masalah yang besar bagi kami.

[quote align=’right’]Makanannya sangat sedap dan berbaloi! Kami pasti akan datang lagi.[/quote]

Secara keseluruhannya, kami memang sangat berpuas hati menjamu selera di Restoran Saba ini dan bercadang untuk datang semula ke sini lain kali. Ada banyak lagi menu yang kami teringin nak cuba. Semuanya nampak sedap dan harga berpatutan. Tidak boleh nak makan sekaligus semua makanan kerana hanya 2 perut yang perlu diisi pada satu masa. Kami akan cuba menu yang lain lepas ini.

[infobox]
Restoran Saba

1-01 Dataran Jelatek, Jalan Jelatek,
Setiawangsa, 54200 Kula Lumpur
(Berhadapan dengan Stesen LRT Setiawangsa)

Waktu operasi : 
Sabtu – Khamis – 11.30 am – 12.00 am
Jumaat – 2.30 pm – 12.00 am

Cawangan lain : CBD Perdana, Cyberjaya

03-42512592 (KL) 03-83202544 (Cyberjaya)

Website : www.sabaholdings.com.my

Facebook Restoran Saba : tiada

Koordinat : 3.175091,101.734476

[/infobox]

[flexiblemap address=”1-01 Dataran Jelatek, Jalan Jelatek, Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur” title=”Restoran Saba”]

 

Leave a Comment