Nasi ArabShah Alam

Nasi Arab Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya Shah Alam

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Mesra Kanak-kanak
Kemudahan Solat
Parking
Bersih
Harga
Dekat dengan Masjid Al-Itisam, TTDI Jaya. Tempat yang sungguh selesa.

Restoran Aroma Hijrah

Di mana restoran nasi arab di Shah Alam yang sedap dan popular? Mari bersama kami kita singgah ke Restoran Aroma Hijrah yang terletak di TTDI Jaya. Pertama kali sampai di Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya ini kami teruja melihat  hiasan dalaman dan juga tempat makan bersila ala-ala arab selain daripada kerusi meja kayu yang di sediakan. Dengan langsir dan lampu malap, terserlah suasana arab dalam Restoran Aroma Hijrah.

Disambut oleh seorang pelayan restoran yang sangat ramah, terus membawa kami ke tempat duduk bersila yang masih ada kekosongan. Apabila di tanya apa yang menarik dan makanan yang best, pelayan terus memberi cadangan supaya kami mencuba makanan yang berbeza memandangkan kami datang bertiga.

Menu Nasi Arab Aroma Hijrah

Menu masakan arab yang popular dihidangkan di Aroma Hijrah antaranya Roasted Mandy Chicken, Masywi (Grilled) Chicken, Mandy Beef, dan lain lain. Nasi pula ada tiga pilihan iaitu Mandy Rice, Maqlubah Rice dan Kabsah Rice. Untuk mengetahui hidangan makanan yang lain dari Aroma Hijrah boleh ke Facebook Aroma Hijrah

Nasi Arab Aroma Hijrah 1

Kalau anda tak tahu nak pesan makanan apa, boleh minta cadangan dari pelayan Aroma Hijrah. Terbaik punya sesi memilih makanan, pelayan pun sempoi. Memandangkan kami bertiga, idea yang paling bernas adalah  untuk memesan menu yang berbeza-beza. Jadi kami memilih single set dengan nasi arab yang berbeza.

Sebelum makanan sampai, krew sempat berjalan-jalan melihat sekitar restoran.

Aroma Hijrah 1

Aroma Hijrah 2

Aroma Hijrah 3Suasana dalaman Restoran  Aroma Hijrah sangat menarik. Warna, hiasan dan juga lampu-lampu menambahkan selera makan kami.

Setelah menunggu 10-15 minit, makanan yang dipesan pun sampai………..Hmmmm…nampak menyelerakan!

Kabsah Lamb dengan Nasi Mandy Aroma Hijrah

Ini Kabsah Lamb dengan Nasi Mandy

Masywi Chicken with Kabsah Rice Aroma Hijrah

Masywi (Grilled) Chicken with Kabsah Rice

Roasted Mandy Chicken with Maqlubah Rice Aroma Hijrah

Roasted Mandy Chicken with Maqlubah Rice

Air Kedondong bersama Asam boi Aroma Hijrah

Air Kedondong bersama Asam Boi

Nampak menyelerakan? Alhamdulillah……Memang puas hati dengan hidangan yang disediakan. Setiap hidangan ada kekuatan rasa tersendiri. Untuk nasi Maqlubah, yang membezakannya adalah nasi Maqlubah ini ada sayur seperti kentang, terung dan lobak merah yang dimasak sekali dengan nasi. Bagi kami nasi Maqlubah paling sedap. Rasanya macam ala-ala kurma.

Daripada tiga hidangan lauk iaitu Kabsah Lamb, Roasted Chicken, dan Masywi (grilled) Chicken, Masywi chicken menjadi pilihan kami. Rempah yang digunakan untuk masywi chicken seperti rempah sate, sedap! Tetapi ia bergantung pada selera masing-masing.

Jangan lupa untuk rasa 2 menu kambing di sini iaitu Roasted Lamb dan Kabsah Lamb. Beginilah gambaran Half Roasted Lamb yang diambil dari Facebook Aroma Hijrah. Nampak menyelerakan bukan?

Harga untuk 1 jug air kedondong bersama asam boi hanya RM 20. Alhamdulillah….Hidangan nasi arab Aroma Hijrah, TTDI Jaya ini memang istimewa dan banyak pilihan. Tidak dilupakan juga kepada pelayan yang ramah melayan kami.

Kalau rasa nak makan nasi arab, boleh singgah di Aroma Hijrah untuk makan tengah hari ataupun makan malam. Dibuka dari hari Isnin hingga Ahad dari pukul 11 pagi hingga 11 malam.

Restoran Aroma Hijrah
No 8, Jalan Opera U2/H,
TTDI Jaya,
40150 Shah Alam, Malaysia
No. Tel : 03-78321524 / 012-6544838 / 012-6644639

Operation Hours:
Isnin – Khamis: 11:00 am – 10:30 pm
Jumaat – Ahad: 11:00 am – 11:00 pm

Cara Bayaran:
Tunai & Kredit Kad

Facebook : Facebook Aroma Hijrah
Email : restaromahijrah@unifi.my

GPS  LAT 3.104167 LONG 101.557231

 

 

 

Summary
Reviewer
Norfa
Review Date
Reviewed Item
Alhamdulillah, kenyang!
Author Rating
5

Carian kedai makan sedap:

  • aroma hijrah
  • nasi arab shah alam
  • restoran aroma hijrah
  • aroma hijrah menu
  • restoran nasi arab shah alam
  • makan menarik di shah alam
  • nasi arab aroma hijrah
  • restoran arab shah alam
  • restoran arab di shah alam
  • aroma hijrah map
  • tempat makan nasi arab ttdi sedap
  • aroma hijrah ttdi jaya
  • aroma hijrah contact
  • nasi arab ttdi jaya
  • restoran hijrah ttdi jaya super combo
  • aroma hijrah shah alam
  • menu aroma hijrah shah alam
  • nasi arab al hijrah ttdi
  • nasi arab aroma hijrah shah alam
  • nasi arab di shah alam
Previous post

Buffet Ramadhan di Naab Restaurant, Bukit Bintang

Next post

Promosi Ramadhan Flamin Spicy dari Kenny Rogers ROASTERS

Norfanil

Norfanil

Baru sahaja menamatkan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>