Kuala SelangorMakan TengahariSelangor

Nasi Ambeng Warung Ibu Tanjung Karang

Krew Myselera jalan-jalan ke Lumut minggu ini sempat singgah makan tengahari di Tanjung Karang. Hentian kali ini adalah sebuah warung yang sudah memang terkenal dan popular dengan Nasi Ambeng & Soto. Warung Ibu terletak di Batu 3, Jalan Besar Tanjung Karang, 45500 Selangor. Jika datang dari Kuala Lumpur, Warung Ibu akan berada di sebelah kanan anda. (selepas BH Petrol)

Nasi Ambeng Tanjung Karang

Nasi Ambeng Tanjung Karang

Besar betul banner Jalan-Jalan Cari Makan dekat Warung Ibu ni, first impression kepada kesedapan yang bakal dirasa.

Menurut kata rakan, Nasi Ambeng adalah hidangan yang berasal dari Jawa. Nasi Ambeng di Malaysia biasanya berupa nasi putih yang dimakan bersama mee goreng, begedel, ikan masin goreng, sambal goreng, tempe goreng dan lauk wajib adalah serunding.

Ramai yang kata sambal goreng dan serunding memainkan peranan penting bagi menentukan kesedapan nasi ambeng..Warung Ibu berjaya menyajikan serunding kelapa yang memang sedap. Resipi turun temurun mungkin? Cuma nasi ambeng di Warung Ibu tiada ikan masin goreng, tetapi anda boleh makan bersama ayam goreng. Memang terlebih kenyang dibuatnya!

Harga pun rasanya boleh tahan, set nasi ambeng cuma RM6 sahaja.

Warung Ibu memang selesa, tempat duduk pun banyak. Jika anda peminat nasi ambeng atau bagi anda yang sedang bercuti di Kuala Selangor (tengok kelip-kelip) sesuai untuk berhenti makan di sini kerana kemudahan seperti tandas dan surau turut disediakan.

Masa nak bertolak meneruskan perjalanan baru perasan di belakang Warung Ibu ini juga terdapat sebuah homestay yang masih mengekalkan rekabentuk rumah tradisional.

[box_info]

Lokasi: Batu 3, Jalan Besar Tanjung Karang ( Lebih kurang 10-15 minit dari Pekan Kuala Selangor )

No Tel: 017-276 0953

Waktu operasi: 10.00 pagi – 3.00 petang

Kemudahan: Tandas, surau dan wakaf

[/box_info]

 

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • nasi ambeng
  • nasi ambeng kuala selangor
  • harga nasi ambeng
  • nasi ambeng sedap
  • NASI AMBENG WARUNG IBU
  • nasi ambang
  • warung ibu nasi ambeng
  • makan tengahari sedap di banting
  • nasi ambeng kampung baru
  • resepi nasi ambeng asli
  • soto ambeng asli
Previous post

Sakae Sushi Halal atau Tidak?

Next post

Asam Pedas Mak Kiah Tradisi Johor, Shah Alam. Rasa Asli Muar!

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. Liza
    May 12, 2017 at 6:01 am — Reply

    Saya pernah mencicipi Nasi ambeng ini dann lezaat sangat. Nanti mau saya post juga di blog

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *