Naili’s Place Sentul

Nailis Place

Kali ini krew myselera bertandang ke Naili’s Place Sentul. Restoran ini  berkonsepkan restoran ala ala tepi pantai, penuh dengan kesenian yg bercirikan kepulauan tropika.

Apa yang kami order? Naili’s Chicken Fried Rice : nasi goreng bersama ayam goreng garing, dihidangkan bersama keropok ikan, sambal udang, acar buah dan telur mata kerbau. Rasa nasinya yang cukup pedas memang ummpphh!

Kami turut memesan Naili’s Burger Big Bite. Daging yg empuk padu padat mampat. Masuk mulut memang lembut, memang terbaik!

Naili’s Place menyediakan pelbagai jenis air buah dan air campuran buah buahan. Tetapi yang paling best semestinya air kelapa…..memang menusuk tekak sampai masuk mimpi!

Harga? 2 org makan tak sampai RM50…ok ke tak agak-agak?

Naili’s Place juga menerima tempahan utk seminar, annual dinner, private anniversary, majlis perpisahan, party, majlis hari jadi, reunion dan sebagainya

Sijil Halal Jakim tiada digantung di mana mana sudut restoran tetapi pemiliknya 100% muslim iaitu En. Jamal & isteri Pn. Norizan.

 

Naili’s Place
116C, Kampung Chempedak, Jln Taman Dato’ Senu,
51000 Sentul, KL

Contact No / No Tel : 0192020755 / 0193930878 / 0132056419 / 0199192165

Email : [email protected]

Operation hours :
05:00pm – 02:00am

1 thought on “Naili’s Place Sentul”

Leave a Comment