Restoran Al-Rawsha, Shah Alam. Bukan Sekadar Nasi Arab

Bagi pencinta masakan Timur Tengah, Restoran Al-Rawsha yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam adalah antara restoran yang menyajikan pelbagai masakan Timur Tengah yang sedap dan berbaloi.

Ini bukan pertama kali kami ke sini. Ini adalah kunjungan kali ke-3 kami ke Restoran Al-Rawsha Shah Alam, sejak tahun 2014. Nampaknya rasa dan kuantiti menu yang dipesan tetap sama dan memuaskan hati. Patutlah restoran ini sentiasa dipenuhi pelanggan terutama pada hujung minggu.

menu-masakan-aRab

Menarik di AL-Rawsha, pelanggan lebih senang memesan menu kerana setiap menu disertakan sekali gambar makanan & harga. Cuma, untuk detail tentang sesuatu menu yang pelanggan tidak faham, bolehlah bertanyakan kepada pelayan yang mesra pelanggan. Tanyalah satu persatu apa yang ada dalam menu, pasti akan dijawab dengan mesra.

Tepuk perut, tanya selera. Dah berkenan, bolehlah order menu pembuka selera, menu utama dan pencuci mulut. Tapi harus diingat, kuantiti menu di Al-Rawsha sangat banyak!

chicken-kebab-sandwich

Untuk menu pembuka selera, kami memesan Chicken Kebab Sandwich yang berharga RM7 per set ini. Nak makan sorang boleh, nak makan untuk tiga orang pon boleh. Boleh cicah sos atau moyonis tu, didatangkan bersama French Fries yang rangup.

roti-mulawwah-al-rawsha

Nampak seakan-akan roti canai, menu sarapan popular rakyat Malaysia, tapi bukan..Roti Mulawah yang rangup dan sedap. RM3 sekeping ni, bolehlah makan ramai-ramai sebagai snek pembuka selera, sebelum tiba menu utama.

Sejak pertama kali ke Al-Rawsha, menu akan sampai sebelum kami betul-betul lapar. Servis sangat cekap. Ini harus dipuji.*thumbs up

Mansaf-Al-Rawsha-Beef

Mansaf Al-Rawsha (Lamb) ini adalah menu tradisional masyarakat Lebanon. Nasi berwarna keperangan ini dimasak bersama rempah ratus khas dan daging kambing yang sangat lembut dan paling penting tidak berbau. Dimakan bersama sup ala-ala rasa mayonis..hehe..tak pasti lak apa kandungannya, tapi sedap!

Jordan-Mansaf

Menu seterusnya, Jordan Mansaf Chicken. Nasi dan ayam diletakkan di dalam lipatan roti. Masakan tradisional style Jordan ini antara pilihan pelanggan di Restoran Al-Rawsha Shah Alam. Bagi peminat kambing, bolehlah pesan Jordan Mansaf Lamb..sedap!

chicken mandy

Chicken Kabsa yang berharga RM15 untuk satu set ini juga antara pilihan pelanggan ke sini. Kuantiti nasinya memang banyak, boleh dikongsi untuk 2 orang.

lamb mandy

Pilihan selain ‘Chicken’ semestinya ‘Lamb’. RM18 untuk satu set Lamb Kabsa ini. Sangat puas hati dengan aroma nasi dan kelembutan daging kambing yang sangat lembut. Licin satu pinggan Lamb Khabsa, pekena pula kopi Arab yang sangat ‘kaw’!

Pencuci mulut dari Timur Tengah seperti Custard Aljanna & Custard Puding juga disediakan untuk pilihan pelanggan. Nampak sedap dan menyelerakan. Tidak berkesempatan untuk mencuba pada kali kerana perut sudah terlalu kenyang. Kami pasti mencubanya untuk kunjungan akan datang.

Kepada penggemar atau mereka yang ingin mencuba menu masakan Timur Tengah, bolehlah ke Restoran Al-Rawsha yang terletak di Seksyen 7, Shah Alam ini. Tak jauh pun dari Hospital Shah Alam.

Alamat Restoran Al-Rawsha Shah Alam:

No. 2, Jalan Platinum Seksyen 7 Shah Alam.

3 thoughts on “Restoran Al-Rawsha, Shah Alam. Bukan Sekadar Nasi Arab”

Leave a Comment