Mee Bandung Muar Udang Galah, Restoran Bisik-Bisik

Anda peminat Mee Bandung Muar? Alhamdulillah, kami diberi peluang untuk merasa dan membuat review makanan yang sangat popular di Johor iaitu, Mee Bandung Muar. Kali ni tak perlu pergi ke Muar sebab di Shah Alam pun anda boleh nikmati Mee Bandung Muar original. Haa..Tak sabar nak tahu di mana lokasinya?

Anda boleh ke Restoran Bisik Bisik, Seksyen 7 Shah Alam. Hanya lalu jalan di belakang UNISEL terus akan nampak papan tanda “Mee Bandung Udang Galah”.

Restoran Bisik-Bisik, Shah Alam dimiliki oleh seorang usahanita Puan Nurhaliza yang berasal dari Johor. Bermula dengan nama Restoran Bisik-Bisik yang suatu ketika dahulu pernah popular di Muar tetapi diusahakan oleh orang lain. Melihatkan potensi nama Bisik-Bisik, Puan Nurhaliza meneruskan legasi Restoran Bisik-Bisik di Shah Alam memandangkan restoran  Bisik Bisik di Muar telah tidak lagi beroperasi.

Restoran Bisik Bisikjpg

restoran bisik bisik ramai 2restoran bisik bisik ramai

Mengekalkan makanan tradisi negeri Johor seperti Mee Bandung Muar, Air Katira JDT, dan Nasi Ambeng, Restoran Bisik-Bisik menjadi pilihan ramai kerana makanan yang sedap dan harga yang berpatutan.

Restoran Bisik-Bisik turut dikunjungi ramai ketika waktu makan tengahari kerana mereka menyediakan sajian seperti nasi ayam, laksa, nasi ambeng dan lain lain. Mee bandung udang galah, nasi ayam teruna dan nasi ayam dara menjadi menu pilihan di sebelah malam.

Benarlah kata pengunjung setia Restoran Bisik-bisik; “Makanannya sedap dan murah” Siapa sangka Mee Bandung Udang Galah bersize A hanya berharga RM24.50. [quote]Mee Gulung Special (black pepper)yang mempunyai empat ekor anak udang hanya berharga RM10. Memang sedap dan sangat berbaloi.[/quote]

Mee bandung muar udang galah restoran bisik bisik

Harga Mee Bandung + Udang Galah : 
 
 (Gred A) : RM 24.50
 (Gred B) : RM 14.50
 ( Biasa) : RM 6.50 
 (Mee Bandung Muar) : RM 4.50

Mee Gulung Special Restoran Bisik Bisik

Harga Mee Gulung : 
 
 (Special) : RM 24.50
 ( Biasa) : RM 6.50 

Nasi Goreng Dara Restoran Bisik Bisik

 Nasi Goreng Anak Dara 

Harga RM7.50

Kalau perhatikan, Nasi Goreng Anak Dara ini adalah seperti nasi goreng paprik biasa, cuma menjadi unik kerana namanya. Dan di bawah pula adalah Nasi Goreng Anak Teruna yang dihidangkan bersama burung puyuh goreng kunyit. Rangup!

Nasi Goreng Teruna Restoran Bisik Bisik

Air special yang dihidangkan oleh Restoran Bisik-Bisik adalah air yang popular di Johor iaitu Air Katira JDT (Nama sempena pasukan bola sepak JDT ke?)  Rasanya lemak-lemak dan sedap ditambah pula dengan cincau… yang warna pink tu pasti ada yang dah tau.. Air bandung soda .

air katira dan bandung soda restoran bisik bisik

Disebabkan makanan yang sedap-sedap ni, Restoran Bisik-Bisik akan sentiasa full house!! Penuh-penuh pun ramai lagi yang masih menunggu meja kosong. Sabor je lah……..

[infobox]

Restoran Bisik-Bisik No. 9/10, Jalan Zirkon B7/B, Kompleks Anjung 7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.

No. Tel : 017- 758 4680/017 -7317803

Web : www.bisikbisik.com.my
Facebook : https://www.Facebook.com/MeeBandongUdangGalah

Operation hour : 
Sabtu, Ahad dan Isnin: 2:00 pm hingga 1:00 am
Selasa, Rabu dan Khamis: 3:00 pm hingga 1:00 am Jummat: 5:00 pm hingga 1:00 am
TUTUP: RABU, minggu pertama dan keempat setiap bulan
[/infobox]
[flexiblemap address=”Jalan Zirkon B7/B,Kompleks Anjung 7, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor” title=”Restoran Bisik-Bisik”]

2 thoughts on “Mee Bandung Muar Udang Galah, Restoran Bisik-Bisik”

  1. as salam nurfanil. mee bandung tu nampak sedap dan menyelerakan. saya memang suka mee bandung. yang ni nampak sangat special dengan udang galah yang besar. saya mesti cuba rasa kat sini. terbaikk

    Reply

Leave a Comment