GombakMakan Tengahari

Mee Bandung Muar, Pasar Besar Gombak

Kali ini kami singgah di Gombak untuk makan tengahari sambil membuat review gerai Muhamid Bandung yang terletak di tingkat 2 Pasar Moden Gombak. Perniagaan milikan keluarga ini dimiliki oleh Encik Muhamid bin Mohd Bayot. Beliau telah berniaga di sini semenjak dari mula Pasar Moden Gombak ini dibuka iaitu kira-kira lebih 20 tahun yang lalu!

Gerai ini terkenal dengan Mee Bandung Muar nya yang mempunyai rasa yang sangat luar biasa. Kuahnya yang tidak terlalu pekat, dan tidak terlalu cair, bak kata orang putih “Just Nice” memang secukup rasa.

Selain itu, terdapat juga menu yang lain seperti Claypot, Mee Hailam, dan banyak lagi. Krew MySelera juga telah mencuba Claypot. Kuahnya menggunakan resipi tersendiri memang mengancam dan berpeluh-peluh kami dibuatnya.

Dari segi harga tidaklah begitu mahal memandangkan lokasinya yang berada di pinggir bandar. Mee Bandung beserta Air Bandung cuma RM6.50. Manakala Claypot beserta Air Milo hanyalah RM7.00. Berpatutan kan?

Tiada Logo Halal terpapar di premis ini tetapi apa yang pasti, gerai ini dimiliki oleh 100 peratus seorang Muslim iaitu En.Muhamid Bin Haji Bayot.

 

[box_info]

Gerai Makan dan Minum Muhamid Bandung
TD 124, 125 126 ARAS DUA, KM7,
Pasar Besar Gombak, 53100,
KUALA LUMPUR

Tel : 0133457358 / 03-40241059

 

Operation hours :
08:00Am – 04:30Pm

[/box_info]

 

Peta ke Gerai Muhamid Bandung
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.20982,101.704064{}restaurant.png{}Mee Bandung Muar, Muhamid Bandung” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • dapur tanpa sempadan
  • mee bandung ala thai
  • mee bandung muar di kl
  • lokasi perniagaan perencah mee bandung di kuala lumpur
  • mee bandung muar paling sedap di kl
Previous post

Village View Restaurant, Bangi

Next post

Naili's Place Sentul

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *