Makan TengahariSarapan PagiShah Alam

Masakan Kelantan Sedap di Restoran Srikandi Empire. Jangan Lupa Pesan Nasi Kerabu Daging Bakar!

Masakan Kelantan bukan sahaja digemari oleh penduduk yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang, malah turut digemari oleh penduduk di negeri-negeri lain. Menu ‘authentic’ Kelantan seperti nasi kerabu, nasi dagang, laksam, ketupat sotong mula menjadi carian ramai, terutama mereka yang menetap di ibu kota.

Restoran Srikandi Empire Sediakan Pelbagai Juadah Asli Kelantan.

Restoran Srikandi Empire mula beroperasi di Berjaya Park, Seksyen 32 Shah Alam sejak 3 bulan lepas dengan menyediakan juadah-juadah sedap selera Kelantan. Antaranya Nasi Kerabu dengan pelbagai pilihan lauk, Nasi Dagang, Nasi Belauk, Nasi Kak Biey, laksam dan kuih-muih tradisional Kelantan.

Beberapa menu ‘panas’ yang sentiasa ditunggu-tunggu juga boleh didapati di sini seperti ketupat sotong, ayam percik Kelantan dan gulai daging batang pisang. Sangat UNIK!

menu masakan kelantan srikandi

Beroperasi dari awal pagi sehingga ke malam, menu-menu masakan Kelantan ini bersesuaian untuk sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Memandangkan kunjungan kami pada kali ini adalah pada waktu pagi, kami memilih menu nasi dagang gulai ikan dan nasi kerabu daging bakar bersama jeruk bawang dan telur masin.

nasi-dagang

Selain menu-menu sedap Kelantan yang jarang dijumpai di tempat lain, cara makanan(nasi) dihidangkan di sini juga satu keunikan. Nasi kerabu/dagang kami dihidang di atas seakan-akan ‘penapis beras’ mini & dilapik dengan sekeping kertas alas. Nak tahu macam mana rupa benda itu, kenalah datang ke Restoran Srikandi! :-p

nasi-kerabu daging bakar

Nasi Kerabu Daging Bakar, ditambah bersama bawang jeruk dan telur masin. Rasa tumis nasi kerabu di sini sama seperti yang terdapat di Kelantan! Masakan tidak, air tangan chef adalah anak jati Kelantan. Dihidangkan pula dengan keropok ikan keping asli dari sana. Menyelerakan! Tips cara makan nasi kerabu; pastikan nasi kerabu berwarna biru ini digaul bersama ulam-ulaman & tumis menggunakan tangan sehingga sebati. Barulah nikmatnya tidak terhingga.

Masakan Kelantan Sedap di Restoran Srikandi. 

masakan kelantan sedap

Menu asas di Restoran Srikandi ini adalah seperti yang ditunjukkan pada gambar pertama di atas. Setiap minggu, seperti yang diupdate di Facebook Srikandi Empire, menu-menu istimewa lain akan disediakan mengikut permintaan dan kesesuaian masa. Menu ayam percik Kelantan, sambal mangga, solok lada, ketupat sotong dan tapai antara yang disediakan mengiku permintaan pelanggan. Jadi, sila intai-intai Facebook mereka sebelum berkunjung ke sana.

laksam kelantan

Laksam, menu sarapan pagi atau makan petang yang popolur di Kelantan dan Terengganu. Laksam diperbuat daripada tepung beras, manakala bahan utama untuk kuahnya adalah ikan. Juga dihidangkan bersama ulam-ulaman dan ditambah sedikit sambal belacan untuk rasa sedikit pedas.

ketupat-sotong

KETUPAT SOTONG.

Menu ‘RARE’ dan sangat susah dijumpai terutama di Lembah Klang. Ketupat Sotong ini diperbuat daripada sotong segar, pulut, santan dan manisan. Menu ini bukan menu rutin setiap hari disediakan oleh pemilik Restoran Srikandi. Sila sentiasa semak update terkini Facebook Srikandi Empire untuk menempah menu ini.

SERVIS KATERING SRIKANDI EMPIRE.

Srikandi Empire juga menyediakan servis katering untuk majlis-majlis dengan harga yang sangat berpatutan. Servis lunchbox dengan kuantiti minima juga disediakan dengan pelbagai pilihan menu. Boleh hubungi atau PM Facebook Srikandi untuk mengetahui lanjut tentang servis mereka.

Masakan Kelantan di Restoran Srikandi

Alamat Srikandi Empire Restaurant&Catering:

Berjaya Park, Jalan Sungai Rasau F 32/F, Seksyen 32 Shah Alam

Hubungi: 019-675 2128

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • masakan kelantan
  • restoran kelantan di shah alam
  • menu masakan tengahari
  • ketupat sotong shah alam
  • Restoran sedap di selangor
  • sarapan pagi di kuala lumpur
  • sarapan pagi di kota damansara
  • makan tengahari di ipoh
  • makan tengahari yang sedap di kuala lumpur
  • sarapan di pulau pinang
  • masakan kelantan paling sedap
  • tempat untuk berbuka puasa di selangor
  • tempat berbuka puasa di selangor
  • buffet ramadhan bukit jelutong
  • tempat makan malam selangor
  • tempat makan menarik di kajang
  • restoran masakan kelantan di shah alam
  • tempat makan murah di Selangor
  • tempat berbuka menarik di selangor
  • tempat makan yg paling sedap di kota damansara
Previous post

Asam Pedas Kasih Ibu. Tempat Makan Sedap di Port Dickson.

Next post

This is the most recent story.

Jamar

Jamar

TRAVELOG KEHIDUPAN - LIFESTYLE BLOGGER

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *