Makanan Mediterranean & Italian Di Restoran Papero Shah Alam

Inginkan kelainan untuk berbuka puasa. Jika ya, Restoran Papero bertempat di Seksyen 13 Shah Alam mengalu-alukan kehadiran anda.

Terletak di lokasi ‘hot’ yang meriah dengan syurga makanan, ia sekali gus memberikan pilihan kepada warga shah alam untuk menikmati pelbagai pilihan citarasa samaada makanan Malaysia atau negara luar.

Restoran Papero Shah Alam

Restoran Papero Saji Makanan Kombinasi Mediterranean & Italian

Penggemar makanan Timur Tengah sudah pasti tercari-cari dimanakah restoran yang boleh melayan kehendak tekak mereka, sudah pastinya restoran papero menjadi pilihan kami kali ini untuk tatapan anda.

Restoran Papero ini telah dibuka secara rasmi di Jalan Endah Promenade, Sri Petaling Kuala Lumpur yang dikendalikan operasinya oleh  Orient Dam Sdn Bhd.

Dimiliki oleh 3 orang usahawan yang terdiri dari seorang Melayu Islam iaitu Sheik Ahmad Fakhruddin dan seorang lagi Arab Syria Islam. Ketiga-tiga rakan niaga ini bergabung bagi membangunkan Restoran Papero.

Kewujudan restoran makanan arab papero ini untuk menawarkan masakan segera yang segar dengan menumpukan beberapa menu utama seperti pizza/sandwish dan shawarma.

Ketiga-tiga menu utama ini lebih berkonsepkan masakan Mediterranean & Italian food. Selaras dengan tema ‘Sedap…murah…best….’.

Set Bulan Ramadhan Restoran Papero Shah Alam

Ada beberrapa set tajian untuk bulan ramadhan iaitu set untuk 2 orang, 4 orang dan juga 6 orang. Kami mencuba set untuk 5 orang dan memilih hidangan yang special!

1- Roti Fatayer

Kalau datang makan makanan arab, wajib la makan Roti Fatayer. Roti Fatayer disini sangat lembut. Roti Fatayer terkenal di Syria dan mempunyai lebih dari 30 jenis inti. Tetapi disini kami cuba inti cheese. Memang tak cukup 1. Sedap!

Dicicah pula dengan mushroom soup. Wallaweh.

Roti Fatayer Restoran Papero Shah Alam - 007

2. Havana Pizza

Havana Pizza, memang sedap kerana mempunyai roti yang sangat lembut dan kekal lembut walaupun sudah sejuk. Mempunyai topping yang dipanggil Ajin dalam Arab iaitu hirisan daging, cili banggala hijau, tomato dan lain-lain.

Havana Pizza Restoran Papero Shah Alam

3- Shawarma Chicken Meal 

Shawarma Meal Chicken, ia merupakan gulungan roti kebab dan mempunyai hirisan ayam dibahagian atas. Dimakan bersama timun, lobak merah, kobis ungu dan juga hirisan jeruk lobak putih.

Rasa sedikit masam. Memang betul citarasa orang arab.

Shawarma Meal Restoran Papero Shah Alam - 005

4- Shawarma Chicken Rice

Sedikit berbeza dengan Shawarma Meal kerana ini adalah nasi. Bagi yang memang tak boleh tak makan nasi, boleh cuba ini.

Rasanya? Nasi memang enak apabila dimakan dengan hirisan ayam shawarma ini. Lebih kenyang!

Shawarma Rice Restoran Papero Shah Alam - 004

5 – Mexican Rice

Hidangan nasi bersama topping hirisan ayam, bawang dan juga lada banggala hijau. Lebih unik dan agak berbeza rasa dengan Shawarma Chicken Rice kerana nasinya lebih berperisa berbanding nasi Shawarma.

Mexcian Rice Chicken Restoran Papero Shah Alam - 003

6- Grill Chicken

Kalau nak western, ini ada Grill Chicken. Isian ayam bersama french fries, tomato, bawang dan lada banggala hijau yang dibakar.

Isian ayam bakar bersama cheese di bahagian tengah!

Agak kering, lagi sedap kalau ada sos cili. Tapi orang arab mana makan sos cili kan? hehe

Grill Chicken Restoran Papero Shah Alam - 002

7- Rice Pizza

Ini menu tambahan. Sebelum balik kami dijamu dengan Rice Pizza atau nama melayunya Pizza Nasi dicicah bersama sos special dari tomato.

Roti dia memang lembut!

Rice Pizza Restoran Papero Shah Alam - 001

Boleh dikatakan puas hati makan di Restoran Papero ini.

Makanan di Restoran Papero adalah 100% bersih dan halal. Sudah tentu memastikan keutamaan kepada penyediaan barangan halal dan kebersihan makanan adalah perkara wajib selari dengan kehendak syariat Islam.

Selain dari itu, sekiranya anda sibuk dengan urusan luar, tak perlu risau kerana restoran papero ini turut menyediakan perkhidmatan delivery ke kawasan sekitar shah alam. Menarik kan.

Sekiranya anda bercadang untuk mengadakan sebarang majlis seperti hari jadi, majlis iftar ramadhan, rumah terbuka hari raya, kenduri dan lain-lain, anda juga boleh meraikan di restoran ini.

Anda peminat coklat?

Menurut Pengarah Urusannya Sheik Ahmad Fakhruddin, selepas setahun penubuhan Restoran Papero, pihaknya mengorak langkah membuka satu lagi jenama sendiri iaitu La Fontana Chocolate & Cafe bersebelahan dengan Restoran Papero.

Apa yang menarik, semua makanan dan minuman berasaskan Coklat. Kami pasti kebanyakan dari pembaca blog MySelera sendiri menggemari aneka coklat. Tak rugi mencubanya.

Cawangan Restoran Papero 

Seksyen 13 Shah Alam. 
Sri Acappella, 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
Bulan Ramadhan : 5.30pm – 12.00am
Selepas raya : 2pm – 12am.
Tutup Hari Raya Puasa selama 5hari raya kecuali ada tempahan.
Sri Petaling Kuala Lumpur
Bulan Ramadhan : 5.30pm – 4am
Selepas raya : 2pm – 2am
Tutup Hari Raya Puasa pada Hari Raya Pertama sahaja.
Sebarang perubahan akan di maklumkan dari semasa ke semasa.

2 thoughts on “Makanan Mediterranean & Italian Di Restoran Papero Shah Alam”

Leave a Comment