Lembah Klang (Klang Valley)Makan MalamMakan TengahariMinum PetangWestern Food

Magnum Cafe Kuala Lumpur Mula Saji Masakan Melayu Barat

  • Readers Rating

  • Rated 4.5 stars
    4.5 / 5 (1 )
MYR20.00-46.00
  • Your Rating



  • Magnum Cafe Kuala Lumpur
  • 03–4065 0830 / 03–4065 0839
  • Spaghetti Carbonara, Sup Tulang, Death of Chocolate
    • Mon - Sun 10:00am - 10:00pm
  • Take Reservations: Yes!
  • T-023, 052 & 053, Level 3, Midvalley Megamall, Lingkaran Syed Putra, , 59200, Kuala Lumpur

Magnum Cafe semakin mendapat perhatian oleh rakyat Malaysia apabila beberapa cawangan kini dibuka di kompleks beli belah terkemuka di Kuala Lumpur seperti di Midvalley dan IOI Mall Putrajaya.

Restoran pertama Magnum Cafe dibuka di Midvalley, Kuala Lumpur pada 14 November 2014. Berada di tingkat 3 dan 4 Mid Valley Megamall dengan rekaan dalaman yang sangat eksklusif dan sangat menarik.

Magnum Cafe Kuala Lumpur - 001

Magnum Cafe memberi peluang kepada penggemar pemanis mulut seperti ais krim Magnum yang dihasilkan hiasannya mengikut permintaan pelanggan.

Magnum Cafe Kuala Lumpur agak mudah diakses melalui pengangkutan awam seperti bas dan KTM.

Magnum Cafe Kuala Lumpur Saji Fusion Melayu Barat

Sudah sedia tahu bahawa Magnum Cafe menyediakan ais krim creation yang mendapat tempat di hati peminat aiskrim.

Kini anda boleh menikmati sajian Melayu Barat yang di Fusionkan di Magnum Cafe Mid Valley. Saya sendiri sudah mencuba menu-menunya dan memang best!

Antara menunya adalah :

1- Sup Tulang dan Nasi Sushi (Oxtail Soup with Sushi Rice) – RM35.00

Sushi RIce Magnum Cafe Kuala Lumpur - 003

Nasi Sushi dihidang bersama cili kicap dan juga keropok ikan. Nasi yang agak lembut, cuma keropok ada bau hanyir sikit. But still nice.

Dimakan pula dengan sup ekor!  Tak sangka pula sedap! Daging yang sungguh mudah dikunyah bersama sayuran seperti lobak merah dan tomato yang sememangnya memberikan tekstur rasa yang seimbang.

Sup Tulang Magnum Cafe Kuala Lumpur - 004

2- Chicken Toasties – RM 20.00 

Chicken Toasties Magnum Cafe Kuala Lumpur - 002

 

Ini adalah roti yang dibakar bersama cebisan ayam di bahagian atas. Jika perlu cicah bersama dengan sos tomato. Bagi yang kurang suka tomato, boleh makan begitu sahaja pun sedap.

3- Chicken Rendang Pasta – RM 36.00

Spaghetti Rendang Magnum Cafe Kuala Lumpur - 006

Bagi penggemar rendang jangan lupa untuk mencuba spaghetti rendang di sini. Agak memuaskan dan yang pasti potion untuk spaghetti rendang agak banyak. Jadi memang sesuai untuk berkongsi.

Cuma spaghetti rendang agak berminyak.

 

4- Aglio Olio with Shrimps – RM 40.00

Aglio Olio Magnum Cafe Kuala Lumpur - 007

Ini antara makanan kesukaan saya di Magnum Cafe Kuala Lumpur. Aglio Olio dengan udang! Dimasak bersama bawang putih dan juga cili.

Bawang putih memang agak kuat rasanya. Yang ni pun portion pubanyak. So lebih elok berkongsi.

5- Carbonara Pasta – RM46.00

Spaghetti Carbonara Magnum Cafe Kuala Lumpur - 008

Ini paling maveles! Peminat carbonara wajib order yang ni. Spaghetti  yang dimasak bersama sos carbonara memang betul betul creamy. Ditambah pula dengan sos keju dan juga kepingan daging salai.

Tak dapat nak terangkan macam mana melainkan anda cuba sendiri! Pasti puas hati dengan portion yang sememangnya banyak!

 

6- Death of Chocolate – RM32.00

Death of Chocolate Magnum Cafe Kuala Lumpur - 009

Tak lengkap kalau makan tak ada dessert. Ini death of Chocolate. Satu mangkuk warm chocolate malten lava cake dan aiskrim magnum chocolate brownies serta chocolate crunch pearls dimakan bersama dengan susu cair!

Tengok saja pun dah terliur. Apa lagi bila dah makan! Cair dalam mulut

Bagi yang nak mencuba makanan fusion Melayu Barat, boleh ke Magnum Cafe Mid Valley Kuala Lumpur! Pasti puas hati!

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • menu makan tengahari
  • menu makan tengahari masakan kampung
  • makan tengahari
  • menu minum petang
  • menu makan malam yang sedap
  • menu tengahari masakan kampung
  • menu tengahari
  • minum petang
  • minum petang di shah alam
  • kedai makan tengahari sedap di kl
Previous post

14 Restoran Mamak Yang Awesome Untuk Berbuka Puasa! (Luar Lembah Kelang)

Next post

H.S Wheat & Grill, Kedai Makan Western Murah di Cheras

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. August 20, 2015 at 7:38 am — Reply

    Wow, death of chocolate tu memang menarik hati la..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *