Makan MalamPetaling Jaya

Maggi Kari Ketam Popular di Bucida Court

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Mesra kanak-kanak
Kemudahan solat
Parking
Bersih
Maggi Kari Ketam di Kuala Lumpur! Sedap sehingga menjilat jari! hehe

Kali ini kami ingin berkongsi review tempat makan yang baru sahaja dibuka dan menghidangkan Maggi Kari Ketam Popular.

Miss Pah Hot Pot’s adalah salah satu kedai yang terdapat di Bucida Court, Jalan Damansara, Sungai Penchala. Bucida Court baru sahaja dibuka selepas Hari Raya yang lepas.

Bertemakan lepak santai, lebih istimewa lagi dengan kehadiran live band pada hujung minggu , food court ini  sememangnya menjadi tumpuan ramai. Kepada penggemar bola sepak, layar besar turut disediakan khas untuk anda.

Maggi kari ketam Miss Pah Hot Pots Bucida Court

Maggi Kari Ketam Bucida Court Menu

Pemilik Miss Pah Hot Pot’s iaitu Puan Zalifah binti Mohamad atau lebih dikenali Miss Pah memilih untuk menjual Maggi Kari Ketam yang pernah popular di Pantai Timur. Dengan bertemakan The Best Maggi Ketam in Town dan berinspirasikan citarasa pantai timur, Miss Pah berjaya menghasilkan resepi Maggi Kari Ketam yang tiada tolok bandingnya!

Semakin hari maggi kari ketam beliau semakin mendapat sambutan. Terkini pengarah filem KL Gangster, Syamsul Yusof turut singgah merasa Maggi Kari Ketam Miss Pah.

Maggi Kari Ketam di Miss Pah Hot Pot’s mempunyai dua jenis ketam iaitu Maggi Kari Ketam Bunga Special dan Maggi Kari Ketam Nipah Special. Selain itu terdapat juga maggi hot pot’s biasa dan juga Sweet & Sour Seafood Platter.

Maggi kari ketam bunga Miss Pah Hot Bucida court

— Maggi Kari Ketam Bunga

Maggi kari ketam nipah bucida court, jalan penchala 3

— Maggi Kari Ketam Nipah

seafood sweet sour bucida court

— Sweet & Sour Seafood Platter

Harga bagi setiap ketam dikira berdasarkan saiz dan harga pasaran. Bagi Maggi Kari Ketam Nipah Special, harganya antara RM25-RM40 dan bagi Maggi Kari Ketam Bunga Special harganya antara RM10-15.

Untuk semangkuk kami berkongsi makan 2 orang. Kuantiti yang diberi memang agak banyak.

Maggi Kari Ketam di sini memang pekat dan pedas! Telur rebus, sayur dan juga tauhu memeriahkan lagi mangkuk maggi kami.

Maggi kari ketam nipah bucida court, jalan penchala

Maggi kari ketam bunga bucida court team myselera dan  norfanil

Untuk penggemar Maggi Kari Ketam yang kaw kaw ini boleh singgah di Bucida Court dan cari gerai Miss Pah Hot Pot’s. Landmark bagi food court ini mudah nak ingat, ianya berhadapan dengan IKEA. Anda boleh menggunakan peta yang disediakan di bawah sebagai panduan.

Miss Pah Hot Pot’s
Bucida Court
Lot 2816 Jalan Damansara, Sungai Penchala
60000 Kuala Lumpur, Malaysia

No tel : 019-686 3728
Facebook : https://www.facebook.com/misspahhotpots04

Operation Hour
: 5.00 petang – 2.00 pagi

GPS koordinat: 3.159749142384319,101.61614671099744

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • maggi ketam kl
  • resepi maggi ketam
  • bucida court
  • maggi ketam shah alam
  • tempat makan menarik di damansara
  • bucida
  • maggi ketam
  • maggi ketam pantai dalam
Previous post

Cafe Kasturi, Restoran Melayu di Sydney

Next post

Satay Besar Sedap di Satay AK24, Shah Alam

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. zam
    March 18, 2015 at 12:40 pm — Reply

    Kena ‘review’ semula, kali pertama dan terakhir saya ke sini, makanan mee yang disediakan mengecewakan, kuah nya tak sedap dan ketamnya alahai kecil sahaja, harga pula keterlaluan, saya dan emak saya akhirnya makan sekali lagi sebab tak kenyang. Tak pernah kami kena makan sekali lagi sebelum ni.

    Saya tak nak kasi

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *