Status Halal

Lotte Pepero Halal atau Tidak?

Kepada semua peminat Lotte Pepero, untuk makluman anda sehingga ke tarikh hari post ini ditulis, Lotte Pepero telah disahkan TIDAK mempunyai status sah Halal.

JAKIM Malaysia sendiri telah  mengesahkan dalam portal mereka (rujuk di sini) bahawa produk Lotte Pepero BUKAN pemegang sijil halal Malaysia mahupun disahkan halal oleh mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf. Ini bermakna Pepero tidak mempunyai sijil sah halal daripada badan Halal Korea sendiri iaitu samada Korea Muslim Federation (KMF) mahupun Korea Halal Association (KHA).

Pepero disahkan tidak mempunyai status halal dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.

Pepero disahkan tidak mempunyai status halal dari Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.

Coklat yang berasal dari Korea ini sangat popular di Malaysia dan sering menjadi kiriman sahabat handai jika ke Langkawi kerana harganya yang jauh lebih murah di sana.

Isu ini juga telah dibangkitkan oleh komuniti penggemar makanan Korea sendiri.  (Rujuk di laman Facebook Halal Korea). Yang menjadi perdebatan adalah kandungan emulsifier dan lecithin yang digunakan. Bagi mereka ianya adalah “OK” jika kandungan bahan-bahan tersebut berasal dari tumbuhan dan bukannya haiwan. Laman Halal Korea telah memaklumkan bahawa Pihak Lotte Confectionary telah memberi pengesahan kepada persoalan ini yang emulsifier dan lecithin yang digunakan adalah berasal dari tumbuhan.

Jawapan ini sedikit sebanyak telah memberi kelegaan kepada peminat-peminat coklat Pepero (rujuk ruangan komen posting Halal Korea di atas). Tetapi persoalannya apakah jaminan pihak Lotte Confectionary tidak akan menukar kandungan bahan-bahan tersebut dari semasa ke semasa? Tepuk dada tanyalah selera.

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • pepero halal
  • pepero
  • pepero halal atau tidak
  • status halal pepero
  • pepero halal ke tak
  • adakah pepero halal
  • pepero non halal
  • pepero malaysia
  • coklat pepero
  • pepero halal or not
  • lotte pepero halal
  • pepero halal ke tidak
  • lotte pepero
  • pepero halal atau haram
  • pepero lotte halal
  • is pepero halal
  • pepero jakim
  • pepero lotte
  • pepero tidak halal
  • pepero lotte halal atau tidak
Previous post

Zie's Corner, Restoran Western Popular di Kuala Terengganu

Next post

Sakae Sushi Halal atau Tidak?

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. Cik Nona
    December 18, 2014 at 1:35 pm — Reply

    As salam,

    Meatball di Ikea ramai pemintat muslimnya.. Sama juga dengan kedai makan mewah seperti Marche Tony Romas etc yg tiada halal kerana ada menghidangkan arak.. Selalu di persoalkn umat Islam..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>