Makan TengahariMinum Petang

Laksa Ikan Sekoq Langkawi Popular di Utara

Editor's Rating

Sedap
Service
Harga
Parking
Laksa Ikan Sekoq terbaik!!

Jika bercuti ke utara, selain nasi kandar, laksa juga menjadi salah satu juadah popular yang sering dicari. Gerai “Laksa Ikan Sekoq” merupakan salah satu gerai laksa yang sering menjadi tumpuan. Memang sangat terkenal di sebelah utara terutamanya Langkawi dan Alor Star.

Kami sempat singgah di salah satu gerai laksa ini di Langkawi sewaktu bercuti semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Gerai Laksa Ikan Sekoq terletak bersebelahan dengan Lapangan Terbang Langkawi, menghadap pantai. Banyak gerai yang ada, pilih saja mana satu yang anda mahu.

Kedai Laksa Ikan Sekoq Langkawi Popular

Kedai Laksa Ikan Sekoq Langkawi yang kami singgah makan. Foto kredit mynamseisztee.blogspot.com

Banyak makanan yang ada dijual di sini, antaranya rojak, pasembur, bihun sup, nasi ayam, cendol pulut, char kuey teow dan juga laksa. Semestinya kali ini kami order laksa dan pasembor.

Tapi selepas lama menunggu hanya pasembur yang sampai. Laksa tak kunjung tiba sehinggakan ada sedikit pertengkaran apabila kami meminta pekerja menghantar laksa ikan sekoq. Mungkin terlupa atau terlampau banyak order sampai ter‘miss’ order dari kami. ermm.. Tapi bila nak hantar, main campak pula. Tak ape la, kami anggap pekerja datang bulan kot!

“Laksa Ikan Sekoq” sedap, kuah pekat

Memang tak dapat dinafikan laksa ikan sekoq memang sedap. Kalau tengok gambar boleh nampak kuahnya yang pekat dengan isian ikan serta seekor ikan kembung rebus seekor diletak bersama. Ditambah lagi dengan telur rebus. Memang lengkap!

Harga untuk sepinggan laksa ikan sekoq hanya RM3.50.

Pasembur disini memang harus dipuji. Sedap! Harga pasembur ikut apa yang kita ambil.

Laksa Ikan Sekoq Langkawi Popular 2

Laksa paling sedap menggunakan ikan kembung rebus

Pasembur di Kedai Laksa Ikan Sekoq Langkawi Popular

Pasembur di Kedai Laksa Ikan Sekoq Langkawi Popular

Bagi peminat laksa utara, memang wajib mencuba laksa ikan sekoq ni. Oh ya, di Alor Star juga ada sebuah gerai menjual laksa sebegini. Gerai tersebut pernah mendapat liputan di Harian Metro. Tapi kalau nak makan laksa di Langkawi, boleh cuba ke alamat ini:

Laksa Ikan Sekoq Langkawi
Jalan Airport, Pulau Langkawi

Kordinat : 6.342406, 99.731655

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • laksa ikan sekoq langkawi
  • laksa ikan sekoq
  • laksa sedap di langkawi
  • resepi laksa ikan seko utara
Previous post

Crispy Apam Balik di Bukit Ferringhi, Penang

Next post

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *