Keunikan Nasi Arab Dima Restaurant, Ara Damansara

Pertama kali mendapat jemputan daripada Restoran DIMA, satu perasaan ingin cuba membuak-buak. Maklumlah bukan senang masakan Arab untuk mendapat tempat di hati rakyat Malaysia kerana kondisi masakan mereka yang agak kering dan manis-manis belaka berbanding kegemaran rakyat kita yang suka kepada pedas dan berkuah. Tapi, sebagai seorang ‘food hunter’, sikap prejudis sebegini perlu diketepikan.

Restoran DIMA betul-betul berada di kawasan yang sangat strategik dan mudah untuk dijumpai. Kawasan persekitaran restoran sangat-sangat mengagumkan. Elemen-elemen dan gaya kontemporari luaran restoran digabung dengan baik dengan elemen hiasan dalaman restoran. Susun atur, gaya dan hiasan dalaman Restoran DIMA sangat cozy dan selesa.

[quote]Keselesaan ruang makan 2 tingkat Restoran DIMA ini sangat menakjubkan![/quote] Gaya yang minimalis tapi masih terasa lagi sense Arab kontemperorinya memikat hati pelanggan untuk makan dengan tenang dan gembira.

Restoran DIMADima RestaurantDIMA-Ara-DamansaraDima Restaurant

Kehadiran kami ke Restoran DIMA disambut mesra dari Pengarahnya, En. Azhar Bin Jizat. Kami diperkenalkan dengan latar belakang dan inspirasi tertubuhnya Restoran DIMA yang selain di Ara Damansara, terdapat 3 lagi cawangan mereka iaitu di Cyberjaya, MITC Melaka dan di Bukit Beruang, Melaka.

Selaras dengan maksud perkataan Arab DIMA iaitu Gudang Makanan, kesemua makanan yang dihidangkan di Restoran DIMA merupakan makanan Arab. Namun tidak seperti restoran makanan Arab lain, kelebihan Restoran DIMA adalah lebih banyak pilihan makanan Arab yang tidak ada di restoran lain. Sebagai contoh, Restoran DIMA menghidangkan 5 jenis pilihan nasi iaitu Mandi, D’zurbiyan, Khabsah, Madghout dan Hanith. Nasi-nasi ini dimasak menggunakan teknik asli dan menggabungkan resepi original mereka yang keenakannya memang jelas terasa.

Zurbiyan Lamb & Madghot Chicken
Zurbiyan Lamb & Madghot Chicken
Nasi Arab Madghout RM12
Nasi Arab Madghout RM12
D'Zurbiyan Lamb Rice RM22
D’Zurbiyan Lamb Rice RM22

Bukan setakat nasi arab sahaja, kami turut memesan hidangan tambahan berupa Roti Arab cicah ‘kari kambing’ (Agda Lamb). Lembut betul daging kambing ni!

agda lambAgda lamb Dima Restaurant

Selesai menikmati hidangan main course mestilah order dessert pula, barulah lengkap!. Pelbagai pilihan pencuci mulut turut disediakan. Errmmmm….Basboosa tu nampak macam sedap je kan?Menu Restoran Nasi Arab DimaMenu Desert Restoran-Nasi-Arab-Dima

Selain daripada nasi arab, Restoran DIMA turut menghidangkan pelbagai jenis hidangan Grill. Dengan rempah ratus yang diperap dengan ramuan R.A.H.S.I.A mereka, kesemua hidangan tampak menyelerakan.

Dima Restaurant Grill Dishes

Bagi mereka yang biasa menikmati nasi Arab, harga yang ditawarkan bagi saiz hidangan yang diberikan amat memuaskan hati.

Berpadanan dan masih affordable. Selain daripada pilihan makanan yang banyak, rasa dan kualiti makanan mereka juga sangat dititikberatkan. Sebagai contoh minuman ‘signature’ mereka adalah Avocado Honey and Milk. Minuman ini boleh penulis kategorikan sebagai minuman berkhasiat yang terbaik dan mesti cuba kerana rasanya yang segar, manis dan keenakan madu dan avocado memberikan satu kelainan

Signature Drink- Avocado Honey + Milk
Signature Drink- Avocado Honey + Milk

 

Dima Restaurant
Pilihan Minuman di Restoran Dima (sumber:Facebook Dima)

Sempena Bulan Ramadhan yang bakal menjelma tidak lama lagi, Restoran DIMA turut mempromosikan buffet hidangan berbuka puasa untuk pengunjungnya. Dengan bayaran sekitar RM 50++, pelbagai juadah masakan arab disediakan untuk anda. Dengan ruangan mampu menampung sehingga 150-200 orang dalam satu-satu masa, adalah digalakkan untuk anda membuat ‘reservation’ terlebih dahulu sebelum datang berbuka bersama teman dan keluarga. Restoran ini juga sesuai jika anda berhasrat mengadakan majlis berbuka puasa seperti reunion mahupun corporate event.

Jangan risau, di bahagian roof top disediakan kemudahan surau bagi para pengunjung dengan kapasiti sehingga 25 orang pada satu-satu masa.

Dima Restaurant

Jadi apa tunggu lagi, jom ramai-ramai kita makan Nasi Arab di Restoran DIMA. Beroperasi bermula jam 11 pagi sehingga jam 11 malam. Insya-Allah Restoran DIMA menjanjikan kelainan dalam masakan Arab Yemen anda sebagaimana yang dijanjikan oleh Pengarah DIMA Restaurant, En. Azahar Mohd Jizat.

Dima Restaurant
Pemilik Restoran : En. Azahar Bin Jizat & Adik Iparnya

 

[infobox]
Alamat Dima Restaurant:
R-13, Central Piazza, Oasis Ara Damansara, Jalan PJU 1A/7A, 47301 Petaling Jaya, Selangor.
No.Tel : +603 7859 0222
Operating Hours: 11:00 am – 11:00 pm

Facebook : Dima Restaurant
Laman Web : www.dima.com.my
GPS Coordinates : N 03’ 06. 791’ | E101’34.479’
[/infobox]
[flexiblemap address=”Oasis Ara Damansara, Jalan PJU 1A/7A, 47301 Petaling Jaya, Selangor.” title=”Dima Restaurant”]

Leave a Comment