JohorJohor BahruRoti Arab

Kedai Roti Jalan Dhoby

Kalau anda anak jati Johor atau pernah menetap di bandar JB pasti anda tau kan ini kedai apa??

Ini adalah antara kedai roti yang tertua di Bandaraya Johor Bahru. Kedai roti kepunyaan En Salahuddin ni terletak di Jalan Dhoby berdekatan dengan Bukit Timbalan. Kiranya kalau orang JB semua dah tau dah kedai roti ni, malah ia juga kerap menjadi tumpuan warga Singapura yang dah biasa datang ke bandaraya JB ni.

bakery jalan dhoby

bakery jalan dhoby johor

kedai roti jalan dhoby

Kedai ni, dah berabad lamanya, malah ianya tak terusik, masih dengan bangunan uzur dan usang dan masih lagi mengekalkan teknik membuat roti yang asli iaitu membakar dengan kayu api.

kedai roti jalan dhoby johor

Masa ita lahir lagi kedai ni dah pun beroperasi. Ita pun tak pasti kira sekarang ni dah jenerasi yang ke berapa lah agaknya…

Menurut  kata salah seorang anak muda yang ita temui di kedai ni, ita pun tak pasti pemuda yang peramah tu.. anak, atau cucu atau cicit kepada En Salahuddin ni. Menurut katanya kedai itu mula di buka pada tahun 1937 lagi.. fuyoooo… lamanya kan dah lebih kurang 75 tahun tu.. Ita berharap kedai ni akan terus kekal dan utuh, supaya masih dapat di kunjungi oleh jenerasi yang akan datang.

loyang kedai roti jalan dhoby

tengok.. loyang dan acuan yang di gunakan pun dah season.. dah bertahun-tahun di gunakan ni.. antik!!

Masa ita kecik-kecik dulu, roti dari kedai roti inilah yang ita selalu makan. Pada masa tu, hanya ada kedai roti ini sahaja yang beroperasi dan memang cukup popular. Kalau pagi-pagi kita akan nampak bersusun basikal bai roti berderet di hadapan kedai untuk mengambil roti untuk dijaja. Situasi sebegitu mungkin tidak akan dapat kita lihat lagi sekarang ni.. memandangkan bai roti pun dah payah kita nak jumpa.

Apa pula roti yang special di kedai ni??
Yang paling ita suka sekali karipuffnya ni.. aduyaiiii… sedapnya nak-nak kalau dimakan masa panas-panas, rangup dan rapuh.. tak cukup satu nak dua tak cukup 2 berketul-ketul jugak lah yang masuk dalam perut ni.. Dah lah besar.. intinya pun inti kentang yang memang original. Semasa ita singgah masih ada lagi karipuff ni di jual.. alahaiii sukanya.. rindu betul dah lama tak makan karipuffi ni..  rasanya masih sama tak berubah lansung, masin rapuh dan wallaaa… sedapnya..

roti jalan dhoby johor

roti jalan dhoby jb

Satu lagi yang menjadi favourite ita, kuih suji bai ni.. aduhhh.. dah lama betul rasanya ita tak makan. Sejak ita meninggalkan bandar Jb ni.. terus tak berkesempatan singgah ke sini. Biskut sujinya ni besar-besar tau.. memang puas betul makan, rangup di dalam dan selembut salju di luar.. rasanya pun  masih sama macam yang ita selalu makan masa kecik-kecik dulu…

Aduh! nostalgia betulah.. sambil makan sambil ita terkenangkan bai roti yang selalu berjaja di rumah ita. Kalau dia singgah rumah mak ita masa tu, pasti dia akan berikan ita kuih suji ni, sebab dia memang tau ita suka sangat dengan kuih suji ni.. alahii.. hilang rindu ita sekejap bila dapat menikmati kembali biskut suji yang menjadi kesukaan ita ni..

Kepada yang teringin merasa roti buatan asli yang masih dibakar menggunakan dapur kayu, jangan lupa singah di Kedai Roti Salahuddin di Jalan Dhoby ni.
Sebenarnya dah berapa kali ita cuba singgah kedai roti ni, tapi tutup. Kebetulan semalam ita pergi tengok Art Exabition di Bukit Timbalan. Tempat parking penuh pulak, jadi parking lah depan kedai ni..

Nasib ita baik pulak hari ni, bila kedai ni masih beroperasi. Tapi sebab ita sampai dah lewat petang, banyak rotinya dah habis di jual. Operasi membuat roti jugak tak de hari ni sebab esok kedainya tutup jadi dia tak buat lah roti hari ni.. alahaiii.. tak pe lah.. lain kali ita singgah lagi, ita ambil gambar bagaimana roti-roti ni di buat ye..

Sumber : http://fromintankitchen.blogspot.com

 

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • waktu operasi kedai roti jalan dhoby
Previous post

Nasi Beriani Gam Batu Pahat

Next post

RSMY House of Real Beriani

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *