Kebab Station @ LRT Universiti (Pelajar UM Mesti Cuba)

Kebab merupakan makanan yang berasal dari Timur Tengah. Ia telah lama menjadi makanan kegemaran rakyat Malaysia terutamanya bagi warga Kuala Lumpur yang sentiasa mengejar masa dan mengamalkan diet (nasi). Belum makan pun bila tengok sahaja rupa kebab tu dah nampak sedap, betul tak?

Terdapat banyak franchise kebab yang telah lama beroperasi seperti Kyros Kebab. Antara yang popular di Kuala Lumpur dan menjadi kegemaran pelajar-pelajar Universiti Malaya adalah Kebab Station di LRT Universiti.

Pemilik Kebab Station iaitu Encik Ahmad Bukhari mula membuka Kebab Station di LRT Universiti pada Januari (2014) yang lepas. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dari penduduk sekitar (Kerinchi) terutama yang sering menggunakan perkhidmatan LRT.

Pemilik Kebab Station Popular di LRT Universiti
Encik Ahmad Bukhari, pemilik Kebab Station.

Secara purata 100 biji kebab terjual setiap hari dan kebiasaannya Kebab Station akan ditutup awal jika mereka kehabisan roti kebab!

Kebab di sini disaji bersama-sama dengan roti pita. 3 jenis kebab dijual di Kebab Station iaitu Kebab Ayam, Kebab Daging dan Kebab Campur. Pelanggan boleh memilih samaada ingin kebab saiz biasa (regular) ataupun saiz besar (large). Perbezaan harga hanyalah RM2. Pada pendapat kami lebih berbaloi jika beli yang besar!

Kebab Station Kebab Popular di UM Kuala Lumpur
Pekerja memotong daging ayam untuk membuat kebab yang dipesan pelanggan.

Kami mencuba Kebab Ayam dan Kebab Campur (Ayam dan Daging) bersaiz besar.

Kebab Station Kebab Ayam Popular di UM Kuala Lumpur
Kebab Ayam RM6
Kebab Station Kebab Campur Popular di UM Kuala Lumpur
Kebab Campur Ayam dan Daging. RM 7.

Harga Kebab

  • Kebab Ayam  – RM4 (R)    RM6 (L)
  • Kebab Daging – RM 4 (R)   RM6 (L)
  • Kebab Campur (Ayam + Daging) – RM5 (R)   RM7 (L)

Sedap ke Kebab di Kebab Station?

Ketika memerhatikan pekerja Kebab Station sibuk menyediakan kebab, kami dapat melihat kuantiti ayam dan sayur yang diletak memang banyak. Memang puas hati macam ni. Patutlah mereka mempunyai pelanggan setia yang ramai. Jumlah bawang yang diletakkan juga banyak, jadi jika anda tidak tahan pedas boleh request supaya mereka kurangkan bawang.

Bau daging panggangnya memang cukup membuka selera. Daging dan ayamnya yang diperap sebelum dipanggang memang lembut dan juicy. Makan panas-panas memang lebih sedap. Menurut En Ahmad Bukhari, mereka memastikan daging yang digunakan adalah daging yang terbaik dan berkualiti. Beliau turut meyakinkan kami yang pembekal daging mereka mempunyai lesen & sijil Halal penyembelihan.

Luangkan masa anda untuk menikmati kebab di Kebab Station kerana 3 sebab utama;

#1- Pengusahanya yang peramah
#2- Kebab yang dijual memang sedap
#3- Servis yang cepat & pantas

 

Kebab Popular di Kuala Lumpur
Kebab Campur Ayam dan Daging! Sedap!

Bagi pelajar Universiti Malaya serta staff Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang menggemari makanan arab seperti kebab, jika terasa lapar singgah sahaja ke Kebab Station. Istimewanya pemilik Kebab Station sendiri telah memberitahu kami bahawa jika anda beli atau order dalam kuantiti yang banyak, anda akan mendapat semuanya EKSTRA. Daging/Ayam, thousand island, sayur, sos memang akan “taruk lebih!”

Pembaca di luar sana yang ingin mencuba kebab mereka boleh ke lokasi berikut.

 

[infobox]Kebab Station, LRT Universiti
Waktu Operasi : 12:00pm – 9:00pm (setiap hari)

Instagram KebabStation13

[/infobox]
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”15″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”3.114377,101.661773{}bread.png{}Kebab Station, University LRT” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

Leave a Comment