Mesti Rasa ‘Spaghetti Marinara’ di Restoran Livello Uno

Makanan Italy sudah lama diminati segelintir masyarakat kita. Jika anda teringin makanan Italian food tidak perlu ke Italy tetapi hanya perlu ke Restoran Livello Uno yang terletak di Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur.

Istimewanya pemilik restoran ini adalah kacukan Melayu dan Italy iaitu Cik Mutiara Pino bersama abangnya Mashad Pino merupakan eksekutif chef disini. Chef berdarah Italy yang masak, agak-agak macam mana rasa masakan mereka?

IMG_0811

IMG_0845

Gabungan pelbagai warna yang menarik mewujudkan lagi suasana yang ceria dan ringkas.

Menurut pemilik restoran, makanan yang disediakan adalah halal dan bahan-bahan masakan dicari sendiri oleh chef agar terjaga kualitinya.

Menu yang dicuba

Spaghetti Marinara
Spaghetti Marinara

Sebagai permulaan, kami mencuba Spaghetti Marinara. Peminat Spaghetti Marinara pasti tahu sedap dia macam mana. Tetapi kali ini kami bermurah hati untuk memberi 5 bintang untuk Spaghetti Marinara di sini. Isi spaghetti tidak menghampakan sebab meriah dengan udang, sotong dan isi ketam! Yang lagi best, fresh mussels pun memeriahkan lagi spaghetti ini, memang puas hati.

Rasa sos tomato (yang dibuat sendiri) yang  masam manis menepati anak tekak, memang lebih sedap dari spaghetti yang pernah kami cuba.

Gnocchi with Shredded beef and fresh Mozzarella
Gnocchi with Shredded beef and fresh Mozzarella

Seterusnya, kami dihidangkan dengan Gnocchi with Shredded Beef & Fresh Mozzarella.  Ini juga merupakan menu yang disyorkan jika berkunjung ke sini. Dihidangkan bersama beef strips + black olives + arugula salad + potato. Tekstur isi kentangnya lembut dihidang bersama sos tomatonya yang istimewa. Keju yang digunakan adalah fresh mozzarella direct from local supplier.

Hidangan yang cantik ini memang sesedap rupanya.

Beef Lasagna
Beef Lasagna

Beef Lasagna, sos yang digunakan sesedap seperti dua hidangan tadi tapi sedikit berbeza kerana ia menggunakan beef bolognaise sauce. Diselaputi dengan lapisan pasta berintikan ubi kentang, daging lembu dan krim pada lapisan pasta. Bagi peminat tegar cheese, hidangan ini menggunakan mozzarella & parmesan dan dibakar hingga sempurna. Anda pasti akan ‘tersangkut’ dengan hidangan ini, salah satu menu yang disyorkan oleh chef (kami juga sangat-sangat syorkan!)

Crepe Spinach
Crepe Spinach

Kami dijamu pula dengan Crepe Spinach yang ingin makanan ringan. Crepe yang rangup disumbat dengan bayam, parmesan dan bechamel dibakar dengan mozzarella cheese.

Garlic Cheese Bread + Anchovy Toast Bread
Garlic Cheese Bread + Anchovy Toast Bread

Seterusnya, Garlic Cheese Bread + Anchovy Toast Bread memang sesuai dimakan ketika minum petang. Tidak manis atau tidak tawar tetapi tetap sedap. Roti ini disediakan dengan menggunakan ikan bilis, (ramai yang fikir tak sedap)  but wait, bila dah makan terus jatuh hati. Betullah kata pemilik restoran ini, bila pelanggan cuba, mereka semua memuji sedap. Walaupun ada ikan bilis, tapi rasanya seperti rasa ikan masin yang tidak ketara.

Peach Passion + Raspberry Italian Creme Soda with Raspberry Bits
Peach Passion + Raspberry Italian Creme Soda with Raspberry Bits

Kini sampai masa untuk membasahkan tekak dengan Peach Passion + Raspberry Italian Creme Soda with Raspberry Bits. Kedua-dua minuman ini memang segar. Peach Passion bersama potongan buah peach yang halus membangkit rasa buah asli yang berkhasiat tinggi. Raspberry Italian Creme Soda with Raspberry Bits, kombinasi rasa yang bukan sahaja sedap malah menyeronokkan!

Panna Cotta + Tiramisu
Panna Cotta + Tiramisu

Panna Cotta adalah hidangan pencuci mulut menu Italian food yang diperbuat dari thickened creme bersama vanila dengan sedikit madu berserta raspberi. Dihidangkan sedikit sejuk membuatkannya sempurna!

Beralih ke pencuci mulut yang terakhir iaitu Tiramisu. Memiliki rasa kopi yang tidak terlalu kuat daripada biskut yang dicelup dengan kopi bersama mascarpone cheese. Tidak muak.

Peminat masakan Italy, anda patut datang ke sini dan mencuba sendiri menu-menu lazat di sini.

Buat pengetahuan semua, sempena bulan Ramadhan pada Jun nanti, Livello Uno ada menyediakan pakej istimewa – ‘Ramadhan Muhibbah Package’. Cepat-cepat bawa keluarga datang makan, tak perlu lagi susah-susah masak di rumah. Sesuai bagi yang bekerja yang mengejar masa mencari juadah berbuka puasa.

Alamat Livello Uno:

165A Jalan Aminuddin Baki 6000 Taman Tun Ismail, Kuala Lumpur Malaysia.
No. Tel: 03-28560345

Waktu Operasi:
Setiap hari (kecuali Selasa) : 12.00pm-10.30pm

Facebook: https://www.facebook.com/livellounottdi
Instagram: @livellouno

GPS: LAT 3.153588 LONG 101.622713

Leave a Comment