Makan MalamSelangorWestern Food

Kafe Suria Station Selayang Baru

Kafe Suria Station saji pelbagai masakan Barat, tempatan pada harga berpatutan. Meninjau dari luar, pasti ramai yang tidak menyangka Kafe Suria Station milik pengusaha Bumiputera. Ini kerana gaya hiasan yang moden dan bercirikan kafe ala Inggeris membuatkan kita terfikir pemiliknya berbangsa asing. Hakikatnya, Kafe Suria Station dimiliki tiga anak muda iaitu Suhairi Hamdan, Zulkufli Zakaria dan Md Ahir Abu Hassan selaku teraju yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan Suria Station.

Antara hidangan yang mendapat sambutan ialah makanan Barat seperti T bone steak, grilled trio lamb of rack, grilled sirloin, grilled lamb chop, braised lamb shank, pan fried fillet Norwegian salmon, ayam Maryland, medallion steak, tenderloin pasta dan old English fish and chips yang berharga antara RM10.90 hingga RM32.90. Selain itu pelbagai jenis masakan sizzling turut disediakan seperti sizzling chicken breast, sizzling mixed grill, sizzling black pepper steak dan sizzling chicken chop pada harga RM12.90 hingga RM19.90

 

kafe-suria-station-selayanggrilled lamb suria stationSpaghetti Carbonara

Sumber: suriastation.blogspot.com

Kafe Suria Station
No 1, Jalan 2/14, Dataran Templer, Bandar Baru Selayang
Telefon: 03-6120 8826

Waktu Operasi: 10:00 pg hingga 1:00 pg

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • tempat makan best di selayang
Previous post

Medan Ikan Bakar Umbai, Melaka

Next post

Restoran Nasi Lemak Warisan Sambal Opah, Subang Jaya

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *