Hungry Bunch @ Sunway Pyramid. Harga Memang Mampu Makan

Adakah anda peminat kafe ringkas, moden dan kontemporari dengan pilihan menu American (Traditional), Asian Fusion, Brunch, Burgers & Seafood. Hungry Bunch merupakan antara kafe yang baru di Sunway Pyramid. Untuk pengetahuan Hungry Bunch mula beroperasi sekitar Jun 2015. Masih panas-panas lagi ni..Interior dalamnya memang menarik dan mengikut tema semasa (Halloween).

Sesuai untuk jadi lokasi atau port melepak yang baru!

Hungry-Bunch Sunway

Susunan meja dan kerusi agak selesa. Mengikut perkiraan lami muat +- 100 pelanggan dalam satu masa.

 

Menu yang dicuba

  • Aglio Olio with Seafood – RM18.00 (Rating: 7/10. Kurang rasa chilis flake)
    Aglio Olio with Seafood
    Aglio Olio with Seafood

     

  • Grilled Salmon Steak + Iced Lemon Tea+ Banana Split + Mushroom Soup – RM38.00 (Rating: 9/10. Sangat berbaloi sebab banana split sedapppp!)
    Grilled Salmon Steak
    Grilled Salmon Steak

    mushroom soup

    Banan Split
    Banana Split

     

  • Blackpepper Chicken Chop – RM15.00 (Rating: 8/10). Sos blackpepper agak mild, tak macam rasa blackpepper,dan kuantiti sos agak sedikit)
    Blackpepper Chicken Chop
    Blackpepper Chicken Chop

     

  • Iced Chocolate Blended – RM10 (9/10 terbaik!). Lepas penat cuci mata atau window shopping dalam Sunway Pyramid boleh singgah Hungry Bunch minum Iced Chocolate blended ni. Memang kaw!iced-chocolate-blended
  • Kek Oreo Cheese.. (Sedap!)
  • Kek Chocolate Salted Caramel (Sedap!)

Kelebihan

  • Krew Hungry Bunch memang mesra.
  • Menu yang pelbagai dan Harga MAMPU makan.
  • Pesanan cepat sampai.
  • Variasi menu dan promosi: Weekend Set, Lunch Set (weekday) dan Tea Time Special.
  • Weeekend Set: berbaloi untuk sarapan/makan pagi hingga makan malam.

Komen & Kritik

  • Mushroom Soup agak masin jadi kami mengadu kepada supervisor kafe. Alhamdulillah dapat tukar sup yang baru dan kurang masin.
  • Hidangan Grilled Salmon agak overcooked.
  • Sauce blackpepper Chicken Chop terlalu sedikit berbanding portion Chicken Chop yang besar.

Halal atau tidak kafe ini? Walaupun restoran ini masih belum mempunyai sijil halal berautoriti dari JAKIM, namun menurut pemilik kafe ini, semua bahan mentah yang digunakan mempunyai sijil halal berautoriti. Oh ya, nama pemilik kafe ini adalah En Faizal.

Hungry Bunch
F Floor, Lot F1.75, Sunway Pyramid,
No. 3, Jalan PJU 11/15, Bandar Sunway, Petaling Jaya
Tel 03-5612 5974

1 thought on “Hungry Bunch @ Sunway Pyramid. Harga Memang Mampu Makan”

Leave a Comment