Homemade Chicken Chop Ayob’s Kafe. Kafe ‘Antik’ Di Kota Damansara

Homemade Chicken Chop Ayob’s Kafe. Keunikan Kafe Antik Di Kota Damansara

Jenama Ayob’s Kafe bermula dari rumah yang terletak di Kota Damansara 8 dengan hanya beberapa menu masakan barat. Dengan bantuan anak-anak & isteri, Ayob’s Kafe beroperasi dari jam 7 petang ke 12 malam di kawasan rumah corner lot. Promosi hanya dari mulut ke mulut namun hampir setiap hari Ayob’s Kafe dipenuhi dengan pelanggan untuk menikmati masakan Barat yang disediakan secara ‘homemade’ oleh pemilik Ayob’s Kafe.

Kini, Ayob’s Kafe mula beroperasi dari sebuah cafe yang terletak tidak jauh dari premis asal.

myselera9

Antara menu ‘terlajak laris’ di sini ialah Chicken Chop. Menu ini sedikit berbeza daripada kebanyakan chicken chop di restoran masakan barat lain. Isi ayam yang digunakan adalah buatan secara homemade, sebelum disalut ‘breadcrumb’ dan digoreng.

myselera4

Pelanggan akan dihidangkan dengan roti bun panas dan mentega sebagai hidangan permulaan (starter). Berada di kafe ini tidak seperti berada di dalam sebuah kafe yang menyediakan masakan moden. Keunikan kafe ini berbanding tempat lain ialah 100% hiasan dalaman kafe berasaskan barangan antik yang sangat unik dan jarang dijumpai.

Ayob's Kafe

Ayob’s Kafe menyediakan ruang makan di dalam dan di luar. Seakan-akan berada di dalam sebuah kedai makan pada tahun 1980-an. Hiasan dinding & lukisan lama, cerek-cerek antik, kerusi meja makan, semua unik di mata anak kelahiran 90-an dan kini.

myselera6

Selain Chicken Chop, Chicken ‘N Fish ini juga menjadi hidangan pilihan pelanggan. Untuk satu set ini, hanya berharga RM14.00, mengandungi kepingan ikan dan ayam dihidangankan bersama BBQ Mushroom, kentang goreng dan mixed vegetables.

myselera5

Homemade Chicken Chop bersama Spaghetti Bolognese. Set asal adalah Chicken Chop (RM12.00/set) bersama kentang goreng dan mixed vegetables. Spaghetti hanyalah menu ‘add on’ dengan harga hanya RM3.00 untuk potion sebanyak gambar di atas.

myselera8

Ayob's Kafe

Selain masakan Barat,  juga menyediakan masakan tempatan seperti Nasi Ayam, Nasi Ayam Goreng, Mee Goreng ada pelbagai lagi untuk pilihan pelanggan. Side dish seperti kentang goreng dan Garlic Bread juga disediakan sebagai menu pembuka selera sambil menunggu menu utama siap terhidang.

myselera3

Ayob’s Kafe sangat sesuai dijadikan lokasi atau ‘port’ santai untuk meluangkan masa bersama keluarga. Ruang makan yang selesa dan mampu memuatkan hampir 60 orang dalam satu-satu masa. Tempahan meja juga boleh dilakukan terlebih dahulu sebelum ke Ayob’s Kafe.

Alamat Ayob’s Kafe:

No.87-G, Jalan Teknologi 3/9, Bistari De Kota, Kota Damansara, 47810 P.J Selangor,

No Tel: 03-6150 1986

3 thoughts on “Homemade Chicken Chop Ayob’s Kafe. Kafe ‘Antik’ Di Kota Damansara”

  1. Maaf, sy tinggal di Kota Damansara dan sy pernah makan di Restoran Ayob tetapi pada pendapat sy masih ada banyak lagi restoran ala makanan barat yg sedap dari restoran ini. Maaf kerana komen.

    Reply

Leave a Comment