My Story Cafe Untuk Orang Shah Alam Yang Inginkan Kelainan

“Hidangan Masakan Seafood Jari Comot dan Western”. Memang menarik tagline yang digunakan oleh restoran My Story Cafe di website mereka.

My Story Cafe Shah Alam

Modern restaurant di sekitar Shah Alam memang banyak, sampai tak tahu mana satu nak pergi kan? Kali ini kami ke sebuah cafe halal di Shah Alam yang dimiliki oleh anak Melayu sendiri iaitu pasangan Asrul Husni Hussain dan Rahimah Abd Rahim yang berkonsepkan family restaurant.

Pertama kali melangkah My Story Cafe, kami diberi salam oleh pemiliknya. Tergamam kami seketika. 

Dekorasi di sini bagaikan berada di rumah sendiri dengan sentuhan kerusi berwarna putih dan meja kayu berserta sofa. Rak-rak buku dan majalah melengkapkan lagi ruangan di sini. Disediakan juga satu dinding untuk  anak-anak kecil mencurahkan bakat melukis (menconteng). Suasana selesa ini memang sesuai untuk makan bersama-sama keluarga.

Menu yang dicuba

chicken-chop

Grilled Chicken Chop

Grilled Chicken Chop (RM15.00) dihidang bersama home made potato dan coleslaw memang mengenyangkan. Anda boleh memilih sama ada black pepper atau mushroom. Kami memilih black pepper sauce dimakan bersama potongan daging ayam yang lembut dan berjus!.

Ginger Beef Bee Hoon

Kami sebenarnya memesan Ginger Beef Kuey Teow tetapi sayangnya sudah habis jadi ditukar kepada Bee Hoon. Wah! Rasanya boleh tahan sedap! Hidangan Ginger Beef Bee Hoon (RM10.00) bersama air Ice Lemon Tea memang berbaloi. Portion memang banyak sehingga tidak habis kami makan. Nasib baik mereka boleh bungkuskan.

Honey Lemon Ice Lemon Tea

Cuaca yang agak panas memang sesuai minum Honey Lemon (RM6.00). Rasa minuman yang manis asli daripada madu membasahkan tekak kami yang kering ini. Hilang dahaga! 

cake

New York Cheese Cake

New York Cheese Cake (RM9.00) merupakan pilihan pencuci mulut kami (menurut pemilik cafe ini dessert ini dibekalkan terus daripada hotel). Menurut pemiliknya, mereka memang menyediakan desserts dari hotel setiap minggu untuk menjaga kualitinya.  Kek di sini gebu halus teksturnya dan padat. 

Oreo Cheese Cake

Selain itu, kami juga mencuba Oreo Cheese Cake (RM9.00). Sangat gebu, lembut dan padat! Di atas kek ditabur sedikit Oreo hancur, tidak manis dan masin, totally recommended.

Jika dimurahkan rezeki mengunjungi ke restoran ini lagi di masa akan datang kami akan mencuba pula hidangan yang diberi nama Jari Comot (Menu seafood – King Crab!!!). Gambar yang dikongsikan di Facebook My Story Cafe ni nampak macam menarik!

jari-comot

Alamat My Story Cafe:

No 8 Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y,
Kota Kemuning 40460 Shah Alam, Selangor
Tel: +603-51310452

Facebook: facebook.com/mystorycafekk
Instagram: @mystorycafekk

GPS: 3.004773, 101.536410

1 thought on “My Story Cafe Untuk Orang Shah Alam Yang Inginkan Kelainan”

Leave a Comment