CherasMakan MalamWestern Food

H.S Wheat & Grill, Kedai Makan Western Murah di Cheras

  • H. S Wheat & Grill MYR2.50-16.00
  • 0172563283 (Ayie) | 012-378 1495 (Syai)
  • Aglio Olio Lala, Newzie Eye-Rib, Chicken Grill
    • Tue - Sun 7:00pm - 12:00am
  • No. 3, Kedai Makanan Nuri, , Jalan Sembilang, Taman Tenaga, Cheras, Kuala Lumpur

Mencari kedai makan Western murah di Cheras? Tak pelru cari lagi, kami dah jumpa! Lokasi makan yang kami maksudkan adalah H.S Wheat & Grill, sebuah kedai makanan Western yang baru di buka di Taman Tenaga Cheras.

Bagi mereka yang dah biasa dengan kawasan Taman Tenaga Cheras, tak ada masalah mencari. Cuma masalah pada mencari parking kerana bilangan kereta yang banyak

Sebelum ni, kedai ini dikenali sebagai kedai burger. Tetapi kini dah upgrade ke kedai makanan Western.

Menurut pemiliknya, En. Halimini adalah kedai kedua dengan nama yang baru. Beliau telah memiliki restoran Western juga di Bandar Kinrara. H.S Wheat & Grill dibuka bersama rakan kongsinya iaitu En. Syai.

Chicken Chop RM8

Agak terkejut juga , walaupun kedai ini baru dibuka, semua jenis makanan yang tertulis di menu sudah sedia untuk dinikmati, order sahaja.

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -010

Kalau tengok pada menu diatas, harga western di H.s Wheat & Grill boleh tahan murah. Chicken Chop berharga RM8 dekat Kuala Lumpur memang susah nak jumpa.

Sebelum makan main course, boleh pesan yang ringan-ringan dahulu seperti cheesy wedges.

Minuman special disini adalah Ribena Soda dan Sunquick Sprite.

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -001

Ribena Soda, Orange, Carrot dan Sunquick Sprite

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -002

Cheesy Wedges

Memandangkan kami pergi pada hari Isnin, dimana hari Isnin adalah hari cuti bagi restoran ini, jadi pekerja pun tak ada, pemilik kedai H.S Wheat & Grill sendiri yang sudi menyediakan hidangan ini!

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -003

Newzie Rib-Eye – RM 16

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -007

Beef Steak – RM12

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -009

Chicken Grill – RM9.00

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -008

Chicken Chop – RM8.00

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -006

Aglio Olio Lala – RM8.00

Nampak macam menyelerakan kan? Terasa lapar pula layan gambar. Haish. Nak tau sedap ke tak? Ini komen kami.

Sedap ke tidak?

Memandangkan H.S Wheat & Grill baru sahaja dibuka, jadi tak boleh nak komen lebih-lebih. Antara faktornya, makanan mungkin akan berubah rasa melalui komen-komen yang diberi oleh pelanggan.

Tapi kebiasaannya jika ada perubahan lagi sedaplah jadinya.

Untuk makanan disini, apa yang kami boleh komen:

1) Side dishes : Biasa kalau Western, antara side dishes dia adalah mashed potato, coleslow, jagung, kentang goreng dan juga roti. Tapi kat H.S Wheat & Grill, side dishes dia adalah sayur capsicum dan carrot yang di bakar serta kentang goreng. Capsicum memang sedap. Orang tak makan sayur pun boleh layan.

Western Murah di Cheras H.S Wheat & Grill -011

2) Gravy : Ada beberapa jenis gravy yang dalam gambar semuanya black paper corn dan mushroom sauce.. Makanan yang terhidang untuk kami semuanya black paper corn. Bagi kami, gravy dia cukup rasa dan sedap. Memang kena dengan hidangan daging dan ayam.

3) Chicken Chop, Chicken Grill, Beef Steak & Newzie Rib-Eye: Untuk daging dan ayam, agak sedikit liat. Yang lain ohsem!

4) Agilo Olia : Ha.. Aglio Olio ni saya yang makan. Komen saya, “Tambah banyak sikit boleh tak bang?”. Super Sedap. Rasa dia banyak dekat Lala. Dekat spaghetti rasa flat. Tapi bila digabung makan dengan Lala baru muncul rasanya. Mungkin perlu sedikit elemen pedas.

4) Air? Boleh la cuba Ribena Soda dan Sunquick Sprite.

Oh. sebelum terlupa. Di H.S Wheat & Grill pun ada Shisha. Sesuai untuk lepak-lepak dengan kawan-kawan. (Kami tidak bertangungjawab atas sebarang kemudaratan yang bakal diterima ya!)

Jadi jika anda berada di kawasan sekitar Cheras, jemput-jemput singgah serbu ke H.S Wheat & Grill.

Pros

Mudah nak cari.

Cons

Parking agak limited kerana tempat yang crowded.

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • tempat makan sedap di kuala lumpur
  • tempat makan best di kl waktu malam
  • tempat makan paling best di kl
  • tempat makan sedap dan murah di kl
  • hs wheat n grill cafe
  • makan sedap kl
  • hs wheat n grill
  • hs wheat and grill cafe
  • lokasi makan sedap di kuala lumpur
  • tempat makan kuala lumpur
  • hs wheat & grill
  • Tempat makan malam di kl
  • hs wheat and grill taman tenaga cheras
  • makan best di cheras
  • hs wheat and grill cheras
Previous post

Magnum Cafe Kuala Lumpur Mula Saji Masakan Melayu Barat

Next post

Sarapan Pagi Nasi Lemak Kukus di Berinchang, Cameron Highland

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *