Fahmie Char Kuey Teow Shah Alam. Bawah Char Keow Teow, Atas Ketam Besar!

 

 

Char Kuey Teow Ketam & Udang bersaiz XXL pernah menjadi fenomena dan menu carian ramai sebelum ini. Banyak warung/restoran yang mula menyediakan menu inovasi dari Char Kuy Teow ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Tetapi tidak banyak yang boleh bertahan dengan persaingan sengit. Yang mampu menyediakan menu kreatif dengan kualiti rasa yng sedap sahaja mampu bertahan hingga ke hari ini. Antaranya ialah Fahmie Char Kuew Teow yang terletak di Seksyen 17 Shah Alam.

ckt1

Menu sedap di Fahmie Char Kuey Teow. Baik punya leleh! 

Terdapat lebih daripada 15 jenis Char Keuy Teow yang ditawarkan di sini. Semua menu disediakan panas-panas selepas pesanan diambil. Bahan yang digunakan dijamin halal dan segar. Selain char kuew teow, menu sampingan lain seperti cheezy wedges, keropok lekor cheese, sate kebab, roti john dan otak-otak kempas juga ada di sini.

Char Kuey Teow Ketam

Char Kuey Teow Ketam Remix ini antara menu yang menjadi pilihan pelanggan di sini. Dengan hanya RM15.00, pelanggan pasti akan berpuas hati dengan hidangan Char Kuey Teow bersama ketam, lala, udang dan sotong. Rasa manis-manis air makanan laut segar itu membuatkan menu ini menjadi pilihan pengunjung setia Fahmie Char Kuey Teow.

ckt3

Peminat tegar udang, bolehlah mencuba menu Char Kuey Teow Udang Besar ini. Ini juga antara menu yang menjadi carian peminat Char Kuey Teow sedap. Memang terasa kesegaran isi udang besar ini.

Fahmie Char Kuey Teow

Char Kuey Teow Lobster. Menu ini antara menu yang istimewa di sini. Pelanggan yang bertuah sahaja dapat memesan menu ini . Jadi, jangan terlepas peluang sekiranya menu ini ‘available’ semasa kunjungan anda ke sini.

ckt5

Char Kuey Teow Udang+Lala. Gabungan lala & udang juga sedap untuk dicuba, ditambahkan lagi dengan cili jeruk yang dibuat sendiri oleh pemilik Fahmie Char Kuey Teow ini. Oh ye, kuey teow yang digunakan di sini bersaiz lebih kecil lebarnya, tidak seperti kuey teow biasa seperti di kedai-kedai lain. Strukturnya juga lebih kenyal dan tidak mudah ‘terlebih masak’.

ckt6

Sambil menunggu Char Kuey Teow siap dimasak, bolehlah memesan cheese wedges. Tengok tu, meleleh cheese dituang di atas kentang goreng yang masih panas. Sambil berborak, bolehlah menikmati kentang goreng ini.

Fahmie Char Kuey Teow juga menyediakan perkhidmatan katering untuk majlis-majlis seperti perkahwinan/hari jadi/rumah terbuka & hari jadi. Sekiranya anda berminat, bolehlah menghubungi En.Fahmi untuk berbincang lebih lanjut. Perkhidmatan katering mereka ini antara pilihan tuan rumah untuk menu char keuy teow sedap semasa ‘Open House Aidilfitri’ di sekitar Lembah Klang, pada setiap tahun!

Alamat Fahmie Char Kuey Teow:

No.37, Jalan Bawal 17/3, Seksyen 17, Shah Alam.

En.Fahmie: 012-546 0820

Leave a Comment