Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai Serina Redzuawan

Kali ini kami ingin berkongsi pengalaman manis berkunjung ke Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai milik seorang artis Malaysia yang tidak asing lagi, Serina Redzuawan di Kota Damansara.

Idea pembukaan restoran ini sebenarnya bermula apabila Serina Redzuawan yang sebelum merupakan pengacara Jalan-Jalan Cari Makan, sangat gemar menjamu selera Char Kuey Teow hasil masakan dari Siti Salwa. Dan kini Siti Salwa merupakan rakan kongsi merangkap masterchef di dapur Restoran Char Koay Teow Simply Delicious.

Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai milik artis Serina Redzuawan di Kota Damansara
Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai di Kota Damansara

Siapa sangka, team Myselera dapat bertemu empat mata dengan Serina Redzuawan dan menyingkap selera beliau dalam dunia makanan. Serina seorang yang sangat humble dan tegas.

Tersenyum sendiri bila teringat pertemuan dengan Serina Redzuawan. Sempoi…….

Kami turut dimaklumkan oleh pengurus Serina, yang segala makanan di Char Koay Teow Simply Delicious di saring sendiri oleh Serina untuk menjaga kualiti restoran dan memberi kepuasan kepada pelanggan. Guess what, the results were awesome!!

Suasana makan dalam restoran Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan
Suasana makan dalam restoran Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan

Bertemakan warna pink kerana pemiliknya memang “gila” pink, hiasan dan susunan yang kemas serta cantik mejadikan restoran ini sangat menarik. Susun atur kerusi mejanya cukup santai. Pelanggan boleh memilih untuk makan di dalam restoran atau open air tetapi perlu buat pesanan dan bayaran terlebih dahulu di kaunter.

Buat pengetahuan, menu kami dipilih sendiri oleh Serina Redzuawan. Istimewa ok!

Char Koay Teow Basah Simply Delicious Penang Mai Serina Redzuawan
Char Kuay Teow Penang Mai (Istimewa) – RM8.50
Char Koay Teow Large Simply Delicious Serina Redzuawan
Char Koay Teow
Kecil : RM6.00 ; Besar – RM7.00 
Char Koay Teow Goreng di Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan
Char Koay Teow Goreng .. Kata seorang Team Myselera.. “Ini Faveret!!”
Harga Kecil – RM6.00 ; Besar – RM7.00 ; Istimewa – RM8.50

Beza char koay teow yang kecil dan besar hanya RM1.00. Kalau kaki char koay teow jangan segan segan amik yang besar atau special terus. Sangat sedap!

Kalau nak rasa lagi special try char koay teow goreng istimewa. Siap ada telur goyang lagi. Sedap sangat sampai si Omar habiskan seorang.

Di restoran ini bukan sahaja menyajikan Char Kuey Teow, menu lain seperti nasi goreng udang, nasi goreng daging, satay, otak otak dan lain lain turut boleh dipesan. Minggu lepas, Serina telah memperkenalkan menu terbaru dari Char Koay Teow Simply Delicious iaitu Nasi Lemak Ayam Berempah dan Nasi Lemak Rendang.

Nasi Lemak Ayam Berempah di Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan
Nasi Lemak Ayam Berempah di Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan

Hidangan terbaru ini memang look nice and delicious. Sambal dia sangat sedap!! Ayam berempah dia pun sama. Cuma ikan bilis dia orang terengganu cakap “liut” a.k.a lemau.

Nasi Goreng Udang di Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan
Nasi Goreng Udang di Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan
Murtabak di Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan
Murtabak di Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan
Sate Ayam dan Daging di Restoran Char Koay Teow Serina Redzuawan
Sate Ayam dan Daging di Restoran Char Koay Teow Serina Redzuawan
1 cucuk – RM1.00

Jika ditakdirkan sampai ke sini jangan lupa untuk memesan satay! Serius kesedapannya boleh kalahkan satay kajang. Daging sataynya lembut serta tidak liat. Susah nak cari satay yang lembut macam ni… Tak sangka restoran Char Koay Teow boleh hidangkan satay lembut macam ni.. Turut diakui sedap oleh kami semua

Kalau tak ada dessert mesti tak lengkapkan? Dekat restoran ini yang bestnya dessert diletak dalam bekas dengan alasan supaya pelanggan mudah nak take away. Memang bernas idea tu sebab kami pun turut take away! Antara dessert yang boleh dipilih adalah cupcake moist choc, durian crepe, pavlova dan lain lain.

Durian Crepe di Restoran Char Koay Teow Serina Redzuawan
Durian Crepe di Restoran Char Koay Teow Serina Redzuawan
Dessert di Restoran Char Koay Teow Serina Redzuawan
Dessert di Restoran Char Koay Teow Serina Redzuawan
Air minuman di Char Koay Teow Delicious Serina Redzuawan
Tembikai Laici, Carrot Orange, Ribina Laici, dan Asam Boi

Bagi peminat Char Koay Teow, jangan lupa singgah di  Restoran Char Koay Teow Simply Delicious Penang Mai, Serina Redzuawan. Sangat berbaloi.. Makan sampai licin…Ada rezeki boleh bertentang mata dengan Serina.. Lagi bertuah boleh terserempak dengan artis-artis serta orang kenamaan yang melepak di sini.

Pemilik restoran mainkan peranan penting dalam menentukan kualiti setiap hidangan untuk sesebuah restoran. Kami akui, deria rasa Serina Redzuawan memang ada kelas! (mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi?)

Pengguna sosial media, spread your love dengan hashtag #CharKoayTeowSimplyDelicious.

Team Myselera Bersama Pemilik Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan
Team Myselera Bersama Pemilik Char Koay Teow Simply Delicious Serina Redzuawan

[box_info]
Restoran Char Koay Teow Simply Delicious
13-G, Encorp Strand, Jalan PJU 5/20A,
Dataran Sunway, Kota Damansara,
47810 Petaling Jaya, Selangor.

No. Tel : 03 – 61514112

Facebook : https://www.facebook.com/SerinaRedzuawanOfficial

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 1.00 pagi (Setiap Hari)
[/box_info]

Leave a Comment