Cendol House

Jika selalu kita meronda cari menu makanan yang berat, kali ni kita beralih pula pada menu yang sedikit ringan dan santai, atau kata lain menu hidangan untuk lepak-lepak sambil berborak kosong dengan teman-teman atau keluarga.

Jelajah ita kali ni tentulah ke Kampung Melayu Johor Bahru.

cendol_house
Jika dah namanya Cendol House, pastilah menu utamanya cendol. Sebenarnya kerap juga ita kemari. Anak-anak yang memang peminat cendol pasti akan mengajak kami sekeluarga untuk merasai cendol ni setiap kali hujung minggu atau bila tiba cuti persekolahan.

cendol_house

Kami sukakan cendolnya yang tidak terlalu berat atau terlalu berlemak. Rasa cendol yang sedikit ringan buatkan tak jemu menikmati semangkuk cendol yang dingin.

Apa yang istimewanya, cendol ini di buat sendiri oleh pemilik restoran ini, oleh kerana itu cendol ini kelihatan sedikit berkilat, warna hijaunya juga cantik, kelembutan dan harum baunya benar-benar membuka selera.

[quote]Selain cendol kacang, cendol pulut, cendol jagung dan cendol special, ada juga terdapat menu-menu lain yang juga istimewa.[/quote]

cendol_house

Yang paling ita suka tentulah sotonya yang cukup enak pada selera ita. Bertambah lazat bila di letakkan cili kicap sebagai pelengkap aduhh.. ! sedapnya tak terkata..

Apa yang menariknya di restoran ini, kebanyakkan makanannya telah sedia ada. Jadi taklah lama kita menunggu hidangan untuk sampai ke meja. Contonya macam, nasi ambang, mee hoon, kuetiau, nasi lemak, semuanya di bungkus dalam kertas dan tersedia untuk di nikmati.

cendol_house

Selain itu jangan lupa juga untuk merasa sepiring rojak petis, jemput-jemput dan goreng pisang, pasti akan sentiasa rasa nak singgah lagi dan lagi..
Tidak sopan jika di makan sendirian, kerana juadah sebegini seeloknya di kongsi bersama rakan-rakan. Sambil menghirup lemak kuah cendol bersama pulut dan taburan kacang merah beserta jagung, sambil bersembang bersama rakan-rakan pasti lebih terasa nikmatnya.

Restoran ini beroperasi pada setiap hari kecuali hari Isnin. Masa perniagaannya pula dari pukul 11. 00 pagi hingga pukul 7. 00 petang.

Kombinasi makanan yang sangat simple dan ringkas dengan harga hidangan yang sangat berpatutan. Hanya dengan semangkuk cendol special berharga RM 2.00 dan sebungkus nasi lemak dengan harga RM 2.00 untuk seorang, pasti berbaloi-baloi.
Boleh dikatakan kesemua menu hidangannya memuaskan hati. Layanan dari pemilik kedai dan pekerja juga sangat baik.

Walaupun kedai makan ini di bina di tepi rumah, namun ruang makannya yang luas, kemas dan bersih, dapat memberikan keselesaan kepada setiap pengunjung. Dekorasi hiasan gerainya yang minima dan di hiasi dengan sarang burung tempua yang bergayutan cukup simple. Binaan gerai dari kayu dan beratapkan daun nipah, memberikan satu rasa santai tika menikmati hidangan.

cendol_house

Walaupun kedai makan ini menarik untuk dikunjungi, namun ruang tempat letak kereta yang terhad, lokasinya yang betul-betul di simpang empat dan jalannya yang sempit amat menyukarkan pelanggan untuk meletakkan kenderaan.

Setiap kali berselisih dengan kereta lain, keadaan ini amat menyesakkan. Kami juga terpaksa memasuki laman rumah orang untuk memusingkan kenderan bagi memudahkan kenderaan untuk dikeluarkan. Situasi ini benar-benar menyulitkan lebih-lebih lagi bila gerai penuh dengan pelanggan terutamanya pada waktu kemuncak.

Kepada anda yang manalah tau kalau-kalau tersesat di bandar Johor Bahru ini jangan lupa singah sebentar untuk menjamu selera.

 

[box_info]Cendol House
Alamat: 44, Jalan Utama, Kg. Melayu Majidee, 81100 Johor Bahru, Johor.
Telefon: 016-767 2477
Waktu Perniagaan : 11.00 am – 7.00 pm
(Dibuka setiap hari kecuali hari Isnin)[/box_info]

[box_tip]NOTA EDITOR: (6.12.2012) Pihak myselera.com telah menghubungi pemilik kedai makan ini tentang status sijil halal JAKIM. Mereka tidak memohon lagi daripada JAKIM tetapi memberi jaminan cendol yang disediakan menggunakan bahan yang HALAL. Beliau sangat sibuk ketika dihubungi. Beliau menyatakan akan hubungi kemudian (Tidak pasti lagi akan menerima panggilan atau tidak)[/box_tip]

Peta:
[google-map-v3 width=”600″ height=”350″ zoom=”12″ maptype=”roadmap” mapalign=”center” directionhint=”true” language=”default” poweredby=”false” maptypecontrol=”true” pancontrol=”true” zoomcontrol=”true” scalecontrol=”true” streetviewcontrol=”true” scrollwheelcontrol=”false” draggable=”true” tiltfourtyfive=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkermashupbubble=”false” addmarkerlist=”1.510557,103.75319569{}fastfood.png{}Cendol House, Kg. Melayu Majidee” bubbleautopan=”true” showbike=”false” showtraffic=”false” showpanoramio=”false”]

1 thought on “Cendol House”

Leave a Comment