Buffet RamadhanKuala Lumpur

Buffet Ramadhan Resepi Ibunda Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Mesra kanak-kanak
Kemudahan solat
Parking
Bersih
SOI23 mendapat anugerah Malaysian's Best Restaurant!

Mewah! Eksklusif ! Murah dan Sedap!

Itu yang saya dapat digambarkan apabila berpeluang berbuka puasa dan menikmati buffet ramadhan di cafe salah sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Tahun ini Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur, menyajikan buffet ramadhan dengan tema “Resepi Ibunda” dengan suasana mewah dan eksklusif di Cafe SOI Twenty Three yang terletak di Jalan Puncak, Off Jalan P.Ramlee.

Kalau nak tahu, pada tahun 2010, Cafe SOI23 telah memenangi anugerah Malaysian’s Best Restaurant.  Tidak hairanlah mereka memenangi anugerah tersebut, sebab bagi saya, makanan di sini sedap!

Buffet Ramadhan di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Walaupun Cafe SOI berada di tingkat 23, jangan risau anda takkan gayat walaupun berada tingkat yang tinggi sebab anda boleh melihat dengan jelas pemandangan cantik Kuala Lumpur sebelum berbuka.

Menu

Beberapa hidangan utama resepi ibunda seperti nasi tomato, sambal goreng udang petai, limpa berlada, gulai ikan, gulai ayam dan lain lain. Macam biasa la, hidangan akan bertukar ganti setiap hari.

Gulai Ikan di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Gulai Ikan Masak Siam (Siamese)

Menu Utama Dalcha di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

SOI23 @Dhalcha

Rendang Daging di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Rendang Daging Daun Kunyit. Memang sedang enak dimakan dengan lemang.

Sambal Paru di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Untuk peminat paru, ini dia paru berlada.

Udang Petai di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala LumpurBest among the best : Sambal goreng udang petai. Paling cepat habis ni. 

Yang menjadi sambutan disini adalah udang masak bersama petai dan juga kambing bakar. Memang tak lengkap kalau tak ada kambing bakar kan? Paling saya berkenan dengan kambing bakar disini adalah sos dia. Sangat sedap!!!. Bukan sos cili, BBQ ataupun black papper. Tetapi sos istimewa dari Cafe SOI. Sekali ambil terasa nak tambah lagi. Tapi apakan daya, perut dah tak mampu nak isi.

Kambing Golek Bakar di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala LumpurKambing golek extra sportlight. Haaaaa..Baru sexy kan? haaha

Turut menjadi makanan favourite peminat buffet ramadhan di sini adalah rendang. Kata salah seorang blogger Cik Lily, hidangan rendang daging sama seperti masakan ibunya. Sedap lagi-lagi dimakan bersama lemang.

Lemang dan rendang daging di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

 Feeling macam dah hari raya!.. Rindu rendang mak!

Kalau makan, memang tak lengkap kalau tak ada dessert. Bila dah selesai dengan hidangan utama, boleh menjamu selera pula dengan kuih muih popular seperti kuih lapis, kuih seri muka, bingka, karipap dan lain lain. Dessert ala-ala omputih pon ada seperti puding mango.

Dessert di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Kuih Muih di di Buffet Ramadhan Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur

Untuk mereka yang teringin nak merasa Resepi Ibunda, boleh la nikmati buffet ramadhan Resepi Ibunda di Pacific Regency Hotel Suites Kuala Lumpur.

Harga buffet ramadhan Pacific Regency Hotel Suites untuk dewasa RM88 dan RM44 untuk kanak-kanak. Semasa kami berbuka disana, boleh dikatakan meja  fully booked.
Dan buffet ramadhan kali ini bermula 1 Julai 2014 sehingga 27 Julai 2014.

Untuk tempahan boleh hubungi terus pihak Pacific Regency Hotel Suites.

Pacific Regency Hotel Suites
KH Tower,
Jalan Punchak,
Off Jalan P.Ramlee
Kuala Lumpur

Tel : 03-2332 7777

Laman Web : www.pacific-regency.com
Facebook : Pacific Regency Hotel Suits, KL

Previous post

Rawang Burger Bakar di Wangsa Maju

Next post

NASI BARIANI JOHOR AT KLCC

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *