Buffet RamadhanJohorJohor Bahru

Buffet Ramadhan Nostalgia Selera Kampung, Hotel Sentral Johor Bahru

Terima kasih HOTEL SENTRAL JOHOR BAHRU kerana telah menjemput kami ke Buffet Ramadhan “Nostalgia Selera Kampung”.  Krew di Johor Bahru, Isamuddin Isa berkesempatan untuk ke Hotel tersebut untuk mencuba juadah buka puasa yang disediakan. Jom ikuti pengelaman beliau semasa berbuka puasa di Hotel Sentral Johor Bahru.

poster-buffet-ramadhan-hotel-sentral-jb

Hotel Sentral Johor Bahru terletak betul-betul di belakang JB Sentral, belakang Hotel Bluewave dan Hotel Suria City.

Buffet Ramadhan Hotel Sentral JB ini dirasmikan oleh ADUN Tanjung Puteri iaitu YB Datuk Adam pada 12 Julai 2013, kira powerlah kan buffet ramadhan YB yang rasmikan!

Semua buffet ramadhan di hotel pasti akan ada appertizer. Kuih-Muih, Kurma, kek, jeli-jeli sikit.. Kalau ikutkan hati aku nak sapu je semua.. tapi membazir tu bukan amalan Nabi kita.

buffet-ramadhan-hotel-sentral-jb-appetizer

Lepas ni banyak gambar makanan.. Aku memang tak pandai ambil gambar makanan.. Tengok je lah apa yang ada ok..

Ini ulam-ulaman dan salad.. Taufu ada, kacang panjang ada, tempe pun ada.. Bahagian salad tu biasa lah.. sayuran hijau dan mayonis pelbagai warna.. Desert dengan ulam bagai tu kat dalam, kat luar hotel pula ada pelbagai warung, setiap nama warung tu memang special.

buffet-ramadhan-hotel-sentral-jb-ulam
Ini warung Pak Sudin, warung roti jala.. Roti jala durian.. Ini menu istimewa di sini..

buffet-ramadhan-hotel-sentral-jb-warung-sudin

Ini pula Warung Sarip Dol. Warung ini menghidangkan Satay, 2 jenis satay disediakan.. Ayam dan daging. Penambah sedap kepada satay….ketupat, bawang dan timunlah macam biasa.. Kuah kacang dia pun boleh tahan sedap, pekat kuah kacang dia.

buffet-ramadhan-hotel-sentral-jb-warung-sarip dol

 

Atas sifat keserdahaanan aku hehe, ini jelah menu utama aku tadi.. Nasi putih, ayam, kupang dan udang..Nasi pun aku amik separuh je.. Ada je daging, tapi bosan dah asyik makin daging je kat rumah.

buffet-ramadhan-hotel-sentral-jb-nasi
Hidangan untuk memulakan buka puasa, aku hanya ambil:

1. Kurma 2 biji
2. Karipap 1 biji
3. Buah Betik 2 potong, 1 potong Honey Dew, 1 Potong Tembikai
4. Jeli dalam mangkuk tu sedap, bawah dia ada buahan potong kecik-krcik
5. Air tu pun sedap gila, honey dew selasih.. Aku kembung air je tadi.. haha

Makan-makan juga, solat jangan lupa. Berbuka puasa di sini senang sebab kemudahan surau memang disediakan. Dalam pukul 7.40 macam tu aku dah settle dah semua makanan aku. Ingat lepas solat maghrib nak ambil makanan lain, tapi perut tak mengizinkan.

Sebelum berangkat pulang, aku sempat singgah ke gerai makanan panggang dan capai ayam panggang dengan hotdog di bawah ni.

buffet-ramadhan-hotel-sentral-jb-ayam panggangbuffet-ramadhan-hotel-sentral-jb-hotdog


Buffet Ramadhan di Hotel Sentral Johor Bahru
For reservation/enquiry, please contact: Tel: +607 – 222 7788

Hotel Sentral Johor Bahru
17, Jalan Tenteram, Tanjung Puteri,
80300 Johor Baharu, Malaysia
Laman web : http://www.hotelsentraljb.com.my/

Previous post

150 Hidangan Buffet Ramadhan Hotel De Palma Shah Alam

Next post

Rawang Burger Bakar di Wangsa Maju

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *