Buffet RamadhanShah Alam

Buffet Ramadhan D’Kampung Cafe RM33.90

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Mesra kanak-kanak
Kemudahan solat
Parking
Bersih
Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe berdekatakan dengan Anggerik Mall. Parking full tengah jalan!

Alhamdulillah. Krew berkesempatan berbuka puasa di Buffet Ramadhan D’Kampung Cafe ala ala santai di Anggerik Mall, Shah Alam.

Tak sangka juga agak meriah berbuka puasa di sini walaupun hanya di tepi jalan. Sebenarnya ada je tempat bawah khemah dan bahagian dalam, tetapi semuanya sudah ditempah atau reserved. Tapi memang ramai yang berbuka puasa di sini!

Pelanggan di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik MallFull House. Masing masing berselera makan ala santai bersama keluarga. 

Buffet ramadhan tidak lengkap kalau tak ada hawker stall atau gerai kecil di sekeliling. Di D’Kampung Cafe terdapat lebih kurang 10 gerai makanan yang menyajikan pelbagai pilihan. Antaranya gerai air minuman, gerai ABC dan Cendol, gerai ikan, ayam dan kambing bakar, gerai lempeng dan cucur sayur, gerai char kuey teow dan lain lain.

Lempeng di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Gerai lempeng. Dimakan bersama sambal.

ABC dan Cendol di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Gerai abang cendol dan ABC. Sedap!

Char Kuey Toew di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Gerai Char Kuey Teow panas-panas!

Minuman Self Service di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Pelbagai jenis minuman, air jagung ada, air mata kucing pun ada. Air special wajib try katanya teh tarik.. 

Murtabak di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe Anggerik Mall

Murtabak daging. Salah satu makanan yang kami puji kesedapannye. Isinya tebal dan terasa dagingnya.

Ikan, daging dan ayam bakar di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Di sini bukan sahaja ada kambing bakar, ayam bakar dan ikan bakar pun ada! Caya lah.. Cepat betul habis. Beratur panjang. Ada orang puji ayam bakar. Katanya sedap!

Kambing Bakar di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Macam biasa la, kalau dah sampai lambat, malas la nak beratur ambil makanan berat. So makan benda-benda yang ringan dulu seperti kuih muih.

Cucur bawang dan kuih muih di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Antara kuih muih yang ada, kuih lapis, roti sosej, cekodok, dan lain lain. 

Bahagian kuih muih yang paling cepat habis. Nak buat 2 3 round pun tak sempat! Terlajak laris….

Lepas berbuka baru berkesempatan nak makan makanan berat. Antara hidangan utama yang dihidang pada hari tersebut adalah nasi hujan panas, ayam goreng berempah, kari, ikan masak lemak cili padi, ayam masak merah, ikan keli berlada dan lain lain. Boleh tahan banyak jugak. Tak tertinggal ada sayur seperti kangkung goreng dan juga pelbagai jenis kerabu.

Hidangan ala kampung di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Kari di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Ikan Keli Masak Lemak Cili Api di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

First time jumpa buffet ramadhan ada ikan keli.. Ini dia ikan keli masak lemak cili padi.. Not bad la!

Hidangan Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Nasi Hujan Panas di Buffet Ramadhan D'Kampung Cafe, Anggerik Mall

Special of the day, Nasi Hujan Panas.

Bagi kami Buffet Ramadhan D’Kampung Cafe, Anggerik Mall, Shah Alam Ini boleh dikatakan berpatutan dengan harganya iaitu RM33.90 untuk dewasa dan RM15.90 untuk kanak-kanak.

Cuma pada pendapat kami bilangan hidangan perlu ditambah supaya dapat menampung nafsu makan mereka-mereka yang besar. (Macam kami ni.. 3, 4 round jugak la)

Jadi, bagi anda yang ingin berbuka di Buffet Ramadhan D’Kampung Cafe jangan lupa datang ke Anggerik Mall, Shah Alam. Molek buat tempahan ye. Full house nanti susah tak ada tempat!

Bersama pemilik D'Kampung Cafe

Bersama dengan Pengusaha D’Kampung Cafe dan juga Chef.


D’Kampung Cafe, Anggerik Mall, Shah Alam
Jln 14/8, Seksyen 14,
40000, Bandaraya Shah Alam,
Selangor.

No Tel :
0192404077
0182639077
0172684293

Facebook : DKampungCafe

Previous post

Buffet Ramadhan di Hotel Dorsett Grand, Subang

Next post

Mee Bandung Muar Udang Galah, Restoran Bisik-Bisik

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *