Buffet Ramadhan di Kelantan Delights @ Citta Mall. Oh! Nasi Kerabu

Nasi kerabu memang digemari ramai terutamanya orang pantai timur. Di sini kami bukannya nak berkongsi resepi membuat nasi kerabu tetapi ingin berkongsi di mana nak cari nasi kerabu yang sedap terutamanya di bulan puasa ni.

Jika rindu ingin berbuka puasa dengan nasi kerabu biru berlaukkan ayam percik ataupun daging bakar, kami cadangkan supaya anda ke Kelantan Delights. Restoran ini mempunyai 3 cawangan setakat ini. Subang Jaya, KL Sentral dan yang terkini di Citta Mall (Menghala ke Subang Airport). Mereka pernah beroperasi di Suria Mall KLCC sehingga tahun 2007, jadi berbanggalah sekejap ada restoran yang menyajikan masakan Melayu di KLCC.

Memang rambang mata bila datang ke buffet Kelantan Delights dekat Citta Mall ni.

Tak tahu nak mula macam mana?

Jangan risau, ikut sahaja tips serta langkah-langkah cara makan buffet ramadhan yang betul di sini.

  1. Buat tempahan awal. Nombor untuk dihubungi ada tertera di bawah artikel.
  2. Datang seawal jam 6.30 pm. Mula mengambil makanan pada jam 6.45 pm. Masuk sahaja jam 7.00pm memang manusia sudah berpusu-pusu di sini.

    Suasana selesa di Kelantan Delights @ Citta Mall
    Suasana selesa di Kelantan Delights @ Citta Mall
  3. Mulakan dengan dessert dan kuih muih. Memang banyak jenis kuih yang ada, sebut saja nak apa. Sira pisang, kuih lapis, sago gula melaka, tepung pelita, jala mas, talam keladi. Menariknya sebahagian besar kuih-muih dihidang dalam sudu kecil.Konsep yang menarik untuk mengelakkan pembaziran!

    Pelbagai pilihan kuih tradisi
    Pelbagai pilihan kuih tradisi
  4. Seterusnya ambil pembuka selera. Kerabu mangga muda, kerabu ikan bilis, kerabu jantung pisangKerabu Mangga
  5. Sekarang baru boleh mula ambil sajian utama atau signature dish di sini. Nasi Kerabu boleh dimakan bersama-sama ayam percik + daging bakar + ayam goreng berempah. Jadi sila mula penuhkan pinggan anda! Ayam perciknya berkuah pekat lagi sedap. Ulam dan sambal kelapa melahirkan rasa lemak. Kemudian disambung dengan keropok ikan yang rangup. Anda boleh bayangkan tak semua rasa ini ada serentak dalam mulut kami.

    Ayam goreng rempah dia memang marvelous! marvelous! marvelous!

    Nasi Dagang pula dimakan bersama gulai ikan tongkol atau daging gulai kawah yang meletop-letop panasnya!.

    Nasi Kerabu @Kelantan Delights
    Nasi Kerabu @Kelantan Delights. Kredit gambar Jamar Bahar


    Daging Bakar Nasi Kerabu

  6. Air teh tarik sila ambil 3x sebab sedap.
  7. Jangan tamak. Hidangan yang lain boleh diambil lepas selesai yang ini. Banyak lagi menanti anda. Nasi putih + Nasi Beriani + Ayam goreng berempah + Gulai ikan patin masak lemak + Daging masak hitam + Pari asam pedas + Siput sedut masak lemak…ye betul, siput sedut masak lemak.Sila lap air liur anda!

    Tak cukup?

    masak lemak siput sedutAda lagi…..Di bahagian luar juga disediakan live station : Kerang bakar + Ikan Bakar : keli, pari, kembong + Char Kuey Teow + Laksam +  Keropok lekor + Cucur udang

    kerang bakar

 

Pekerja-pekerja di sini juga sangat efektif serta mesra. Memang laju membantu anda mengangkat pinggan-pinggan kosong seperti di hotel 5 bintang. Oh ya, surau disediakan oleh pihak Citta Mall di tingkat 1.

Jadi selamat menjamu selera dan jangan membazir!

Kredit gambar : Facebook KD
Kredit gambar : Facebook KD

Inilah wajah Chef Muslim, head chef di KD Groups.  Bukan calang-calang orang. Pemenang anugerah berprestij MIGF (Malaysian Gourmet Festival). Terima kasih kepada Kelantan Delights terutama sekali Chef Mus kerana telah menjemput kami untuk berbuka puasa menu istimewa di Kelantan Delights Citta Mall.

Memang berbaloi berbuka puasa di Kelantan Delights. Untuk hampir 80 menu pilihan tadi harga yang ditawarkan hanyalah RM77 nett(Dewasa) dan RM38 nett(kanak-kanak)


Untuk tempahan sila telefon/SMS/Whatsapp
03-7831 6152 or 010-7984 616
013-2177 001, 019-6716 135, 013-6337 449.

3 thoughts on “Buffet Ramadhan di Kelantan Delights @ Citta Mall. Oh! Nasi Kerabu”

Leave a Comment