Bufet Ramadhan 2016 Bangi Golf Resort. Ada Menu Selera Pantai Timur

Memandangkan Ramadhan bakal tiba tak lama lagi, Bangi Golf Resort (BGR) yang terkenal dengan penyediaan bufet pelbagai jenis aneka juadah menarik pada harga berpatutan, sekali lagi menawarkan 200 jenis pilihan juadah bercirikan masakan popular Ala Melayu, Barat dan Timur untuk Bufet Ramadhan bermula dari 9 Jun hingga 4 Julai 2016.

Bangi Golf Resort

Untuk juadah bercirikan selera Melayu dan Timur, BGR Restaurant bakal memperkenalkan menu Selera Pantai Timur iaitu masakan Kelantan sebagai tarikan utama Bufet Ramadhan tahun ini dengan sajian Nasi Kerabu, iaitu nasi yang dihidangkan bersama ulam, ikan masin, keropok ikan dan disajikan dengan pelbagai hiasan menarik. Warna biru nasi kerabu terhasil daripada kelopak Bunga Telang iaitu sejenis bunga hutan yang merupakan teknik tradisional masyarakat Kelantan.

Disahkan HALAL oleh JAKIM, BGR Restaurant merupakan salah satu resort golf di Malaysia yang menerima iktirafan ini sejak tahun 2009.

Bangi Golf Resort

Selain itu, BGR Restaurant menyediakan makanan Melayu dan Oriental yang menjadi kegemaran ramai seperti  Lemang, Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kentang, Buttered Prawns, Daging Masak Lada Hitam serta Filet Ikan bersama Sos Serai.

Makanan popular Ala Barat yang mengetengahkan sentuhan gastronomik seperti Cream of Smoked Chicken dan Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma juga akan dihidangkan bersama pilihan klasik, Lasagna Ayam dan Daging serta BGR Classic Spaghetti.

Bangi Golf ResortApa yang menarik sewaktu Bufet Ramadhan itu adalah adanya “Live Stations” yang menempatkan chef-chef beraksi menyediakan hidangan terkenal BGR Restaurant seperti Kambing Bakar, Sate Daging dan Ayam berserta Kuah Kacang, Kuey Teow Goreng dan Mee Goreng Mamak dan secara live di hadapan tetamu.

Hidangan pencuci mulut Ais Krim Gelato BGR dengan aneka perisa seperti jagung bakar dan bunga kantan yang menjadi pilihan tetamu tahun lepas bakal dihidangkan semula tahun ini dengan tambahan perisa baru iaitu cendol. Ia pasti disukai oleh mereka yang datang berbuka puasa di sini.

Bangi Golf Resort

Menu lain seperti Spanish Churros bersama sos coklat, Italian Titamisu, Red Velvet, aneka jenis brownies, Jeki Kelapa, Krim Karamel, Panna Cotta berperisa beri campuran, kuih-muih, puding, agar-agar dan menu terbaru iaitu Eclairs berperisa nangka, cempedak dan durian bakal dihidangkan dalam bufet itu.

Oh ya, sambil makan, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan muzik ‘live’ bermula pukul 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari.

Menurut Chef Kamaruddin yang telah berkhidmat di BGR Restaurant selama lebih 9 tahun, “Kami di BGR Restaurant akan terus menghidangkan pelbagai pilihan menu untuk Ramadhan dan pada masa yang sama mengekalkan cita rasa asal dari menu tradisional. Bufet Ramadhan di BGR Restaurant merupakan kejayaan besar pada setiap tahun dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh itu kami gembira untuk menerima lebih tetamu tahun ini”.

Harga Bufet Ramadhan BGR

Dewasa-bermula dari RM58
Kanak-kanak- bermula dari RM29

Bangi Golf Resort Restaurant
No 1, Persiaran Bandar
Bandar Baru Bangi
43650 Selangor.

Tempahan/Pertanyaan: 03-89253728/03-82100265
Website: http://www.bgrrest.com
FB: https://www.facebook.com/BangiGolfResortRestaurant
Instagram:@bangigolfresortofficial

Leave a Comment