Buffet RamadhanKuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2015 Hotel Impiana KLCC. Ada Durian!

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Kemudahan Surau
Parking
Tonka Bean Café, Impiana KLCC Hotel

Kalau sebut mengenai Buffet Ramadhan, pasti ramai yang nak tahu hidangan apa yang ada di Hotel Impiana KLCC kali ini. Maklumlah, Impiana KLCC Hotel antara destinasi berbuka yang mendapat sambutan hangat setiap kali menjelang bulan puasa.

Dengan bertemakan konsep tradisional dan konsep Bazaar di Tonka Bean Café, anda boleh menikmati juadah berbuka puasa di sini bermula dari 18 Jun sehingga 17 Julai 2015.

Buffet Ramadhan Impiana KLCC menawarkan lebih daripada 30 jenis menu makanan.

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -21

Tonka Bean Cafe menawarkan lebih 300 hidangan tradisional yang datangnya dari serata negeri di Malaysia. Antara hidangan istimewanya adalah Sup Gear Box, Roasted Whole Lamb, Briyani Gam, dan pelbagai jenis hidangan yang menarik dan pasti mengiurkan, terutama yang gemarkan masakan kampung.

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -24

Sup Gear Box Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -17

Roasted Whole Lamb Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Nasi Briyani Gam Daging Ayam dan Kambing!

Nasi Briyani Gam Daging Ayam dan Kambing! Boleh cuba semua!

Turut menjadi tumpuan adalah hidangan tradisional lain seperti kari daging, kari seafood, sambal sotong, nasi ulam, nasi minyak, sayur lemak dan tak terlupa bagi penggemar masakan chineese, pelbagai jenis hidangan disediakan!

Pelbagai jenis kerabu.Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -11

Pelbagai jenis kerabu.B

Ulam ulaman dan pencicah. Budu wajib!

Ulam ulaman dan pencicah. Budu wajib!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -9

Nasi Kerabu Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -6

Nasi Kerabu Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -6

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -2

Kari Seafood! Wajib makan ni!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -2

Roti canai!

Sambal sotong Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -2

Ini paling maveles! Sambal sotong. Tapi pedas dia tahap keluar asap. Memang pedas gile!

Sambal sotong Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -2 Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -6

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -1

Kari daging!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Kuih tradisional. Tapi agak lemau sebab dihidang tempat terbuka

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Pelbagai jenis bubur!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -14

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Salmon untuk penggemar salmon

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -16

Hidangan makanan Chinese.

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Kebab!

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Seafood segar! Penah makan tiram? ini la masa nak mencuba tiram!

Makanan Sunnah Rasullullah di Impiana KLCC

Beberapa makanan sunnah Rasullullah bakal menjadi santapan berbuka puasa anda di Buffet Ramadhan Impiana KLCC antaranya buah delima, buah kurma, kismis dan lain lain.

Jangan terkejut, mereka turut menyediakan 1 gelas kecil air Zam-Zam untuk semua. Tetapi terhad 1 cawan seorang sahaja.

Sambil menikmati makanan di sini anda juga bakal dihiburkan dengan alunan Ghazal dari gendang dan gambus.

Santapan durian di Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Santapan durian di Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel

Istimewanya di Buffet Ramadhan Impiana KLCC Hotel adalah durian. Ya, durian.
Mereka menawarkan UNLIMITED durian untuk anda! Jadi, boleh makan durian sampai pengsan berlatar belakangkan KLCC.

Memang cantik.

Selain dari Durian, banyak lagi buahan-buahan lain seperti laici, epal, buah naga, duku, dan lain lain.

Sebelum menikmati durian, boleh juga menyejukkan badan dengan aiskrim dulu. Mereka menyediakan lebih dari 20 jenis perasa aiskrim untuk anda! Semuanya dari Baskin Robbins.

Buffet Ramadhan 2015 Impiana KLCC Hotel & Spa -27

Harga Buffet Ramadhan Impiana KLCC Hotel

Dewasa – RM148.00 nett/pax
Kanak-kanak (6-12 tahun) – 50% diskaun
3 hari pertama dan 3 hari terakhir : RM128.00 nett/pax

Harga Sahur di Impiana KLCC Hotel

RM53 nett/pax
3.00 pagi – 5.30 pagi.

Bagi anda yang ingin berbuka puasa di Tonka Bean Café, Impiana KLCC, boleh buat tempahan atau booking:

[info_box]

Tonka Bean Café
Lobby Level, Impiana KLCC Hotel & Spa
13, Jalan Pinang
50450 Kuala Lumpur

Website: www.impiana.com

Reservation : 03-21471111, ext. 3034, 3035 or 3320

[/info_box]

Previous post

Buffet Ramadhan 2015 Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur

Next post

Buffet Ramadhan 2015 Restoran Rebung

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. […] Full Review : Buffet Ramadhan 2015 Hotel Impiana KLCC. Ada Durian! […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *