BangiBuffet Ramadhan

Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort. Sous Vide Eggs Paling Laku

  • Bangi Golf Resort Restaurant $$MYR27-55
  • +603-89253728
  • Halal, Malay
  • View menu
  • Take Reservations: Yes!
  • No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor 43650, Malaysia

Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort antara resort yang mendapat perhatian untuk berbuka puasa setiap kali Ramadhan. Sehinggakan banyak lauk habis awal pada tahun lepas kerana terlampau ramai orang.

Tapi tahun ini Bangi Golf Resort menyediakan ruang yang lebih besar untuk menampung jumlah penggemar buffet ramadhan disini dengan menyediakan 4 dewan. Buffet ramadhan di Bangi Golf Resort tahun ini bermula pada 21 Jun 2015 – 15 Julai 2015.

Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort

Pelbagai jenis hidangan buffet termasuk masakan Melayu, masakan Barat, dan juga masakan timur yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia.

Beberapa bahagian disajikan menu yang berbeza antaranya bahagian cooking showcase, western appetizer, menu utama dan masakan timur, live station – pemanis mulut dan juga dessert serta kuih muih!

Cooking Showcase

Dibahagian cooking showcase terdapat makanan kegemaran ramai iaitu Kambing Bakar yang merupakan signature dish di Bangi Golf Resort. Bagi penggemar sup kambing mamak, rugi kalau tak cuba sup disini.

Turut terdapat Sate Ayam dan Daging, Kueh Teow Goreng, Mee Goreng, Nasi Goreng dan Hirisan Daging Kambing di bahagian Cooking Showcase.

Kambing Bakar Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 019

Sup kambing Mamak Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 020 Rakan food blogger, Hazman Fadzil turut menggemari sup kambing mamak disini.

  Sate Ayam dan Daging Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 018

Western Appetizer

Sebelum mula makan, mulakan dengan appetizer dahulu. Di Bangi Golf Resort, pembuka selera bertemakan hidangan barat. Antaranya Krim Ayam Salai dengan Bawang Focaccia Panggang, Beef Lasagna, Grilled Boneless Chicken with dan Creamy Mushroom Sauce.

Beef Lasagna Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 014

Signature dish di sini adalah Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma. Ada 3 perisa, iaitu original, mushroom dan juga kicap. Tak sempat nak rasa, kejap sahaja dah habis licin! Memang sedap dan memang hot stuff disini.

Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 010 Sous Vide Eggs with Mushroom Espuma Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 010

Menu Utama dan Masakan Timur

Setengah orang, tak lengkap kalau tak makan nasi. Jangan risau, penggemar masakan melayu disini ada beberapa jenis hidangan kegemaran rakyat Malaysia antaranya Ayam Masak Merah (Ros), Daging Black Paper, Butter Prawn, Fillet dan Sos Serai, Sambal Sotong Kembang, dan juga Rendang Daging Taik Minyak.

Butter Prawn Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 006

Daging Black Paper Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 005

Ayam masak merah ros Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 006

Dimakan bersama dengan nasi putih, nasi lemak dan nasi goreng cina.

Kalau tak nak makan nasi, mee jawa dan rojak ada tersedia untuk anda.

Mee Jawa Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 022

Turut terhidang lemang dan ketupat untuk dimakan bersama rendang ayam!

Lemang dan Rendang Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 003

Pemanis Mulut – Spanish Churro

Bagi penggemar Spanish Churro bersalut coklat, jangan lepaskan peluang merasainya di bahagian pemanis mulut.

Selain dari itu terdapat banyak dari pemanis mulut barat seperti Italian Tiramisu, Chocolate Eclair, Blueberry Cheese Cake, Red Velvet Cake, Young Coconut Jelly, Creme Caramel, Mix Berry Panna Cotta dan Infused Tea Chocolate Ganache Tartlet.

Buffet ramadhan Bangi Golf Resort - 021

 

Jangan ketinggalan dengan kuih muih tradisional seperti kek lapis, pulut panggang, puteri ayu, puding, agar agar, serimuka dan lain lain.

Memang banyak benda yang boleh dimakan di sini tapi tak mampu nak makan semua..

Harga Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort antara yang termurah di Selangor. RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak.

Kalau nak berbuka disini kami cadangkan supaya anda buat tempahan dahulu.

Bangi Golf Resort
No. 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, 43650 Selangor
No Tel : +(603) 8925 3728 / +(603) 8210 0265
Kordinat : 2.95716, 101.76518
Email: bgb.bangigolf@gmail.com

 

Editor's Rating

Sedap
Selesa
Kemudahan Solat
Parking
Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort
Previous post

Restoran Tempayan Sungai Buloh. Makanan Tengahari Ala Kampung Ada Di Sini

Next post

Buffet Ramadhan 2015 Hotel De Palma Shah Alam. Siap Ada Forum Selebriti

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

1 Comment

  1. […] Full review : Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort. Sous Vide Eggs Paling Laku […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *