Buffet Ramadan “Ala Kampung” di De Palma Hotel Ampang. Ramai Beratur Teringinkan Kambing Golek!

Bulan puasa memang buat kita rindu dengan masakan kampung. Tak perlu pergi jauh, De Palma Hotel Ampang menyajikan keunikan pelbagai buffet berbuka puasa berkonsepkan ‘Ala Kampung’. Setiap menu menarik ditawarkan di gerai-gerai kecil seakan-akan berada di bazar Ramadhan.

Harga buffet ditawarkan murah dan berbaloi, yang pastinya halal. Malah, setiap hari ada kelainan dari segi menu makanan untuk kepuasan pengunjung!

Tenang dan rileks! Itulah yang dapat dirasakan tatkala tiba di sini. Dekorasi di sini berkonsepkan suasana kampung diiringi nyanyian ghazal mengharmonikan lagi suasana.

IMG_0995

IMG_1055

Kemeriahan turut dirasai dengan kebanjiran orang ramai. Menariknya, terdapat gabungan makanan ala kampung, mamak, selera pantai timur dan ala barat. Menu yang ditawarkan pasti membuat anda rambang mata seperti  Sup Kawah Masakan Kampung, Bubur Lambuk De Palma, Aneka Ikan Bakar, Ikan Patin Masak Tempoyak, Asam Pedas Ikan Pari dan bermacam-macam lagi masakan kampung.

Kecur air liur dibuatnya.

 

IMG_1036

Asam Pedas Ikan Pari
Asam Pedas Ikan Pari
Sup Kawah Masakan Kampung
Sup Kawah Masakan Kampung

 

Kambing Panggang Golek
Kambing Panggang Golek

Kambing Panggang Golek adalah menu yang paling menjadi perhatian dan rebutanDagingnya yang fresh dicicah bersama sos memang memberi gabungan yang hebat. Serius sedap! Tidak hairanlah ramai sanggup beratur untuk mencuba.

Char Kuey Teow dimasak secara 'Ala Minute'
Char Kuey Teow dimasak secara ‘Ala Minute’

 

Roti Canai santapan masakan India
Roti Canai santapan masakan India

 

Ala Minute Pasta
Ala Minute Pasta

 

Ayam Gantung
Ayam Gantung

 

Bercirikan masakan melayu kampung, Ulam Ulaman wajib ada untuk melengkapkan lagi sajian menu.
Ulam-ulaman wajib ada untuk melengkapkan lagi sajian menu.

Tidak ketinggalan santapan yang tidak begitu berat seperti Yong Taufu, Goreng-Goreng, Aneka Pilihan Laksa, Roti Jala, Aneka Pau Kukus, Roti John dan bermacam-macam lagi.

Istimewa Yong Taufu celup-celup mengikut citarasa
Istimewa Yong Taufu celup-celup mengikut citarasa

 

Dijamu pengunjung dengan Aneka Pelbagai Rasa

Roti John meleleh turut dijamu untuk kepuasan pengunjung
Roti John meleleh!

 

Roti Jala
Roti Jala

 

Aneka Pau Kukus lembut buat anda terus lapar
Aneka Pau Kukus lembut

 

Goreng-Goreng Kak Yah mengimbau kembali makan gaya santai kampung beralaskan daun pisang.
Goreng-Goreng Kak Yah mengimbau kembali makan gaya santai kampung beralaskan daun pisang

De Palma Hotel juga turut memberi rasa meriah dengan menyelitkan sedikit juadah hari raya seperti Nasi Impit, Pulut Kuning, Lemang pasti buat pengunjung terkesima!

IMG_0965

Kepelbagaian hidangan diserikan lagi dengan beraneka pencuci mulut. Pelbagai jenis kek, tart, buah kurma, aneka buah-buahan tempatan dan luar negara mewarna-warnikan lagi meja buffet.

Pelbagai keenakan pencuci mulut yang berwarna-warni.
Air Batu Campur (ABC) sesuai dimakan pada bulan puasa untuk menyejukkan badan
Air Batu Campur (ABC) sesuai dimakan pada bulan puasa untuk menyejukkan badan

Tambah istimewa, pengunjung diberi sedikit jalwa telinga dengan alunan nasyid dan beberapa dendangan lagu yang menggamit memori. Para pengunjung juga berkesempatan menunaikan solat fardhu beserta bertarawih di surau yang telah disediakan sesudah berbuka puasa.

Harga Buffet De Palma Hotel Ampang:

Harga Dewasa: RM75 seorang
Harga Kanak-Kanak: RM45

Tarikh Buffet Ramadan: Jun-Julai

Alamat :
De Palma HoteL Ampang
Jalan Selaman ½, Palm Square, Ampang Point Jalan Ampang,
Taman Dato Ahmad Razali,
68000 Ampang, Selangor, Malaysia.

Untuk tempahan bufet Ramadan boleh hubungi di talian 03-43707070

Facebook: Hotel-DePalma-Ampang

Instagram: @depalmahotels

Website: http://www.depalmahotel.com

GPS: LAT 3.157066 LONG 101.75141

Istimewa buat pembaca Myselera.com, De Palma Hotel memberi diskaun sebanyak 12% sepanjang Ramadan ini.

Myselera.com berbesar hati ingin memberi peluang kepada anda untuk merasai sendiri kenikmatan berbuka selera di De Palma Hotel. Menangi baucer yang bernilai RM140+ dengan hanya beberapa langkah mudah. Segera layari Facebook MySelera.com

1 thought on “Buffet Ramadan “Ala Kampung” di De Palma Hotel Ampang. Ramai Beratur Teringinkan Kambing Golek!”

Leave a Comment