Buffet Halal Dim Sum, China Treasures SDCC. Makan Puas-Puas Tanpa Rasa Was-Was.

china tresures 1

Bulan puasa dan Buffet Ramadhan sangat sinonim dengan rakyat Malaysia yang beragama Islam. Bagi sesiapa yang mencari kelainan hidangan buffet untuk berbuka puasa (asyik-asyik kambing golek je!), apa kata cuba menu masakan cina di China Treasures yang terletak di Sime Darby Convention Centre.

china treasures 2

Untuk pakej buffet dim sum sempena bulan Ramadhan, harga yang ditawarkan adalah RM75/pax dengan pilihan 75 jenis dim sum. Senarai dim sum disediakan di atas kertas pesanan, hanya tulis sahaja kuantiti yang ingin dimakan. Makanlah seberapa banyak yang boleh tanpa rasa was-was. tetapi dengan satu syarat.

Nota: Dim Sum yang dipesan tetapi tidak dihabiskan akan dikenakan cas dengan harga ala carte. Elak pembaziran!

dim sum

Satu kekurangan di sini ialah menu yang disediakan tanpa gambar. Mereka yang pertama kali menikmati hidangan dim sum mungkin akan mengalami sedikit kesukaran. Jangan risau, krew di sini sangat peramah. Tanya apa sahaja berkaitan dengan menu yang anda ingin tahu.

Tips daripada kami, sebelum ke China Treasures ini, sila Google Images dan nama-nama dim sum yang sedap. Catatkan dalam nota. Jadi, apabila berkunjung ke sini, terus ‘tick’ mana menu yang berkenan di hati.

Jom lihat Top 5 menu dim sum yang memikat hati kami di China Treasures Sime Darby Convention Centre ini.

beef ball in pepper sauce

Beef Ball in Pepper Sauce..ini serius sedap. Bebola daging diadun bersama mix-veggie dan direndam dalam sos lada hitam. Saiz? Serius besar. 3 biji tu dah boleh buat anda kenyang.

Deep Fried Chicken & Yam Dumpling

Deep Fried Chicken & Yam Dumpling. Antara menu wajib bila menikmti dim sum. Isi ayam dibaluti isi keladi yang digoreng rangup. Makan panas-panas. Sangat nikmat!

deep fried shirmp and chicken wanton dumpling

Deep Fried Shrimp and Chicken Wanton Dumpling. Serius puas hati dengan saiz dan kualiti rasa. Rangup!

mago rolls

Mango Roll..di dalamnya ada isi mangga dan udang. masam manis rasanya. Ni pun dim sum yang wajib korang pesan bila ke China Treasures ini.

steamed buttered&salted egg yolk bamboo charcoal bun

Menu yang sentiasa menjadi sebutan ramai bila ke China Treasures. Steamed Buttered & Salted Egg Yolk Bamboo Charcoal Bun. Bun yang dikukus lembut, di dalamnya akan mencair isi kuning telur asin & mustard..fuhh..serius sedap! Jangan lupa cuba ye.

sijil halal china treasures

Sijil Pengesahan HALAL oleh JAKIM turut dipamerkan di ruang menunggu. Jadi, boleh makan tanpa was-was dan dijamin halal.

egg tart

Egg Tart. Antara pilihan untuk pencuci mulut.

Oh ye. Jangan lupa untuk membuat tempahan sebelum ke sini. Jika full house, pelanggan tanpa tempahan terpaksa menunggu lama untuk mendapat tempat. Parking turut disediakan PERCUMA. Surau untuk solat juga disediakan lengkap.

Lokasi China Treasures: 

Sime Darby Convention Centre, 1A Jalan Bukit Kiara 1, 60000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur.

Telefon:

+60 3-2089 3788

Dim Sum buffet Ramadhan: 6.30 pm to 9.30 pm

Normal day Buffet Dim Sum: 11.30am-2.30pm (Monday-Sunday)

2 thoughts on “Buffet Halal Dim Sum, China Treasures SDCC. Makan Puas-Puas Tanpa Rasa Was-Was.”

  1. Disebabkan review anda, baru-baru ni saya dan wife dah try restoran ni. Sekarang mereka dah provide menu bergambar utk order dim sum tu. Sangat membantu 🙂

    Reply

Leave a Comment