Bufet Ramadhan, Restoran Menate. Untuk Penggemar Steak

 

Restoran Menate yang sememangnya terkenal di kalangan peminat steak dan makanan Barat kerana keenakannya menawarkan EMPAT kategori utama menu berbuka puasa yang menarik kepada pelanggannya sempena kehadiran Ramadhan tidak lama lagi.

Heavenly Beef

short ribs

wagyu spare ribs

Terdiri daripada Nasi Menate dengan Beef Short Ribs dan Nasi Menate dengan Wagyu Spare Ribs. Kedua-dua hidangan ini sesuai untuk mereka yang datang berkumpulan antara 4 hingga 6 orang. Harga set Beef Short Ribs adalah RM300 manakala Wagyu Spare Ribs adalah RM400.

Heavenly Lamb

lamb shank

lamb shoulder

Juga dua jenis hidangan iaitu Nasi Menate dengan Lamb Shoulder dan Nasi Menate dengan Lamb Shank. Kedua-dua set ini juga sesuai bagi mereka yang datang berkumpulan antara 4 hingga 6 orang.

Heavenly Chicken

grill chicken

Di bawah Heavenly Chicken, menu yang ditawarkan adalah Grill Chicken di mana hidangan berupa seekor ayam panggang diletakkan bersama Nasi Menate. Ia sesuai untuk kumpulan antara 4 hingga 6 orang. Harga untuk set ini adalah RM99.

Group Steak

grup steak

Jika anda datang secara beramai-ramai, disarankan untuk mengambil hidangan ini kerana bukan sekadar steak yang anda boleh nikmati tetapi anda juga boleh menjamu salad, coleslaw, mashed potato dan pilihan sama ada pasta Aglio E Olio atau Nasi Menate secara percuma.

Bagi melengkapkan hidangan, sos Black Pepper dan Mushroom juga diberikan. Hidangan steak pula boleh dipilih daripada 3 jenis ini iaitu Beef, Lamb Steak atau Grill Chicken. Anda boleh dapatkan kesemuanya pada harga RM80 untuk seorang.

Menariknya, Nasi Menate ini disediakan mengguna beras Basmati istimewa yang diimpot khas. Lantaran itu, nasinya sangat sedap dan enak malah boleh dimakan begitu sahaja.

Sempena Ramadhan, setiap pembelian hidangan Heavenly Beef, Heavenly Lamb, Heavenly Chicken dan Group Steak, pelanggan boleh menikmati tiga menu ini iaitu Bubur Lambuk Menate, buah-buahan dan kurma secara PERCUMA dengan minuman “Free Flow”.

Untuk mereka yang ingin merasa keenakan hidangan dari Restoran Menate ini, boleh membuat tempahan di:

Hotline Ramadan: 019-3911047, 019-4771047 dan 019-2611047

Terdapat 3 cawangan Restoran Menate iaitu:

Setapak
Starpac Point, Jalan Taman Ibu Kota off Jalan Genting Klang, 53300 Kuala Lumpur.

Ampang
No 16, Jalan Kerja Air Lama Satu, Taman Shuet Liang, Ampang Jaya, Selangor.

Bangi
No 25, Jalan Medan Pusat 2d 3b, Curve Business Park, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi.

Leave a Comment