Buffet Ramadhan, Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur. Bertemakan ‘Selera Desa Nostalgia 60an’

Ancasa Hotel

Tahun ini, Bufet Ramadhan di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur menggabungkan elemen 60an dengan menyingkap tirai kenangan bersama seniman teragung yang tidak asing lagi iaitu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.

Lantaran itu, aneka sajian desa yang enak bakal dihidangkan untuk tetamu yang memilih untuk berbuka puasa bersama keluarga dan teman-teman di Ancasa Hotel.

Semua sajian ini disediakan hasil gabungan dua chef yang hebat iaitu Chef Yohanis dan Chef Mariam, masing-masing mempunyai pengalaman hebat dalam bidang kulinari.

Ramadhan Buffet Ancasa Hotel

Hidangan daripada ‘Saffron Brasserie’ yang membangkitkan selera antaranya Nasi Kabsah bersama Kambing Bakar.

Ramadhan Buffet Ancasa Hotel

Pelbagai jenis ulam-ulaman siap dengan sambal belacan dan tempoyak.

Ramadhan Buffet Ancasa Hotel

French pastries diatur dengan kemas memudahkan tetamu memilih mana yang berkenan.

Sepanjang berbuka puasa, tetamu dihiburkan dengan alunan muzik dari era 60an.

Harga: RM68 bersih untuk dewasa, RM40 bersih untuk kanak-kanak
*Tawaran harga istimewa diberikan kepada mereka yang mendapatkan baucar awal iaitu harga serendah RM58. Sah sehingga 31 Mei 2016

No tel: 03-20266060 samb. 7703 atau 1-300-88-0032 (talian bebas tol)

Laman web: www.ancasahotels.com

Leave a Comment