Makan TengahariMinum PetangShah Alam

Bert’s Cafe @ U12 Shah Alam. Harga Murah, Makan Sedap!

Myselera kali ini nak bawa anda ke Shah Alam. Niat di hati nak makan di kafe yang sememang kami rancangkan namun tutup. Berlegar-legar di kawasan Shah Alam, kami ternampak satu kafe yang menarik perhatian kami. Perut pun sudah lapar tanpa berfikir panjang, terus kami terjah.

7

8

Melangkah masuk ucapan pertama kami Alhamdulillah kerana kafe ini sememangnya halal. Di dinding digantung nama sang pencipta seluruh alam ini yang menghiasi pemandangan di dalam kafe.

Dekorasi kerusi meja daripada kayu serta buku-buku disusun disebalik dinding memang tampak moden, ringkas & menarik.

9

Mahu menikmati suasana makan diluar pun boleh. Kafe di sini sememang mempunyai dua bahagian didalam dan diluar. Kerusi meja pun mempunyai gabungan warna yang berlainan. Memang colorful menaikkan suasana tenang dan ceria.Jadi terpulang kepada anda menginginkan suasana mana yang menepati citarasa masing-masing

Di sini menggunakan self-service yang tentera dihadapan pintu masuk. Yang menarik, pelayan beritahu kami bagi siswazah yang mempunyai kad pelajar  boleh dapatkan harga diskaun sebanyak 10% di sini. Masuk makan dengan harga diskaun keluar dengan perut kenyang. Totally recommended!

Menu yang dicuba

Creamy Butter Chicken

Creamy Butter Chicken

Memang perut tengah lapar, kami mencuba Creamy Butter Chicken (RM14.90).  Saiz hidangan yang boleh tahan banyaknya bersama nasi dengan boneless chicken in creamy cili padi butter sauce. Dia punya sedap betul-betul membuat kami terangkat kening. Rasa ayam disalut tepung (tidak pasti tepung digunakan) memang rangup. Ketulan ayam memang banyak bersama sos yang amat creamy, pedas dan terasa sedikit daun kari yang membangkit lagi aroma. Hmm.. masih lagi terbayang.

2

Kari Kapten

Kari Kapten

Ini kali pertama kami rasa kari ayam di kafe. Kari Kapten (RM13.90) dihidangkan bersama sepinggan nasi dan sayur berserta semangkuk kari ayam. Kuahnya berlainan dari kari yang pernah kami cuba. Rupa-rupanya rasa yang berlemak, pekat, masam manis dan sedikit pedas dimasak dengan menggunakan chicken in spicy, tomato based gravy and coconut milk. Semangkuk kari juga dihidangkan bersama dua ketul ayam, pasti memuaskan nafsu makan anda! Bagi yang penggemar masakan kari, bolehlah cuba rasa kelainannya sendiri di sini.

Fizz Lime + Mint

Fizz Lime + Mint

Di sini menyediakan pelbagai jenis minuman antaranya Coffee, Koko, Iced Shaken, Chillers and Tea. Pilihan kami Fizz Lime + Mint (RM8.00), tengok saja sudah menyegarkan mata apatah lagi kalau minum. Kombinasi air soda dengan perahan limau dan ditabur dengan potongan halus daun pudina memang terbaik diminum bersesuaian dengan cuaca negara kita ini.

Tea Earl Grey Lavender

Tea Earl Grey Lavender

Beralih kepada air seterusnya iaitu Tea Earl Grey Lavender (RM7.00). Sedikit berbeza dengan teh yang dicuba sebelum ini. Rasanya? Lebih pahit kerana ia merupakan black tea with provencal lavender and oil bergamot. Di sini dihidangkan Tea Earl Grey Lavender dengan gula berasingan. Jadi, bolehlah anda sukat sendiri tahap kemanisan yang anda sukakan. Tak rugi mencubanya.

Mini Pavlova

Mini Pavlova

Akhir sekali kami pilih Mini Pavlova (RM7.90) sebagai pencuci mulut. Memang sedap apabila gigit meringue with whipped cream terasa keras tetapi cair didalam mulut. Boleh tahan manisnya bersama potongan buah-buahan. Sesuai dimakan secara santai dengan keluarga dan rakan.

Alamat Bert’s Cafe:

36, Jalan Selasih K U12/K, Cahaya Alam,
40170 Shah Alam, Selangor, Malaysia
No.Tel: 011-39325058

Waktu operasi:

Isnin-ahad: 12pm-11pm

Facebook: https://www.facebook.com/cafeberts

Instagram: @Cafeberts

GPS: LAT 3.086639 LONG 101.485891

Carian restoran, kedai & tempat makan sedap:

  • resepi minum petang
  • menu of berts cafe shah alam
  • ayam butter shah alam
  • resepi yang menarik minum petang
  • menu makan petang
  • makan petang yang sedap di area putrajaya dan kajang
  • makan petang
  • hidangan petang
  • butter chicken sedap di shah alam
  • set nasinayam buttermilk
Previous post

Kafe Kopimeo - Kacukan Menu Timur Barat, di Shah Alam

Next post

Plagiarism

Khairi

Khairi

I am always hungry, I always stop to eat.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *