BBQ Chicken, One Utama

Ramadhan masuk hari yang kedua. Crew MySelera mengambil keputusan untuk berbuka puasa sambil membuat review di BBQ Chicken Restaurant yang terletak di One Utama, Damansara.

Menurut laman web BBQ Chicken Malaysia, BBQ Chicken adalah rangkaian restoran yang berasal dari Korea. Hari ini, BBQ Chicken telah berkembang menjadi jenama francais no.1 di Korea dengan 2500 kedai di Korea Selatan sahaja. BBQ Chicken telah dibuka serata dunia termasuk Malaysia, China, Jepun, Sepanyol, Amerika Syarikat, Fiji, Australia, Vietnam, dan pelbagai lokasi antarabangsa yang lain.

Tahukah anda BBQ Chicken Restaurant merupakan restoran pertama di dunia yang menyediakan ayam goreng 100% dimasak menggunakan minyak zaitun? Wow…ini baru ayam goreng yang sihat!

Menu mereka juga terdiri daripada kegemaran barat lain seperti pasta, sup, dan salad, bagi mereka yang memilih untuk tidak menikmati ayam goreng.

Halalkah BBQ Chicken? Sijil halal ada dipaparkan dihadapan restoran atas nama syarikat Alam Adventure Sdn Bhd. Crew MySelera telah membuat semakan di Portal Halal Malaysia, www.halal.gov.my menggunakan keyword Alam Adventure dan mendapati ianya memang ada dalam sistem. (Agak pelik carian menggunakan keyword BBQ Chicken tidak didaftarkan di dalam sistem?)

halal-bbq-chicken

BBQ-Chicken

Macam-macam hidangan yang boleh dipilih tetapi kebanyakannya berasaskan ayam. Harga pun tidaklah semahal mana walaupun restoran ini terletak dalam pusat beli belah. Antara menu yang menjadi tarikan kami ialah Jerk BBQ (Jamaican Jerk Spice) yang berharga RM14.90. Peha ayam yang dimasak di atas arang tanpa minyak tambahan. Sos BBQ yang digunakan mengandungi lebih daripada 20 perasa semula jadi dan sebutir lada merah yang memberikan sedikit sentuhan pedas. Memang peeeeeerggghhh lah rasa peha ayam ni!!!

BBQ Chicken-OU

Seterusnya hidangan yang menjadi pilihan kami ialah Hot-Hot Drums yang berharga RM15.50. Sebelum menikmati hidangan ini, anda perlu bersedia untuk teruja dengan rasa panas dan pedas dari Korea. Serius pedasss bro!!! Ayam yang rangup dan enak ini disaluti dengan sos dan lada merah yang memang pedas. Amaran : Kepada yang takut pedas sila jangan cuba menu ini!

BBQ-Chicken-Hot-Hot

 

Desert yang kami pilih namanya Pat Bing Soo. Nama Korea la ni. Kalau semak di wikipedia, Pat Bing Soo ni sejenis pencuci mulut yang berasaskan ais batu kisar + topping buah-buahan.  (macam ABC) Ianya popular semasa musim panas di Korea. Kita di Malaysia yang tak bermusim ni hari-hari boleh makan aiskrim, kan? Nak tahu lebih lanjut boleh baca di sini

BBQ-Chicken Pat Bing Soo

 

Seterusnya ini merupakan ruang makan di dalam BBQ Chicken Restaurant. Sofa makan yang sangat selesa serta kebersihan restoran ini wajar diberikan 5 bintang!  Wifi percuma juga disediakan kepada pengunjung yang ingin melayari internet semasa berada di BBQ Chicken Restaurant ini.

BBQ-ChickenBBQ-Chicken-OU

 

Kalau nak tahu macam mana rasanya ayam goreng yang dimasak menggunakan 100% minyak zaitun, boleh datang ke BBQ Chicken ye!

[box_info]

BBQ Chicken
LG 323-323A,One Utama shopping Centre,
Persiaran Bandar Utama,
47800 PJ, Selangor.
Tel: (603) – 7727 0619

Website : www.bbqchicken.com.my

[/box_info]

Leave a Comment