Makan MalamMakan TengahariMinum PetangNasi Ayam

Ayam Panggang Oishii Ayamas dan Peluang ke Jepun Secara Percuma!

Editor's Rating

Ayam panggang ala Jepun!

Baru-baru ini Kedai Ayamas dan Restoran Rasamas memperkenalkan menu baru berkonsepkan makanan Jepun yang pertama, Ayam Panggang Oishii (Oishii Roaster) di restoran RasaMas sempena Sambutan Tahun Baru akan datang. Oishii adalah bahasa Jepun yang bermaksud sedap.

Yang istimewa dengan Ayam Panggang Oishii adalah ayam diperap bersama ramuan istimewa sos soya dan sedikit madu sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar dan panggang dengan sempurna.

Sebelum dihidangkan, Ayam Panggang Oishii ini disalur dengan teriyaki dan sedikit jus nenas untuk sedikit kemanisan!

Oishii Roaster Tiket percuma ke Jepun bersama Ayamas 6

Harga Set Ayam Panggang Oishii

Ayam Panggang Oishii boleh didapati di semua 17  restoran RasaMas di dalam Semenanjung Malaysia. Terdapat 4 pilihan set yang bakal menjadi kesukaan anda :

  • Super – Duper Deal (RM46.90)
  • Meal For 1 (RM10.90)
  • Meal For 2 (RM28.90)
  • Meal for 4 (RM40.90)
Rasamas Oishii Roaster Set RM28.90

Hidangan Oishii Roaster Ayamas untuk 2 orang – RM28.90

Rasamas Oishii Roaster Set RM40.90

Hidangan Oishii Roaster Ayamas untuk 4 orang RM40.90

Ayam Panggang Oishii Memenuhi Citarasa Peminat Makanan Jepun

Bagi anda yang suka dengan makanan Jepun, boleh mencuba Ayam Panggang Oishii  ini kerana set hidangan ini memang kena dengan citarasa makanan Jepun.

Set Super Duper Deal (RM40.90) menawarkan seekor Ayam Panggang Oishii dan juga seekor ayam panggang biasa (Golden, Percik dan Lada hitam), bersama 1 botol 1.5L F&N Oren.

Oishii Roaster Tiket percuma ke Jepun bersama Ayamas

Ayam Oishii Roaster Ayamas Blackpaper untuk Super Duper Set RM40.90

Kami diberi peluang untuk merasa Ayam Panggang Oishii . memang kena dengan citarasa orang Jepun yang tidak suka kepedasan, ditambah dengan sayur campur yang dimasak bersama halia dan juga sup kosong.

Macam biasa, set ini sememangnya diihidang bersama dengan nasi ayam dan juga tofu goreng. Memang set hidangan yang lengkap!

Oishii Roaster Tiket percuma ke Jepun bersama Ayamas 8

Ayam Panggang Oishii Golden untuk set biasa!

Oishii Roaster Tiket percuma ke Jepun bersama Ayamas 4

Side dishes untuk set Ayam Panggang Roaster Ayamas. Sayur campur dan tofu goreng.

Hadiah Ke Jepun untuk 5 Orang Secara Percuma

Sempena pengenalan set hidangan Ayam Panggang Oishii, pihak Kedai Ayamas mengadakan 1 contest untuk semua peminat masakan ala jepun ini. Dengan hadiah sepasang tiket pergi dan balik ke Tokyo Jepun untuk 5 orang!. Wow.! Menarik tu..

Caranya senang sahaja, ajak keluarga dan rakan-rakan makan beli set Super-Duper Deal. Selepas makan, isi borang penyertaan bersama slogan yang menarik dan kepilkan sekali resit sebagai bukti pembelian.

Sebarang maklumat mengenai Kedai Ayamas dan Contest ke Jepun boleh layari www.kedaiayamas.com.my

Previous post

Keropok Lekor Bukit Tok Beng BTB 2209

Next post

Original Penang Kayu Nasi Kandar Beratur

Norfanil

Norfanil

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Malaya. Mula berkecimpung dalam bidang penulisan sejak 2008 secara sambilan. Kini memilih untuk menjadi 'freelancer' dan penulis sepenuh masa. Sering berkongsi mengenai pengalaman hidup, 'travel' dan makanan.

2 Comments

  1. January 26, 2015 at 2:14 pm — Reply

    Yum..yum… dap nya..

  2. July 3, 2015 at 2:15 pm — Reply

    Hi. I am from Mr.dakgalbi (setapak branch).
    I came across your website and I am interested to be reviewed by your website and maybe help us to advertise on your website.
    May I know what are the term and conditions in order to advertise about our restaurant on your website?
    I look forward to hearing from you soon.
    Thank you.

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *